Showing posts with label Firdaus Heaven. Show all posts
Showing posts with label Firdaus Heaven. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Islamic Quiz | Uji Minda Bersama Firdaus Heaven



Islamic Quiz

Assalamualaikum W.B.T..

Ok kali ni Firdaus Heaven nak kongsikan bersama kawan2 semua kuiz ataupun soalan menarik berkaitan dengan Agama Islam.. Di mana soalan ini boleh dijadikan soalan yang menarik di media sosial mahupun kalangan masyarakat.. Nanti boleh tanya kawan2 kat sekolah @ tempat kerja.. Hehe.. Sapa dapat jawab dapat hadiah misteri.. Tak pun sapa tak dapat jawab kena belanja makan.. Haha.. Boleh macam tu ?

Surah apakah yang paling panjang dalam Al-Quran ?
Surah Al-Baqarah (Sapi Betina/The Cow)

Di antara banyak-banyak surah dalam Al-Quran, surah apakah yang paling pendek ?
Surah Al-Kautsar (Kelimpahan/Abundance)

Surah apakah yang bermula tanpa Bismillah ?
Surah At-Taubah (Taubat/Repentance)

Taubat Penyesalan
Dalam surah apakah yang dibaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 2 kali ?
Surah An-Naml (Semut/The Ant) ketika permulaan surah & ayat 30 dimana Ratu Balqis membaca kandungan surat perutusan dari Nabi Sulaiman

Berapakah jumlah surah dalam Al-Quran ?
114

Ada berapa banyak Surah Makkiyah di dalam Al-Quran ?
Makkiyah 86 dan Madaniyah 28 semuanya

Siapakah Keluarga Imran yang disebut-sebut di dalam Surah Al-Imran (The Family of Imran) ?
Ibu Bapa kepada Maryam

Siapakah Maryam ?
Ibu kepada Nabi Isa a.s (Isa Ibni Maryam)

Dalam surah apakah Allah menyeru perempuan supaya menutup aurat ?
Surah An-Nur (Cahaya/The Light) Ayat 31

Dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad berapakah kitab yang telah diturunkan ?
4 Kitab
Kitab Taurat                - Nabi Musa a.s
Kitab Zabur                 - Nabi Daud a.s
Kitab Injil                    - Nabi Isa a.s
Kitab Suci Al-Quran   – Nabi Muhammad S.A.W

Al-Quran
Apakah maksud surah Al-Ankaboot ?
Labah – Labah (The Spider)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini ?
Mati kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati

Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Masa lalu kerana masa lalu tidak dapat diulang kembali jadi buatlah perkara kebaikan hari ini, esok dan seterusnya

Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Hawa nafsu jadi jangan sampai hawa nafsu berjaya membawa kita ke neraka

Apakah yang paling berat di dalam dunia ini ?
Memegang amanah dan banyak manusia yang masuk neraka sebab gagal memegang amanah

Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Tinggalkan solat kerana pekerjaan, pelajaran dan permainan ramai yang meninggalkan solat

Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Lidah manusia kerana lidah manusia berjaya menyakiti hati orang lain

Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini ?
Darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil

Dalam banyak -  banyak binatang di dunia, binatang apakah yang pertama menggali kubur ?
Burung Gagak peristiwa Habil dan Qabil 

Crow
Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?
Pokok Kurma, sebab daunya tak gugur yang gugur adalah pelepahnya

Jangan Lupa #UjiMindaFirdausHeaven

Thursday, 27 March 2014

Nukilan Seorang Adam: Firdaus HEAVEN

Niat menangis kerana Allah SWT
Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki niatnya kerana Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana kecewanya dengan sikap manusia yang tiada sifat - sifat Rasulullah SAW..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana dosa yang dilakukannya..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana ujian Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana rindunya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana sayangnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana kasihnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana cintanya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Walaupun Kau belum pernah kutemu..
Walaupun Kau belum pernah ratap wajahku..
Walaupun Kau belum pernah mengimamkanku..

Walaupun diriMu ku kenal dari Guru Agamaku..
Walaupun diriMu ku kenal dari Hadis SahihMu..
Walaupun diriMu ku kenal dari Kalam Penciptaku..

AKan ku Sanjung diriMu..
Akan ku Cinta diriMu.. Hingga ke Akhir Hayatku.. Kaulah kekasihku Muhammad Ya.. Rasulullah.. <3

Maksud Ayat Al-Quran
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang beriman."
(Surah At Taubah, : ayat 128)

Keras Hati | Internet Source
Thank You kepada Hati - Hati yang suci kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ni.. Harap kita sama - sama mendapat keredhaan Allah SWT.. :-)

Thursday, 20 February 2014

25 Tips & Panduan Menjalani Latihan Industri 3 Bulan


Assalamualaikum W.B.T..
 
Tips Jalani Latihan Industri
Hye to All Junior Junior 1st Year – 3rd Year bagi program2 Ijazah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).. You can call me Firdaus @ Heaven or Firdaus Heaven.. I am Fresh Graduate of Bachelor Degree of Mechatronic Engineering.. Freshy lagi ke?? Haha.. Ok lah!

Tak lama lagi junior 3rd Year bakal menjalani Latihan Industri @ Industrial Training @ InTRA.. Di mana ramai warga UniMAP menggelar InTRA.. InTRA bagi program pelajar Ijazah selalunya akan bermula bulan June – September selepas tamat Semester 6.. This year korang akan bermula 16/6/2014 – 7/9/2014 right?? Firdaus Heaven dah pernah pun melalui semua ni.. Hehe.. So, Firdaus a.k.a Super Duper Senior & Alumni UniMAP nak bagi beberapa Tips & Panduan berguna agar dapat memudahkan urusan semua pelajar yang bakal menjalani InTRA selama 3 bulan ni.. OK??

Tips bila menjalani Industrial Training @ InTRA???
 
Tepat Pada Masa
1.Datang tepat pada masa.
Jangan pandang remeh.. Kita akan dinilai bermula hari pertama sampai di tempat InTRA.. Kalau datang lewat nampak sangat kita seorang yang malas.. Teruskan sikap datang awal sebab nak punch card @ thumb scanning lagi..

Keep Calm & Always Smile
2.Keep Calm & Always Smile.
Hari first tu senyum la sama dekat orang sekeliling.. Jangan sombong yer.. Nak senyum pun biar bertempat dan sesuai dengan keadaan.

Pakaian Sesuai
3.Pakai pakaian yang sesuai.
Bila dah dapat tempat InTRA tu korang patut tanya HR dia “What kind of attire should I wear during the first day of Industrial Training?” Selalunya Engineer ni pakai pakaian casual berkolar + seluar jeans la.. Kalau korang dapat department yang berkaitan office macam Sales Engineer mungkin lah korang perlu pakai formal.. Faham kan?
Jika company korang sediakan Uniform T-Shirt berkolar @ Bunny Suit @ Kemeja @ Baju Korporat Company.. Mestilah First Day baru diorang bagi.. Okay?

Beri Salam
4.Greets orang sekeliling.
Menyapa dan beri lah salam kepada orang sekeliling.. Kalau dia tak bagi response buuat tak tau jer..

Happily Ever After
5.Tunjukkan kita seorang yang bersemangat, berani dan ceria.
Sometimes bila first day dan setiap hari berikutnya kita selalu bersemangat dan muka kita nampak berkeyakinan.. InSyaAllah kita mungkin berpeluang menjadi pelajar contoh terbaik.. Alhamdulillah.. Dulu Firdaus nyaris2 berpeluang pergi ke luar negara ikut supervisor buat service & mantenance di sana.. Tapi disebabkan lagi sebulan jer nak habis InTRA.. So, tak dapat ikut.. Tak dak rezeki.. Hehe..

Contact
6.Mintak Number Telefon Supervisor@HR Company/Department.
Jika ada emergency seperti sakit, tak dapat hadir, motor @ kereta rosak ataupun accident.. Kita boleh contact diorang dan bagitau kita ada masalah.. Ingat selalu kalau ada apa2 bagitau orang yang incharge kita di sana.. Bukannya kita mintak nak accident ke apa ke? Tapi kita perlulah sedia jika berlaku sebarang masalah kan..

Berkenalan
7.Berkenalan dengan rakan2 di Kilang.
Perlu bersikap Extrovert sometimes.. Sebab apa? Kadang2 orang yang kita jumpa tu seorang yang sukar untuk berinteraksi dengan orang baru dikenali.. So, jika kita yang mulakan perbualan mungkin orang tu lah yang akan jadi rakan baik.. Kita tak tau kan.. Besides that, jangan sombong okay.. Dekat kilang ada macam2 department dan ada macam2 position.. From lower level(operator, technician, line leader, supevior, QA inspector, Office Boy) until higher level position(Architect, Designer, Engineer, Accountant, Human Resources Officer, Manager, General Manager(GM/Boss)).. So, kenalah berkawan dengan semua orang sebab diorang lebih banyak pengalaman okay.. Jangan ingat kau ada degree dah bagus.. Haha.. Kalau department ni ada macam2.. Ada Office, Design, Fabrication, Assembly & Production Department.

Curious
8.Tunjukkan sikap ingin tahu.
Show your curiosity.. Haha.. Sifat ingin tahu tu penting.. Mana lah nak tahu, bila kamu bersikap macam tu Supervisor dan orang atasan pun rasa senang dan suka.. Bila2 masa jer dia akan recommend awak kerja kat situ.. Okay? Kalau korang pun teringin keje kat situ.. Haha..
Adaptable
9.Cuba menyesuaikan diri dengan tempat baru.
Try to adapt with new environment.. Korang perlu ingat alam pekerjaan dah tak sama macam alam persekolahan.. So, kena cuba menyesuaikan diri.. Tambahan lagi time tu bulan puasa.. Perlu kuat semangat.. Kalau korang dapat InTRA department yang dalam AirCond tak pe lah.. Sebab ada jugak InTRA yang perlu keluar ke Site dan ada jugak di tempatkan di bahagian production.. So, sabar je lah.. Haha.. Firdaus dah pernah ditempatkan di Office, Production, Assembly & ke luar Kilang.. :-)

Perempuan:-
Tolong Act Professional Okay! Sebab ada setengah perempuan tak boleh adapt sebab tempat kerja perlu berinteraksi dengan ramai lelaki.. Sepatutnya as a future Engineer perlu lah act professional.. Engineer memang perlu berinteraksi dengan pelbagai bangsa, agama & budaya.. Tak kira lah dari level apa pun Operator – General Manager.. Tu tak kira lagi nak berinteraksi dengan Operator Warga Asing la.. Macam2 lah kerenah dan ragam yang akan korang jumpa nanti..

Lelaki:-
Samalah macam perempuan.. Ada jugak lelaki yang kurang senang bila berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram.. So far pengalaman Firdaus tak payah cakap.. Macam2 ragam.. Ada yang pakai baju seksi depan kita la.. Ada jugak yang nak ngorat kita la.. But I have to Act Professional.. Lagipun Firdaus dah terbiasa Sekolah & Hidup di kawasan bandar.. So, tak boleh lari la.. Haha..

*Take Note
Tak semua warga asing ni jahat dan tidak bermoral.. Samalah macam mana bangsa2 lain di Malaysia dan di Dunia ni.. Setiap bangsa & agama tetap ada orang yang perangai baik & kurang baik.. So, Don’t Judge A Book By It Cover.. Okay? Tak semestinya di sebabkan sikap buruk seseorang individu, kita nak salahkan keseluruhan bangsa, kaum & agama tersebut kan? 

Learning
10.Belajar sebanyak mungkin yang boleh.
Niat nak belajar.. So, belajar seberapa banyak yang boleh pun.. Tanya semua orang kat situ.. Kenal dengan diorang.. Okay?

Diary
11.Sentiasa bawa Diari @ Notebook.
Ini benda yang paling penting.. Kalau ada duit lebih sikit tu pi beli diari kat Popular @ Hasani Book Store.. Diari yang tepi setiap muka surat dibahagikan kepada huruf A-Z.. So, pengalaman Firdaus tengok Designer & Engineer kat Kilang & Company akan bawak Diari yang macam tu setiap kali pi mana2.. So, nampak Elegan & ada Class.. Barulah ada tanjak nak kerja Professional Engineer.. Haha.. Senang nak tulis apa2 pun.. Masa meeting pun bawak eh!

Pen
12.Senantiasa ada Pen sendiri.
Orang yang selalu bawa pen pi merata tempat tu maknanya dia seorang yang berhati2, cekap dan berwaspada.. Sebab bila2 masa ja kita nak guna pen tu nak tulis short note tentang apa2 yang diajarkan..

Skip
13.Jangan tangguh buat Log Book.
Log Book kena buat tiap2 hari pada waktu malam lepas balik kerja.. Haha.. Kalau tak buat jadual & disiplinkan diri.. Mesti akan tertangguh.. Tambahan lagi bila korang industrial training dekat dengan rumah parent.. Confirm banyak cabaran.. Antaranya:-

1.TV (Drama Adaptasi Novel La, Bola Sepak La)
2.Adik Beradik (Ajak Berbual La, Ajak Hangout La)
3.Kawan2 Lama (Ajak Hangout La, Ajak Lepak La)

Kalau boleh urus diri InSyaAllah boleh buat Log Book.. Tak pun buat la setiap 3 hari sekali ke.. Tapi takut korang la lupa apa yang korang belajar 3 hari yang lepas.. Haha.. So, pandai2 la bawak diri.. :-)

Scrapbook @ Report @ Book
14.Mula buat Report Industrial Training.
Report LI yang 60 pages tu la! Jangan tangguh.. Barang Siapa yang TANGGUH.. Nescaya akan pening kepala dan lagi serabut bila nak hantar.. Haha.. Mula ja minggu pertama start la buat Chapter 1 – Introduction.. For Example:- Company Background, History, Logo, Vision, Mision, Policy, Organizational Chart, Product, Objective Industrial Training & Scope of Work.. Okay? Teruskan buat sehingga Chapter 5 dan Appendices.. Kalau nak lihat contoh report latihan industri.. Contact Firdaus.. Haha..

Fasting
15.Cuba sesuaikan diri berpuasa di situ.
Di sebabkan korang akan menjalani latihan industri di dalam bulan puasa.. So, chaiyok.. Keep It Up.. Kuat Semangat.. Rileks la ramai lagi orang dalam dunia ni bekerja yang lebih mencabar.. Okay? Firdaus pernah berbuka puasa bersama pekerja Islam Bangla.. Sebab Diorang ni pekerja foreigner.. Diorang ni baik sangat.. Huhu.. Secara tak langsung boleh berbual & mengenali budaya mereka berpuasa di negara sana.. Okay?

Nawaitu
16.Niat perlu betul!
Bukan saja kita nak lulus Latihan Industri tapi nak belajar ilmu pengetahuan yang fardhu kifayah ni.. Niat nak buat sebaik mungkin, jadi pelajar contoh di situ dan mengharumkan nama institusi kita. Ingat kita ni membawa nama Universiti kita.. Okay?

Respect Each Other
17.Hormat kawan2 kerja yang level bawah pada kita.
Local Operator, Foreign Operator, Junior Technician, Technician & Office Boy.. Semua ni memang di kategorikan under Engineer.. So, korang tak payah nak berlagak depan diorang buat macam hebat sangat.. Ilmu Agama pun terkontang kanting nak buat bagus.. Hehe.. Padahal knowledge diorang lebih banyak.. Belajar tanya diorang.. Mintak diorang ajarkan.. Okay?

Drink Plenty of Water
18.Minum air secukupnya.
Biasalah! Kerja dalam AirCond @ luar tetap perlu minum air masak yang banyak.. Haha.. Tips Firdaus! Minum air 2 botol mineral 1.5L tu setiap hari bagi berat 50-60 kg.. Baru lah stabil bendalir dalam badan and at the same time baik untuk kesihatan kulit.. Haha..

Be Sincere
19.Cakap jika tak faham @ tak tahu! Jujur.
Jangan malu kalau tak tahu.. Kebanyakan Boss & Management marah sebab pelajar suka buat tahu.. “Jujur Lah Sayang Aku Tak Mengapa..” Haha.. Jujur je kalau tak faham.. Double confirm kalau diberikan task.. Kalau was – was dengan tugasan yang diberikan perlulah double check & tanya pendapat pekerja permanent dalam tu.. Okay?

Dignity
20.Jaga diri, maruah & kelakuan kita.
Please! Please! Kamu Jangan Nakal.. Haha.. Bak kata Alif Satar – Jangan Nakal.. :-) Ingat korang dah besar please respect people around you.. Jangan menjatuhkan maruah korang and Uni korang.. Jangan ponteng tak datang LI.. Kecuali bersebab yang munasabah.. Okay?

Support
21.Mintak HR buatkan surat Employer Support Letter.
Bila dah tamat Latihan Industri mintak HR Officer buatkan satu surat Employer Support Letter.. So, senang lah lepas ni kalau nak mintak kerja sebab kita ada surat sokongan company yang support kelakuan & kebolehan kita. 

Record
22.Catat setiap hari waktu kita datang kerja.
Buat jadual kerja harian kita.. Dalam column table tu buat Date, Check-In, Check-Out, Hours & Reasons.. Tulis la tarikh dari mula kerja hingga tamat InTRA.. Pastu catit pukul berapa kita datang & balik kerja.. Berapa jam kita kerja dan ada buat O.T ke?.. Last but not least, column reasons tu boleh catit sebab jika kita terlewat hari sekian2 ke atau kita OFFDAY hari sekian2 ke..

Scanning
23.Scan @ Capture Punch Card.
Kalau tak silap Firdaus, kita dilarang Scan @ Snap gambar punch card kita.. Tapi mengikut pendapat Firdaus la kenapa pulak nak salah kan? Itu hak kita lah, nak tengok dan simpan waktu setiap hari kita datang kerja dan berapa jam ada buat O.T.. Kalau takut nak capture gambar punch card.. Korang pergi jer office.. Bagitau dekat HR atau Kerani cakap nak photostate punch card nak buat simpanan.. If anything happen in future.. Senang kan?

Speak English
24.You need to speak English.
Selalunya bila kita speak English.. Rating kita akan meningkat.. Cuba untuk jadi lain daripada yang lain.. Falsafah Hidup Firdaus senang jer.. “Do Your Best, Beat The Rest.. If They Can Do It, Why Can’t I?” Firdaus 1st Batch yang perlu belajar Maths & Science in English.. So Far starting Form 1 Secondary School Firdaus dah mula jawab Test & Exam Question in English.. Walaupun tak tahu term yang betul kita cuba jugak.. We need to learn from our mistakes”

How to improve our English Skill?
1.Sing English Songs
2.Watch English Movie w/o Subtitle @ with Subtitle
3.Listening to Fly Fm & Red Fm
4.Speak English with Friends
5.Print English Lyrics and Sing

Be Yourself
25. Good Luck @ Viel Gluck & Please Be Yourself
So, diharap semua tips ni dapat memberi serba sedikit gambaran & penjelasan.. Hope nervous pun hilang.. Haha.. Jangan la lupa baca Doa Nabi Yunus dalam perut Ikan Nun tu Surah Al-Anbiya Ayat 87.. La Ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin.. :-) Viel Gluck & Please Let Yourself Be Yourself Okay! 

Viel Gluck
ReadMore... 5 Tips Cari Tempat Industrial Training..
ReadMore... 10 Soalan Famous Semasa Latihan Industri.. 

Terima kasih sebab sudi baca Entry kali ini.. Awak memang awesome, comel, cantik, cute, hensome & kacak.. Haha.. Ada masa datang lagi yer.. Kalau korang ada pandangan atau idea sila lah comment or contact Firdaus melalui media social Fb, Twitter, E-mail, Google + or Youtube..

C U NEXT TIME.. Lagu Mana Pun Untuk Hampa.. Haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...