Showing posts with label Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Agama Islam. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Islamic Quiz | Uji Minda Bersama Firdaus Heaven



Islamic Quiz

Assalamualaikum W.B.T..

Ok kali ni Firdaus Heaven nak kongsikan bersama kawan2 semua kuiz ataupun soalan menarik berkaitan dengan Agama Islam.. Di mana soalan ini boleh dijadikan soalan yang menarik di media sosial mahupun kalangan masyarakat.. Nanti boleh tanya kawan2 kat sekolah @ tempat kerja.. Hehe.. Sapa dapat jawab dapat hadiah misteri.. Tak pun sapa tak dapat jawab kena belanja makan.. Haha.. Boleh macam tu ?

Surah apakah yang paling panjang dalam Al-Quran ?
Surah Al-Baqarah (Sapi Betina/The Cow)

Di antara banyak-banyak surah dalam Al-Quran, surah apakah yang paling pendek ?
Surah Al-Kautsar (Kelimpahan/Abundance)

Surah apakah yang bermula tanpa Bismillah ?
Surah At-Taubah (Taubat/Repentance)

Taubat Penyesalan
Dalam surah apakah yang dibaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 2 kali ?
Surah An-Naml (Semut/The Ant) ketika permulaan surah & ayat 30 dimana Ratu Balqis membaca kandungan surat perutusan dari Nabi Sulaiman

Berapakah jumlah surah dalam Al-Quran ?
114

Ada berapa banyak Surah Makkiyah di dalam Al-Quran ?
Makkiyah 86 dan Madaniyah 28 semuanya

Siapakah Keluarga Imran yang disebut-sebut di dalam Surah Al-Imran (The Family of Imran) ?
Ibu Bapa kepada Maryam

Siapakah Maryam ?
Ibu kepada Nabi Isa a.s (Isa Ibni Maryam)

Dalam surah apakah Allah menyeru perempuan supaya menutup aurat ?
Surah An-Nur (Cahaya/The Light) Ayat 31

Dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad berapakah kitab yang telah diturunkan ?
4 Kitab
Kitab Taurat                - Nabi Musa a.s
Kitab Zabur                 - Nabi Daud a.s
Kitab Injil                    - Nabi Isa a.s
Kitab Suci Al-Quran   – Nabi Muhammad S.A.W

Al-Quran
Apakah maksud surah Al-Ankaboot ?
Labah – Labah (The Spider)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini ?
Mati kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati

Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Masa lalu kerana masa lalu tidak dapat diulang kembali jadi buatlah perkara kebaikan hari ini, esok dan seterusnya

Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Hawa nafsu jadi jangan sampai hawa nafsu berjaya membawa kita ke neraka

Apakah yang paling berat di dalam dunia ini ?
Memegang amanah dan banyak manusia yang masuk neraka sebab gagal memegang amanah

Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Tinggalkan solat kerana pekerjaan, pelajaran dan permainan ramai yang meninggalkan solat

Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Lidah manusia kerana lidah manusia berjaya menyakiti hati orang lain

Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini ?
Darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil

Dalam banyak -  banyak binatang di dunia, binatang apakah yang pertama menggali kubur ?
Burung Gagak peristiwa Habil dan Qabil 

Crow
Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?
Pokok Kurma, sebab daunya tak gugur yang gugur adalah pelepahnya

Jangan Lupa #UjiMindaFirdausHeaven

Friday, 17 January 2014

10 Nasihat Abah kepada Bakal Pengantin Perempuan



Assalamualaikum W.B.T…

Nak tau tak nasihat @ tips yang abah aku bagi kepada bakal2 pengantin perempuan yang nak jadi isteri ni..?? Tips yang mudah & padat supaya wanita2 di luar sana dapat menjadi wanita solehah.. Serta hidup happy dan keluarga jadi bahagia serta menjamin isteri tersebut masuk syurga..
 
Bakal Pengantin Perempuan
Tips kepada Bakal2 Isteri:
  1. Jangan meninggikan suara kat suami.
  2. Jangan arah suami.
  3. Jangan bertandang ke rumah orang & jiran.
  4. Jangan panggil suami dengan panggilan “Hoi!”
  5. Jangan sesekali marah suami depan orang ramai.
  6. Jangan memandai2 hutang tanpa pengetahuan suami.
  7. Jangan pandai2 control duit suami.
  8. Jangan melawan cakap suami.
  9. Jangan jadi isteri pemalas.
  10. Jangan membangkang nasihat suami.
 Contoh2:
  • 1.      Jangan meninggikan suara kat suami.
    Macam mana maksud jangan tinggikan suara pada suami..

    Isteri Kurang Baik
    “Abang!!! Tu pi tengok sat anak duk menangis kat luaq tu.. Boleh duk tengok TV lagi.. Orang dah la banyak reja.. Dia boleh duk buat ghalet tak dengaq!”
    Isteri Baik
    “Abang!!! Tolong tengok sat anak duk menangis kat luaq.. Ayang ada reja sikit.. Bolehkan??? :-)
  • 2.      Jangan arah suami.
    Suami ni ketua keluarga, jadi hormat suami.. Tak boleh jadi isteri yang kurang ajar dan suka mengarah suami.

    Isteri Kurang Baik
    “Abang buat ni sat!” “Abang p buat tu sat!” Semuanya suruh suami, kira dia duk saja ja..
    Isteri Baik
    “Abang! Ayang nak minta tolong boleh?? Tolong jap Ayang buat ni..” Bukannya suruh suami ja yang buat tapi Si Isteri turut membantu.. :-)
  • 3.      Jangan bertandang ke rumah orang & jiran.
    Suami ni sebenarnya pantang sangat2! Kalau Si Isteri ni suka bertandang pi rumah orang.. Kalau la Si Suami ni balik reja tengok2 ja Si Isteri tak dak kat rumah nak sambut kepulangan Si Suami ni.. Itu kan dah jadi Isteri yang kurang baik.. Silap2 haribulan Si Suami suruh Si Isteri ambik kain baju pi duk kat rumah orang.. Bukannya tak boleh beramah mesra dengan jiran.. Perlu tengok keadaan dan waktu..
                 Orang perempuan ni kalau pi berbual kat rumah jiran sudah tentu la akan mengumpat sana sini.. Berbual kosong kearah keburukan tu akan lebih banyak daripada berbual kosong kearah kebaikan.. Confirm2 lah kalau pi bertandang rumah orang akan terfitnah, termengumpat, tercakap aib suami, terbagitahu aib keluarga, tersalah kata, terkasar bahasa dan akan tersalah faham..

    Isteri Kurang Baik
    Pi rumah orang duk mengumpat, memfitnah, mengata, menceritakan aib2 Si Suami dan keluarga.. “Hang nak tau tak! Si Suami aku tu pemalas nak bangun Subuh.. Aku jenuh gerak dia.. Susah sungguh nak bangun.. Penat kot duk gerak dia tiap2 hari..

    Isteri Baik
    Pi rumah jiran bila dah habis & siap reja2 kat rumah.. Contohnya, bila dah balik kerja.. Pi basuh dulu baju2 hari ni, pi masak dulu kat suami, sama2 bertolak ansur buat kerja rumah dengan suami.. contohnya lipat baju & sapu rumah.. “Abang! Chek nak keluaq rumah sat nak jumpa jiran sebelah boleh?? Semua reja rumah chek dah buat.. Kalau Abang bagi keluaq chek pi sat na!”
  • 4.      Jangan panggil suami dengan panggilan “Hoi!”
    Lelaki! Sangat pantang kalau perempuan cakap kasaq ngan lelaki.. Contohnya, panggil lelaki dengan panggilan Aku - Hang, Hoi! Kadang2 perhubungan seseorang perempuan tu tak kan ke jinjang pelamin sebab suka bercakap kasar dengan pasangan lelaki..

    Isteri Kurang Baik
    “Hoii!!! Tak dengar ka orang duk panggil daripada tadi.. Haishhh!”
    Isteri Baik
    “Abang..! Abang…!! Abang tak dengar ka Sayang panggil daripada tadi.. Kawan Abang mai tu..”
  • 5.      Jangan sesekali marah suami depan orang ramai.
    Lelaki tak suka la kalau Si Isteri marah dia depan orang ramai.. Macam depan adik beradik ka.. Bukan apa! Nanti orang akan ingat Si Suami ni dayus, takut Si Isteri.. So, tak baik ya kepada bakal Isteri marah2 suami depan orang ramai.. Nak jadi Isteri derhaka ke??

    Isteri Kurang Baik
    “Abang ni bodoh la!! Tak Nampak ka anak jatuh tu.. Tolong la pi angkat sat tak nampak ka orang ramai ni kat ruang tamu nak jalan pun tak boleh”
    Isteri Baik
    “Abang… anak jatuh tu! Tolong sat pi angkat dia.. Sayang nak pi angkat pun jauh ni.. ramai orang kat ruang tamu ni..
  • 6.      Jangan memandai2 hutang tanpa pengetahuan suami.
    Kenapa kena tanya suami kalau nak berhutang??? Sebab dalam Islam ni tak di galakkan berhutang.. Kalau nak jugak berhutang kena la tanya pendapat Si Suami.. Sebab kita kena tengok kewangan keluarga kita.. Stabil ka tak kewangan kita?? Nama pun hidup bersama.. Kalau berhutang lagi menyusahkan kita buat apa nak berhutang.. Lebih baik hidup bersederhana.. Itu yang Islam suruh praktikkan.. Ok alakadar ja?

    Isteri Kurang Baik
    “Abang ni! Semua tak boleh.. Nak hutang beli karpet kat mamat Pakistan tu pun tak boleh”
    Isteri Baik
    “Abang.. boleh tak sayang nak ambik karpet tu..Cantik sangat! So, ingat nak kena bayaq ansur2 la kat mamat Pakistan tu tiap2 bulan.. Boleh tak?? Kalau Abang tak bagi sayang tak ambik..”
  • 7.      Jangan pandai2 control duit suami.
    Isteri dan Puan2 di luar sana jangan memandai2 nak jadi Queen Control na! Semua duit gaji Si Suami, Si Isteri yang nak pegang dan simpan.. Tak malu ke, dekat Si Emak Mertua?? Dia pun tak pernah nak pegang dan mintak duit anak dia.. Padahal Si Emak Mertua tu yang membesarkan Si Suami tu.. Tak dak Si Emak ni tak rasa la Si Isteri nak kawen dengan lelaki tu.. Sebagai isteri yang baik sepatutnya dia berbincang dengan suaminya cara nak urus kewangan setiap bulan.. Manage duit bulanan supaya tidak membazir dan terurus duit bulanan.. :-)

    Isteri Kurang Baik
    “Abang!!! Duit gaji bulan ni mana?? Mai bagi kat chek! Biaq chek yang pegang! Abang!!! Ambik Rm 500 sudah nak makan bulan ni, yang lain biaq chek yang simpan”
    Isteri Baik
    “Abang… Dah dapat ka duit gaji bulan ni?? Chek bukan apa.. Duit belanja bulan lepas nak beli barang dapur bulan ni dah habis.. So, Chek ingat nak mintak siap2 la sebab hujung minggu ni Chek nak keluaq pi beli kat hypermarket Jusco ngan anak2”
  • 8.      Jangan melawan cakap suami.
    Si Isteri kena ingat yang Syurga itu di bawah tapak kaki Si Suami.. Bukannya suruh duk sujud kat kaki suami ya! Maksud ayat tu.. Sujud = Patuh = Dengar Cakap & Arahan.. Faham kan?? Kalau tak patuh macam mana nak masuk Jannatul Firdaus.. Kalau suami nasihat jangan pulak melawan cakap suami jika nasihat itu masih lagi tidak bertentangan dengan syariat Islam..
    Isteri Kurang Baik
    Suami nasihat jangan berboros.. Isteri : “U!!! Boleh tak jangan duk kisah la I nak beli karpet ka, baju baru ka.. Ni duit I! So, ikut suka I la nak buat apa pun dengan duit gaji I”
    Isteri Baik
    “Hubby… Boleh tak I nak beli tudung kat butik Fareeda tu.. Lagipun, dah lama I teringin nak beli.. Siap dah cukup dah duit yang I simpan.. Tak kacau pun duit dalam simpanan yang lain.. Boleh kan?? Pleasee!!!”
  • 9.      Jangan jadi isteri pemalas.
    Orang Penang panggil Isteri Penyegan! Isteri macam ni lah kena elak.. Jangan ada langsung dalam diri sifat dan sikap malas yer..

    Isteri Kurang Baik
    “Nanti lah Sayang lipat baju2 ni.. Nak pi beli barang sat” Lama2 bertimbun baju tak terlipat.. Sebab suka tangguh.. isteri yang tak boleh bertolak ansur dan tidak saling membantu antara satu sama lain..
    Isteri Baik
    “Nanti Sayang belikan barang dapur na! Sayang nak lipat baju dulu.. Alang2 baju pun dah kering ni Sayang nak tolong lipat siap2 takut sibuk malam nanti” Kan bagus dapat Isteri macam ni.. Sejuk perut ibu mengandung 9 bulan 10 hari.. :-)
  • 10.  Jangan membangkang nasihat suami.
    Dalam Islam Si Isteri tak boleh melawan & membangkang nasihat serta cakap Si Suami selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.. Kalau Si Suami suruh buat benda jahat jangan la ikut.. Kalau tak jatuhlah maruah anda sebagai seorang wanita..

    Isteri Kurang Baik
    Si Suami          :“Boleh tak anak Ayah ni, pakai tudung tu labuh la sikit.. Tutup dada tu.. Kalau 
                             orang tengok tu tak malu ka.. Start hari ni tak payah dah pakai tudung2 singkat 
                             ni!”
    Si Isteri            :“Ish! Si Ayah ni kalut ja aih! Biaq la kat dia nak pakai tudung apa pun.. Nak                                           pakai seluar jeans ketat ka.. La ni kan fashion! Semuanya tak boleh..”

    Isteri Baik
    Si Suami          :“Abang! Rasa kita kena nasihat anak jiran ni.. Sebab selalu bawak moto laju2 
                             kat depan rumah.. Kalau langgar budak2 kan susah nanti..”
    Si Isteri            :“Alah!Abang ni tak payah la nak kalut2 teguk anak jiran semua aih.. Biaq pi 
                             la kat depa ada mak bapak depa seniri.. Tau la depa didik anak depa macam 
                             mana”.. Kalau ya pun nak teguk pi la cakap elok2 kat mak bapak dia..
Tips Nak Jadi Isteri Yang Baik daripada UAI.. Nak tau jom tengok sat..


Selain tu, bukan saja 10 nasihat ni ja Si Isteri patut ikut.. Kena lah jadi wanita yang bijak.. Bijak! Maksudnya sendiri pikiaq nak buat sesuatu benda tu pikiaq dulu.. Kalau aku buat macam ni akan jadi buruk ka @ jadi baik..??? Pikiaq!
Lepas tu, pikiaq siap2 apa akan jadi masa depan nanti.. Kalau aku buat sesuatu benda ni, akan mendatangkan kebaikan @ keburukan.. Kalau aku buat benda tu.. Aku akan jadi isteri solehah tak?? Pikiaq elok2 na..

Bakal Isteri
Pastu, Si Isteri pun kenalah pentingkan ajaran Agama Islam.. Sebab kalau keluarga yang berpandukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah.. InSyaAllah akan jadi Keluarga Bahagia.. Macam lagu kumpulan Nasyid Saujana.. :-) InSyaAllah kalau Niat tu dah betul dan ikut tips2 ni semua InSyaAllah.. Allah akan permudahkan urusan kita.. 

Itu saja utk ENTRY kali ini.. C U NEXT TIME.. Kalau nak baca Entry2 yang best lagi.. Tunggu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...