Tuesday, 13 May 2014

Ustaz Sharhan Shafie Mai Masjid Taman Guar Perahu

Assalamualaikum W.B.T...

Yes! Kali ni giliran kami pulak nak dengaq Kuliah Maghrib Ustaz Sharhan Shafie yang kami tunggu2 ni.. Harap2 menarik perkongsian yang akan diberi.. Ustaz Sharhan Shafie tunggu saya pi.. Hehe.. Sebenaqnya ramai orang nak pi nih sebab nak ambil serba sedikit ilmu dan doa2 pilihan yang dapat di amal untuk menjaga diri.. Oklah! Jangan lupa mai ke Masjid Taman. Guar Perahu na..

Kalau inginkan kepastian anda boleh tengok banner kat Simpang Masjid Kubang Semang, Simpang Caltex Taman Guar Perahu dan tempat2 lain lagi..

Tentatif Program:


Tempat         : Masjid Taman Guar Perahu
Masa            : Lepas Maghrib (Kuliah Maghrib)
Tarikh           : 15 Mei 2014 bersamaan 15/05/2014
Hari              : Khamis
Penceramah : Ustaz Sharhan Shafie

Ustaz Sharhan Shafie

So, kita jumpa kat sana noh.. Sapa2 yang kenai aku teguq2 la noh.. Haha.. Penang Piaw Mai.. Teruskan bersama saya DJ Firdaus Heaven hanya di PiMai.fm Lagu Mana Pun Untuk Hampa.. Haha..

Perkongsian Ustaz di Masjid Taman Guar Perahu

Nak hidup sihat perlu makanan yang sihat:
1. Makanan Jasmani - Nasi, Sup & Roti
2. Makanan Rohani - Solat, Zikir, Berpuasa & ke Kuliah Agama

Nabi ada bagitau dulu kalau nak ketenangan yang hebat :
1. Sembahyang
2. Baca Quran
3. Hadir Majlis Ilmu
4. Cari Waktu Hening Sunyi - Ambil Wudhuk & Solat Tahajjud.. InSyaAllah Sihat..

Puasa Sunat ada kehebatannya yang tersendiri..

Surah Al-Fatihah Ada 7 Nama:
1. Al-Fatihah - Pembukaan
2. Ummul Kitab - Ibu Segala Kitab
3. Al Hamdu - Puji Pujian
4. Al Mathani - 7 Puji Pujian
5. Al Ruqyah - Jampi
6. Al Kanzu - Perbendaharaan
7. Al A'zim - Keagungan

Perbetul bacaan Al-Fatihah

Setelah Ustaz buat kaji selidik dan jumpa Al-Fatihah boleh menyembuh 4 perkara:-
Ubat Demam Panas
-Baca Al-Fatihah 40 kali & Hembus dalam bekas minuman (Gelar, Jar, Mug & Sebagainya)
Sapu di Tempat Sakit
-Baca Al-Fatihah & Sapu di tempat sakit (Sakit Perut, Terseliuh, Pedih Ulu Hati & Sebagainya)
Merawat Penyakit Nyanyuk
-Ambil piring@pinggan@plate putih.. Pastikan tiada tulisan & corak (Bunga & Sebagainya).. Ambil Za'faran sebagai dakwat.. Cari ranting atau lidi kelapa & tulis surah Al-Fatihah di atas piring tersebut.. Curahkan air kosong ke dalam pinngan tersebut.. Minum air tersebut untuk elak lupa..
*Kalau kat Malaysia susah nak dapatkan Za'faran boleh gantikan dengan Sirap sebagai dakwat kata Ustaz

Merawat Mata Kabur
Genggam jari anda & letakkan kedua ibu jari serta lihat bunga kuku.. Yang bentuk putih seperti bulan sabit.. Selepas solat subuh baca Al-Fatihah 21 kali.. Jelirkan hujung lidah di bunga kuku.. Pastikan lidah basah.. Dan sapukan pada kelopak mata.. Pastikan tutup mata sebelum sapu.. 
 *Take Note.. Semua kaedah yang Ustaz terang ni semuanya bergantung pada Allah.. Semua kesembuhan adalah milik Allah.. Jadikan kaedah2 ni sebagai usaha serta percaya & niat kerana Allah S.W.T.. Faham kan ???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...