Thursday 27 March 2014

Nukilan Seorang Adam: Firdaus HEAVEN

Niat menangis kerana Allah SWT
Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki niatnya kerana Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana kecewanya dengan sikap manusia yang tiada sifat - sifat Rasulullah SAW..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana dosa yang dilakukannya..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana ujian Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana rindunya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana sayangnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana kasihnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana cintanya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Walaupun Kau belum pernah kutemu..
Walaupun Kau belum pernah ratap wajahku..
Walaupun Kau belum pernah mengimamkanku..

Walaupun diriMu ku kenal dari Guru Agamaku..
Walaupun diriMu ku kenal dari Hadis SahihMu..
Walaupun diriMu ku kenal dari Kalam Penciptaku..

AKan ku Sanjung diriMu..
Akan ku Cinta diriMu.. Hingga ke Akhir Hayatku.. Kaulah kekasihku Muhammad Ya.. Rasulullah.. <3

Maksud Ayat Al-Quran
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang beriman."
(Surah At Taubah, : ayat 128)

Keras Hati | Internet Source
Thank You kepada Hati - Hati yang suci kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ni.. Harap kita sama - sama mendapat keredhaan Allah SWT.. :-)

Saturday 22 March 2014

Perbezaan Kurma Basah (Rutab) & Kurma Kering (Tamar)

Gambar Rajah: Tahap Kematangan Buah Kurma | Source Internet
Assalamualaikum W.B.T...

Orang kita ramai yang tak tahu nak bezakan kurma kering & basah.. Ataupun dengan nama lain tak tahu nak bezakan Tamar & Rutab... Sebenarnya senang ja nak bezakan.. Just refer gambar di atas tu.. Huhu.. Peringatan! Jom Makan Kurma Kesukaan Nabi iaitu Kurma Ajwa @ Kurma Nabi Read More...

Kurma Basah @ Rutab

Kurma Basah/Rutab ni separuh masak.. Texture dia pun macam basah dan berair..

Kurma Basah @ Rutab
Kurma Kering @ Tamar
Kurma Kering/Tamar ni dah masak sepenuhnya.. Boleh lihat texture luaran dia berkedut dan kalau makan dia kering kan..

Kurma Kering @Tamar
Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan Kurma Basah (Rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada Rutab, maka Tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Kurma Balah
Balah ialah kurma yang masih belum masak sepenuhnya dan ia jugak masih berada pada tangkai di pohon kurma..

Kurma Balah

Tuesday 18 March 2014

20 Tips Lelaki Tampil Kacak Berdasarkan Al-Quran & Sains

Assalamualaikum W.B.T…

Omar Borkan Al-Gala
Mesti ramai kawan2 di luar sana nak tau macam mana cara2 nak kekal Kacak, Hensom, Bergaya , Menyerikan Wajah dan Awet Muda… Jadi Firdaus Heaven nak share antara tips – tips yang telah saya sedang dan pernah amalkan sejak zaman persekolahan lagi… Tips2 & amalan ni saya hirup & kutip berdasarkan petua dan nasihat daripada Ustaz, Ustazah, Pendakwah Bebas, Pakar Motivasi, Cikgu, DJ Radio, Orang Tua, Keluarga, Selebriti, Al-Quran & Teknologi Sains.. Ok? Jangan lah terlalu percaya dengan tips2 dan petua2 ni.. Ni hanya sekadar perkongsian.. Apa2 pun semuanya akan berlaku dengan izin Allah S.W.T & kita sebagai hambanya hanya boleh berikhtiar serta berusaha.. Tepuk Dada Tanya Iman yer! Read Al-Quran = Loading Iman

Air Putih

1. Minum Air 1 Gelas Setiap Pagi.
Dimulakan dengan selawat ke atas Nabi.. Minum setiap pagi selepas bangun tidur iaitu sebelum basuh muka & mandi.. Banyak kali jugak la Firdaus dengar Cikgu & Penyampai Radio citer fasal kelebihan ni.. Kebanyakkannya dapat membantu perkembangan minda, usus & baik untuk kesihatan kulit.

Doa Selepas Solat
2. Berdoa Pada Allah Setiap Hari.
Berdoalah setiap hari lepas solat 5 waktu.. "Ya Allah kekalkanlah, berikan kecantikan rupa paras padaku supaya kekal sihat selalu serta beperwatakan Amar Makruf Nahi Mungkar".

Botol Mineral
3. Minum Air Kosong Sekurang Kurangnya 8 Gelas Sehari.

Cara lebih mudah:-
Remaja minum (2000 ml – 3000 ml sehari) = 8 – 12 Gelas Air sehari

Dewasa minum (3000 ml – 4000 ml sehari) = 12 – 16 Gelas Air sehari

2 gelas air = 500 ml (Botol Mineral Kecil)
6 gelas air = 1500 ml (Botol Mineral Besar)
8 gelas air = 2000 ml OK ???

Firdaus Heaven minum 3000 ml = 3 Liter = 2 Botol Air Mineral Besar (1500 ml + 1500 ml) tiap2 hari dan kadang kala 4000ml sehari.. Hal ini kerana berat 60 – 70 Kg digalakkan minum 3 Liter air sehari.. Firdaus selalu minum setiap hari dari awal bangun tidur hingga malam 3 Botol Air Mineral Besar.. Sebab berat saya 65 Kg.. Huhu.. :D Bila air dalam badan cukup maka kita takkan haus dan suhu badan pun stabil.. Memandangkan sekarang musim panas, kemarau & jerebu.. Lagilah digalakkan minum banyak air..

1600 ml Bros Bottle.. Firdaus Beli Penutup Warna Hitam
Kalau nak minum Air Putih @ Air Masak @ R.O Water @ Mineral pun perlu pandai memilih botol kosong.. Jangan guna botol kosong yang kitar semula.. Sebaliknya kita beli jenis yang tiada BPA lebih selamat dan tiada bahan kimia.. Seperti keluaran Bros.. Boleh didapati di Popular Bookstores seluruh malaysia ataupun layarilah www.bros.com.my

4. Amalkan Membaca Doa Pilihan Dan Surah Pilihan.
Setiap kali nak solat tu selepas ambil wudhu berdiri la depan cermin dan amalkan membaca Ayat Al-Quran & Doa Pilihan.. #Sentiasa berwudhuk dan biarkan ia sehingga kering pada angota badan..

i.Surah Yusuf Ayat 4: Doa Penyeri & Pemanis Wajah
ii.Doa Cermin Diri & Akhlaq Mulia
Surah Yusuf Ayat 4
Doa Cermin Diri

Sambal Belacan
5. Jaga Pemakanan.
Ikutlah Sunnah Nabi makan buah buahan dulu sebelum makan nasi.. Jangan makan campur makanan Laut & Darat.. Selain itu, Firdaus tak makan sambal belacan dan masakan yang boleh menyebabkan Allergic seperti gatal mata & selsema.. Kalau teringin makan Mee Maggi or Junk Food (Makanan Segera) pilih yang tiada Monosodium Glutamate (MSG) & Preservative..

Zayn Malik Smile
6. Senyum Dekat Orang Lain.
Selalukan senyum dekat orang lain.. Itu pun di kira sedekah.. Orang yang tengok kita pun hati jadi senang.. Sometimes your smile could cure broken hearted people.. Maybe! Hihi :-)

Wudhu
7. Rajinkan ambil wudhu.
Wudhu boleh membersihkan kulit dan wajah kita daripada habuk, minyak dan kotoran.. Wudhu juga boleh membuat wajah kita senantiasa bersinar dan berseri tetapi dengan izin Allah la.. Hehe.. :D

Baca Al-Quran
8. Amalkan membaca surah Yusuf, An-Nur dan Asma Ul Husna
Surah Surah ini dikatakan dapat menaikkan seri wajah dan mencantikkan rupa paras, tubuh badan serta akhlaq kita.. :-)

Picit Jerawat
9. Jangan Picit Jerawat
Jangan picit jerawat guna kuku kerana kuku kita berbisa sebab dalamnya terdapat sejenis kuman yang turut sama ada dalam najis kita iaitu E-Coli.. Sebalikmya kita letakkan ubat bagi kecut jerawat tersebut seperti bedak sejuk berubat.. Boleh dibeli di klinik kulit murah jer.. Kalau tak silap Firdaus Heaven Rm 25.00.. HiHi :-)

Tidur Awal

10. Tidur Awal
Dalam Islam digalakkan tidur 5 jam waktu malam dan dalam Sains digalakkan tidur 8 jam pada waktu malam.. So, buatlah pilihan terbaik anda.. Semuanya terletak di dalam hati anda.. :p Bila tidur awal kita tidak akan rasa letih bila bangun keesokkan harinya dan bawah mata pun tak akan lebam serta hitam.. 

Cuci Muka
Pencuci Muka Anugerah
11. Guna Pencuci Muka
Pilih la pencuci muka @ sabun muka yang sesuai dengan kulit wajah kita.. Kalau kulit normal ok lah.. Tapi kalau kaum Adam yang selalu bekerja, belajar di outdoor dan selalu perlu travel di cuaca panas.. Memang digalakkan mencari pencuci muka untuk menjaga kulit wajah kurniaan Allah ini agar senantiasa bersyukur dengan Maha Pencipta.. :-)

Pencukur Tajam
12. Guna Pencukur Tajam.
Kalau nak cukur misai dan trim janggut gunalah shaver yang tajam sebab mata yang tumpul boleh menyebabkan kulit muka rosak dan kasar.. Jadi kulit yang luka akan terdedah pada kuman serta jerawat pun akan mula timbul..

Tomato
Delima
13. Makan Buah Buahan Tinggi Antioksidan
Antioksidan merupakan zat yang dapat melindungi tubuh dari serangan radikal bebas dalam tubuh badan.. Radikal Bebas pulak boleh menyebabkan kulit rosak, penuaan, katarak mata, sakit jantung, kanser dan sebagainya..

Amalkan makan Buah Kurma, Kismis, Delima, Tin, Tomato, Anggur, dan segala jenis Berry.. Seperti Blueberry, Acai Berry, Maqui Berry, Strawberry, Cranberry dll..

Paling senang nak cari tomato, kurma dan kismis kan.. Contohnya makan lah tomato mentah setiap pagi.. Makan tomato buat macam makan buah epal.. :p

Vitamic C
AuraMen Turbo Collagen
14. Beli Supplement.
Kalau ada duit lebih tu beli lah supplement @ Vitamin C @ Vitamin penambah zat.. Kadang2 kita ni makan tak cukup zat.. Ada orang suka makan macam2 tapi sayur tak suka makan.. Jadi dia kekurangan zat & vitamin yang ada dalam sayur.. Faham kan..? Belilah AuraMen.. Hehe.. Firdaus jual AuraMen Turbo Collagen.. Sapa nak PM.. :-p

T-Shirt Hitam
15. Elakkan Pakaian Gelap
Kaum adam yang banyak buat aktiviti outdoor tidak digalakkan pakai pakaiaan gelap & hitam.. Sebab warna hitam ni penyerap haba dan secara tak langsung akan menyebabkan kulit rosak & lebih lagi kena UV Light.. Lepas tu secara tak langsung body temperature akan naik.. Faham kan?

Keep Calm & Worry Less
16. Kurangkan Stress
Keep Calm & Less Stress.. Perlu pandai kawal stress di tempat belajar dan kerja.. Sometimes kita perlu terima hakikat bahawa kita ditakdirkan berada di dalam situasi tersebut buat sementara waktu.. Jadi kita perlu lah terima Qada & Qadar.. Kita hanya boleh berusaha dan berdoa ke arah kebaikan.. Tapi Allah sebaik2 perancang.. Kalau kita meletakkan Agama Islam No. 1 InSyaAllah kita selamat.. :-) Lagi satu kita just ingat Allah takkan letak beban kepada seseorang jika dia tak boleh tangani beban tersebut.. Okay?

Coffee
17. Kurangkan Minuman Karbonate & Kafein
Minuman Karbonate akan meningkatkan paras gula dan angin dalam badan.. Kesannya kita akan jadi Gastrik, Pedih Ulu Hati & Kencing Manis.. Kalau tak sayang body tak lama lagi Allah boleh tarik nikmat2 lain..
Minuman yang berkafein akan menyebabkan Jantung Berdegup Kencang, Hati Rasa Gelisah & Pening Kepala.. Tak salah nak minum minuman berkafein seperti kopi dan teh tapi perlu bijak mengawal kadar pengambilan.. Ataupun belilah kopi tanpa Kafein jika anda seorang yang Allergic Kafein..
Omar Borkan Al-Gala
18. Simpan Janggut
Janggut kan Sunnah Rasulullah yang sunat.. Sebenarnya kebanyakkan perempuan akan tertarik dengan lelaki yang ada janggut.. Simpan janggut akan membuat kita lebih kacak, hensom, bergaya, matang dan bergaya.. Wajah pun akan nampak berseri.. Kan!!!

Terapi Zikir Ustaz Manis
Selawat Ke Atas Nabi Ringkas
19. Banyakkan Berzikir, Berselawat & Bertasbih
Orang sekeliling akan berasa tenang bila bersama orang yang selalu berselawat.. Contohnya, bila kita putus cinta dan sedih mesti nak lepak dan tengok pemandangan laut serta pokok2 yang hijau.. Bila tengok ciptaan Allah kita akan rasa tenang.. Sebab Makhluk Allah yang lain berada di bumi dan langi selalu berzikir, bertasbih & berselawat.. Rujuk Surah An-Nur Ayat 41.. Pengubat Hati Ialah Zikir kan..

Maher Zain Happy
20. Senantiasa Happy
Kalau boleh tu anggap ja masalah yang datang sebagai pembakar semangat.. Rajinkan lah ingat pada Allah dan beristighfar selalu.. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang pernah naik ke langit ke tujuh dengan Burok pun selalu beristighfar pada Allah.. Siapalah kita kalau taknak beristhfar kan?

Di Harap Semua Petua, Tips & Panduan Untuk Tampil Lebih Kacak Berdasarkan Al-Quran & Sains Dapat Membantu Semua Kaum Adam Di Luar Sana.. Setiap Benda Yang Ada Pada Tubuh Kita Hanyalah Pinjaman Daripada Allah S.W.T Jadi Gunalah Ia Sebaik Mungkin & Peliharalah Ia Agar Kekal Sihat Selagi Kita Masih Sihat.. Kacak, Hensom & Segak Hanyalah Setipis Kulit Yang Menyaluti.. Bersyukurlah Pada Allah Atas Kurniaannya.. Menjaga Kesihatan Kulit Muka & Badan Juga Di Kira Sebagai Ibadah Jika Niat Betul Kerana Allah Taala.. Di Harap Info Yang Firdaus Heaven Kongsi Ini Mendapat Keredhaan Allah S.W.T.. Aminnn...

10’s To Si Kacak, Hensom, Segak, Comel & Si Cantik Yang Membaca Entry Kali Ini.. Firdaus Heaven Dengan Ikhlas Doakan Kesihatan Anda.. Amalkanlah Membaca Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun.. Insyaallah (Dengan Izin Allah) Dapat Menjauhi Segala Masalah Setiap Hari.. Kita Hanya Berusaha & Berikhtiar Mencari Penyelesaian Tetapi Setiap Masalah Boleh Selesai Hanyalah Dengan Keizinan Allah S.W.T..


Sunday 16 March 2014

Sebab Pahala Tanam Tumbuh - Tumbuhan Berterusan

Assalamualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera...

Pokok Hiasan
Pokok Bunga, Pokok Hiasan dan Pohon yang mengeluarkan hasil buah - buahan banyak di tanam di halaman rumah masing - masing.. Bila sekali pandang mungkin kita sangka tanam pokok & tumbuh - tumbuhan ni apa faedahnya kan? Padahal bila di renung lama - lama pokok ciptaan Allah S.W.T ini rupa - rupanya banyak faedah & pahala serta ganjaran yang bakal kita dapat..

Halaman Rumah
Petang ni Firdaus Heaven merenung sejenak di halaman rumah menikmati pemandangan ciptaan Allah S.W.T.. Dalam tak sedar Firdaus dapat Idea nak buat Entry Blog AreUFamous kali ini berkaitan Faedah dan Pahala Tanam Tumbuh - Tumbuhan Berterusan sampai akhir hayat.. InSyaAllah (Jika Di izin Allah)..

Apa Faedah Tanam Tumbuh - Tumbuhan?
Bila tanam pokok kita akan dapat pahala secara tak sedar..

How?
Macam Mana Boleh Dapat Pahala?

Cherry
1.Hasil Manisan & Buah - Buahan Kepada Binatang
Pokok Cherry yang di tanam di depan rumah ni akan mengeluarkan buah - buahan.. Jadi banyak binatang seperti Burung, Tupai, Sugar Glider & Kelawar yang akan makan Buah Cherry tersebut.. Manisan yang ada di dalam bunga pula akan di sedut oleh Lebah dan Rama - Rama.. Secara tak langsung kita mendapat pahala sebab memberi makanan kepada binatang - binatang lain..

Sarang Burung
2.Sarang & Tempat Berteduh
Pokok Paya Kelat dan Pokok Mangga yang ditanam akan dijadikan tempat untuk Burung membuat sarang dan berteduh ketika cuaca panas.. Banyak spesis Burung seperti Burung Merbah Kapur dan Burung Terkukur membuat sarang untuk membiak.. Secara tak langsung kita akan mendapat pahala sebab beri peluang untuk makhluk ciptaan Allah yang lain membiak & berteduh.. Selagi anak - anak burung tu hidup selagi itu lah kita dapat pahala..

Mangga
3.Hasil Buah - Buahan Kepada Manusia
Kita akan mendapat pahala sebab Buah - Buahan Pokok Mangga tersebut akan di sedekah kan kepada jiran - jiran dan juga ahli keluarga yang lain.. Agar mereka juga turut gembira menikmati hasil tanaman kita..

Latar Belakang Bougainvellea
Jangan tengok yang depan tu.. Hehe.. Tengok yang belakang dia.. Haha.. Cantikkan Pokok Bunga Kertas a.k.a Bougainvillea dekat Sunway Carnival Mall! Sampai buat Background Photoshoot lagi :p

Dandelion
4.Bunga - Bungaan Yang Cantik
Pokok Hiasan seperti Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea) yang menghasilkan bunga yang cantik akan menyebabkan ramai manusia lain yang kagum dengan kecantikan ciptaan Allah S.W.T..

Daun ibarat Rama - Rama
 Pokok Red Butterfly Wing
5. Daun - Daun Yang Unik
Pokok Hiasan yang Unik daun - daunnya juga turut membuatkan ramai orang yang melihat kagum dengan keunikan tumbuh - tumbuhan ciptaan Allah S.W.T.. Oleh itu, mereka juga akan turut bersyukur dan mengakui kebesaran Maha Pencipta..

Siram
6.Hasil Menyiram Air
Tumbuh - Tumbuhan yang kita siram akan turut subur kerana kita menyiram air untuk ia membuat proses fotosintesis.

Oleh itu, di harap semua rakan - rakan di luar sana turut menanam pokok dah tumbuh - tumbuhan hiasan di rumah masing - masing agar dapat cantikkan muka bumi ciptaan Allah S.W.T ini.. Selain itu, pokok - pokok yang di tanam turut akan menyejukkan persekitaran dengan jumlah oksigen yang seimbang dan elakkan berlakunya global warming di dunia..

Jom Kita Buat Kempen Go Green.. :-)

Thankz to All yang comel, cantik, kacak & hensom sebab baca Entry kali ini :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...