Sunday 21 September 2014

Islamic Quiz | Uji Minda Bersama Firdaus Heaven



Islamic Quiz

Assalamualaikum W.B.T..

Ok kali ni Firdaus Heaven nak kongsikan bersama kawan2 semua kuiz ataupun soalan menarik berkaitan dengan Agama Islam.. Di mana soalan ini boleh dijadikan soalan yang menarik di media sosial mahupun kalangan masyarakat.. Nanti boleh tanya kawan2 kat sekolah @ tempat kerja.. Hehe.. Sapa dapat jawab dapat hadiah misteri.. Tak pun sapa tak dapat jawab kena belanja makan.. Haha.. Boleh macam tu ?

Surah apakah yang paling panjang dalam Al-Quran ?
Surah Al-Baqarah (Sapi Betina/The Cow)

Di antara banyak-banyak surah dalam Al-Quran, surah apakah yang paling pendek ?
Surah Al-Kautsar (Kelimpahan/Abundance)

Surah apakah yang bermula tanpa Bismillah ?
Surah At-Taubah (Taubat/Repentance)

Taubat Penyesalan
Dalam surah apakah yang dibaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 2 kali ?
Surah An-Naml (Semut/The Ant) ketika permulaan surah & ayat 30 dimana Ratu Balqis membaca kandungan surat perutusan dari Nabi Sulaiman

Berapakah jumlah surah dalam Al-Quran ?
114

Ada berapa banyak Surah Makkiyah di dalam Al-Quran ?
Makkiyah 86 dan Madaniyah 28 semuanya

Siapakah Keluarga Imran yang disebut-sebut di dalam Surah Al-Imran (The Family of Imran) ?
Ibu Bapa kepada Maryam

Siapakah Maryam ?
Ibu kepada Nabi Isa a.s (Isa Ibni Maryam)

Dalam surah apakah Allah menyeru perempuan supaya menutup aurat ?
Surah An-Nur (Cahaya/The Light) Ayat 31

Dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad berapakah kitab yang telah diturunkan ?
4 Kitab
Kitab Taurat                - Nabi Musa a.s
Kitab Zabur                 - Nabi Daud a.s
Kitab Injil                    - Nabi Isa a.s
Kitab Suci Al-Quran   – Nabi Muhammad S.A.W

Al-Quran
Apakah maksud surah Al-Ankaboot ?
Labah – Labah (The Spider)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini ?
Mati kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati

Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Masa lalu kerana masa lalu tidak dapat diulang kembali jadi buatlah perkara kebaikan hari ini, esok dan seterusnya

Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Hawa nafsu jadi jangan sampai hawa nafsu berjaya membawa kita ke neraka

Apakah yang paling berat di dalam dunia ini ?
Memegang amanah dan banyak manusia yang masuk neraka sebab gagal memegang amanah

Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Tinggalkan solat kerana pekerjaan, pelajaran dan permainan ramai yang meninggalkan solat

Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Lidah manusia kerana lidah manusia berjaya menyakiti hati orang lain

Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini ?
Darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil

Dalam banyak -  banyak binatang di dunia, binatang apakah yang pertama menggali kubur ?
Burung Gagak peristiwa Habil dan Qabil 

Crow
Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?
Pokok Kurma, sebab daunya tak gugur yang gugur adalah pelepahnya

Jangan Lupa #UjiMindaFirdausHeaven
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...