Hari ni Heaven nak kongsikan sedikit Tazkirah yang bakal menjadi penawar hati dan pengubat minda.. Itu pun kalau korang hirup ilmu ni dengan ikhlas.. :-)
Tazkirah | Penawar Hati Pengubat Minda Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ---------------------- Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. -------------------------- Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. ----------------------- Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. ----------------- Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala. ------------------- Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua. --------------------- Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka. ------------ Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah.. Maafi Qalbi Ghairullah.. Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x Muhammadur Rasullullah"
🌿🌿 sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat
Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
🌿🌿
No comments:
Post a Comment