Thursday 27 February 2014

Karnival Raudhah @ Masjid



Assalamualaikum W.B.T...

Karnival Raudhah @ Masjid
Hey Guys! Kali ini Firdaus Heaven bersiaran langsung dari Karnival Raudhah @ Masjid.. *Take Note Karnival Raudhah @ Masjid bukannya Karnival Raudhah Di Hatiku Tv9 tu.. Hehe..

Minggu ini giliran Karnival Raudhah @ Masjid datang ke Masjid Ar-Ridwan, Nyior Sebatang, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.. So, sapa2 yang berkesempatan tu datang lah bagi memeriahkan lagi karnival ini yer.. :-)

Ustaz Manis   : Adik tahu tak apa maksud Raudhah?
Adik                : Tak tau!
Ustaz Manis   : Okay! Selalunya kalau nak main “Jongkang-Jongket” tu kat mana?
Adik                : Kat Taman Permainan.
Ustaz Manis   : Yang kat depan Permainan tadi tu Adik cakap apa?
Adik                : Errmm... Taman!
Ustaz Manis   : Ha! Jadi Raudhah tu Taman.. Taman apa? Taman Syurga.. Iaitu majlis2
  ilmu.. So, faham dah kan? :-)

Karnival Raudhah @ Masjid
Karnival Raudhah @ Masjid

Tempat                       : Masjid Ar-Ridwan, Nyior Sebatang, Tasek Gelugor, Seberang Prai
  Utara, Penang
Tarikh                        : 21 Februari – 3 Mac 2014
Waktu                        : 9.00 pagi – 12.00 malam
Ustaz & Selebriti       : Ustaz Manis (Astro Oasis) & Adik Munir, Ustaz Zubir Bin Abdul
Rahman (Pensyarah Kuin), Tuan Syeikh Ahmad Faisol Bin Haji     
Omar, Syeikh Habib Penang (Abi Harraz Al-Klatani), Ustaz
Muzzamil (Bekas Gitaris Kumpulan Rock Ababil), Ustaz Roslan Che
Ros, Kumpulan Nasyid Zahran, Pak Long Selagi Ada Rindu, Ustaz
Dr. Ahmad Termizi (Murabbi Pencetus Ummah), Ustaz Akhil Hayy
Rawa.
Aktiviti                       : Pameran & Jualan/ Gerai Usahawan/ Persembahan Pentas/ Santai
  Bicara Agama/ Qasidah & Maulid Qiamullail/ Bacaan Kitab/
  Pertandingan Mewarna/ Sukaneka/ Bengkel/ Kuiz Agama/
  Pertandingan Nasyid/ Program Bersama Anak – Anak Yatim Dan
  Lain – Lain

*Pada pendapat saya, kepada Ibu Bapa yang membawa bayi kecil disarankan datang selepas Maghrib ataupun Isyak sebab waktu siang panas.. Sekarangkan musim kemarau.. Jangan lupa minum air banyak2 yer..

Tau tak lokasi masjid ni? Alar!!! Dekat sangat dengan KFC Sungai Dua & Taman Rekreasi Ayer Itam.. Kalau naik "Highway Lebuh Raya Utara – Selatan".. Dari Alor Setar terus keluar Tol Sg. Dua tu dan masuk susur keluar kiri ke Pekan Sungai Dua.. Jalan straight Then belok kiri nampak KFC Sungai Dua dan jalan terus sampai jumpa masjid yang ada Khemah Karnival Raudhah @ Masjid ni..

Tentatif Program:

Tarikh
Masa
Program/Aktiviti
21.02.2014
(JUMAAT)
10.00am – 12.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Solat Jumaat
9.30pm – 11.45pm
- Bersama Ustaz Manis & Adik Munir
22.02.2014
(SABTU)
10.00am – 12.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Ustaz Zubir Bin Abdul Rahman
  (Pensyarah Kuin)
23.02.2014
(AHAD)
10.00am – 12.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Tuan Syeikh Ahmad Faisol Bin Haji 
  Omar
24.02.2014
(ISNIN)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Syeikh Habib Penang (Abi Harraz Al-
  Klatani)
25.02.2014
(SELASA)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Ustaz Muzzamil (Bekas Gitaris Kumpulan
  Rock Ababil)
26.02.2014
(RABU)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Ustaz Roslan Che Ros
27.02.2014
(KHAMIS)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Program Bersama Anak – Anak Yatim
- Bersama Kumpulan Nasyid Zahran
28.02.2014
(JUMAAT)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Pak Long Selagi Ada Rindu
01.03.2014
(SABTU)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Ustaz Dr. Ahmad Termizi (Murabbi
  Pencetus Ummah)
02.03.2014
(AHAD)
10.00am – 7.00pm
- Bersama DJ Bertugas
- Promosi Gerai Jualan
9.00pm – 11.00pm
- Bersama Ustaz Akhil Hayy Rawa

Pi okay! Jangan tak pi.. Kalau suka dengar ceramah pi la malam2.. Tambahkan ilmu agama kita okay.. Sambil santai2 beli barang & makan2 di karnival..

Ada banyak lagi benda menarik di Karnival Raudhah @ Masjid ni.. Ustaz Manis yang popular kat Astro Oasis tu.. Rugi tak kenal Ustaz Manis ni.. Best Bak Hang!!!

Ustaz Manis
Takoyaki Penang
Suppa Duppa
Pak Long Selagi Ada Rindu

Ustaz Akhil Hayy Rawa
Adik Munir

Adik Adikku

Pencetus Ummah
Semua ada di Karnival Raudhah @ Masjid.. Kepada Pengunjung Wanita tolong lah hormati masjid dengan memakai pakaian yang menutup aurat yer.. Sebab karnival ini diadakan di perkarangan masjid dan sekolah agama.. Okay?

Thankzz for Read This Entry.. C U NEXT TIME..

Friday 21 February 2014

10 FAQs Famous Semasa Latihan Industri



Assalamualaikum W.B.T..

Soalan – Soalan yang selalu pelajar akan tanya bila dah mula jalani Latihan Industri.. So, lepas ni tak payah risau dah.. Firdaus dah bagi jawapan – jawapan yang sepatutnya.. Okay? Jom Layan...
FAQs
Frequently Asked Question (FAQ)

1.Kalau company @ supervisor ugut nak bagi gagal program Latihan Industri saya?
Jangan Risau! Don’t Panic! Waktu rehat ambil mobile phone dan call Lecturer/Coordinator yang incharge InTRA ni.. Dia akan bagitau jawapan yang munasabah dan kamu akan lega mendengar jawapan beliau.. Ini kerana Company tiada hak sewenang wenangnya nak buang kita or gagalkan kursus InTRA ni.. Melainkan kelakuan kita yang buruk.. Okay?

2.Kalau company paksa kita O.T (Overtime) ?
Tanya dulu! Kalau saya overtime di kira macam mana? Dibayar ataupun tidak..? Kalau berbayar ok lah.. It’s fair right if I said “Actually all people love to work if they get reward from what they do”.. Jangan sampai kesihatan & waktu rehat kita terjejas sudah.. Ni asyik2 Supervisor mintak O.T jer tiap2 hari.. Kalau macam tu parah la kan.. Kita sampai takdak masa nak buat ibadah, Log Book & Report InTRA yang 60 pages tu.. Huhu..

3.Macam mana nak buat Log Book ?
Senang bangat dong! Hihi.. Dalam Log Book tu setiap hari balik jer rumah korang perlu lah tulis apa korang buat hari ini di Kilang.. For Example, Hari ni korang Assemble Machine.. Korang boleh sketch machine and part yang korang assemble.. Di ulang sketch not draw.. Cara2 Assemble or buat dalam bentuk note point.. Even boleh lekat any gambar yang berkaitan.. Sebab tu perlu bawa buku nota masa di Company, supaya kita boleh noted apa yang kita buat.. Kalau bawa Log Book pi merata tempat dalam company takut tak sampai bulan ke tiga dah lunyai.. Haha..

Stamp Chop
4.Macam mana nak mintak cop kat Supervisor?
Senang jer.. First week tu jumpa Supervisor bagitau dekat dia.. Nanti dia kena cop Log Book Every day.. Ataupun slowtalk dengan dia, bagitau kat dia “Apa kata you cop logbook once a week” Maknanya seminggu sekali.. Kalau macam Firdaus.. Dulu hari Sabtu kerja Half Day.. So, Firdaus akan mintak dia cop masa pagi Sabtu tu untuk di cop daripada hari Isnin – Sabtu yang lepas.. Huhu..

5.Macam mana nak pilih Company nak buat Latihan Industri ni?
Senang jer.. Ikut course yang korang ambillah.. Lepas tu, tengok balik apa benefit yang kita dapat? Apa position yang dia bagi? Ada Elaun tak? Company tu based on what production?
Reasons?
Perlu pertimbangkan semua diatas, sebab bukan semua orang berduit dan kaya okay? Kalau dapat company yang jauh dari rumah macam mana? Perlu keluarkan macam2 duit:-
i.Duit deposit rumah sewa.
ii.Duit rumah sewa.
iii.Duit bil TnB dan Air lagi.
iv.Duit minyak for transport.
v.Duit makanan harian.
vi.Duit Topup.
vii.Duit keperluan peribadi.
vii.Duit waktu terdesak & kecemasan (motor rosak, sakit dan sbg)

*Ingat di dunia ni bukan semua orang hidup senang.. So, beringatlah dan bersyukur kalau kita tergolong dikalangan orang yang hidup senang dan mewah.. :-)

6.Saya ni bab duit tak kisah! So, macam mana nak pilih company?
Jawapan sama macam mula2 di soalan number 5 tu.. Just kena tanya pendapat orang berpengalaman la.. Tanya la Lecturer, Mentor, Ibu Bapa dan Kawan2 yang boleh di percayai.. Diorang lebih lama makan asam garam dalam kehidupan.. Hihi.. Bersastera pulak kan.. Hehe.. Bukan apa! Kadang2 pendapat diorang boleh diterima..

Katakan korang tak dapat jugak jawapan sebab ada 2 company yang korang suka! Buatlah Solat Istikharah.. Kalau dah dapat petunjuk tu.. Kenalah lakasanakan yer.. Jangan main2.. Korang mintak nasihat dan petunjuk tu daripada Allah S.W.T iaitu pencipta kita.. Kalau tak laksanakan petunjuk sebagaimana yang korang dapat.. Dikhuatiri selepas ini, jika bahagia yang dipinta mungkin dah sukar mendapat kebahagiaan.. Wallahualam..
           
Read More... 5 Tips Cari Tempat Latihan Industri / Industrial Training / Internship

7.Perlu ke cari rumah sewa?
Katakanlah ramai kawan2 yang dapat dekat dengan area tempat kita buat Latihan Industri.. So, discuss & decide ngan kawan2 nak cari rumah sewa.. Kalau cari awal2 senang dan mudah la kerja korang nanti.. So, takkan serabutkan your Study & Final Exam week.. Hihi..

8.Ada rakan sekerja suka ganggu saya la?
Haha! Korang mungkin gelak atau ketawa bila dengar benda ni kan.. Tapi benda ni jangan main2.. Sebab ada satu kes di institusi pengajian tinggi di mana seorang mahasiswi perempuan di raba oleh operator warga asing.. So, memandangkan masalah ni boleh membawa kepada isu maruah.. Perlulah report kepada Lecturer/Coordinator yang incharge..

Take Note*
Jangan pulak suka2 bagi alasan awak diganggu oleh operator la dan macam2 lagi.. Reasons? Ada kes pelajar perlu naik turun makhamah sebab cubaan menuduh company tersebut tidak menjaga kebajikan dia.. Haha.. So, pikir sebelum menuduh okay?

Solat
9.Patutkah kerja di company @ kilang yang melarang Solat Jumaat?
Jawapannya!!! Tak patut kerja.. Dia kah lagi besar? Company tu ka lagi hebat? Mereka ke lagi berkuasa? Allah S.W.T lah Maha Berkuasa.. Semua rezeki Allah yang tentukan.. Nak kerja yang berkat pi cari company & kilang yang benar kita beribadah.. Kalau nak solat pun tak bagi.. Ini tidak adil.. Tiba2 masuk lagu Yuna kan.. Haha..

Kalau kita kerja jugak?
Allah boleh tarik bila2 jer nikmat yang kita ada.. Rumah, kenderaan, keluarga, harta benda, waktu senang, waktu sihat dan macam2 lagi.. Kadang2 kita takkan sedar.. Benda2 tersebut hilang satu per satu.. So bersyukurlah okay? Tak kerja pun takpa.. Buat apa duit banyak2 tapi tak berkat pun..

10.Kalau company tak bagi lunch dekat luar?
Tengok balik.. Kalau company sediakan kantin @ kafe dalam kilang.. Okay lah! Apa yang menyebabkan jadi tak okay pulak? Tak okay jika makanan yang dimasak itu was2 dimakan.. Maknanya mungkin ada campuran ingredients yang haram kita makan.. Faham kan? Senang jer kan.. Kalau kantin & kafe tu di iktiraf Halalan Toyiban.. Okay lah! Keep Calm & Always Selawat.. :-)

Ini sajalah serba sedikit cebisan kenangan semasa menjalani latihan industri di Malaysia.. Haha.. Semua yang saya tulis ni 100% free.. Boleh share dekat kawan2.. Boleh dijadikan Tips2 dan Panduan bila menjalani latihan industri di negeri orang.. Haha.. Yang Baik tu jadikan Tauladan yer, Yang Buruk jadikan Sempadan.. Semua Statement yang saya tulis tidak ada kena mengena dengan mana2 yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Haha.. Jika ada yang berkaitan saya memohon maaf sebab ini semua datang dari hati & terlintas di fikiran.. Haha..

C U Next Time.. Ada masa terjah la.. :-) 

Read More... 25 Tips & Panduan Berguna Menjalani Latihan Industri 3 Bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...