Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Friday, 21 February 2014

10 FAQs Famous Semasa Latihan Industri



Assalamualaikum W.B.T..

Soalan – Soalan yang selalu pelajar akan tanya bila dah mula jalani Latihan Industri.. So, lepas ni tak payah risau dah.. Firdaus dah bagi jawapan – jawapan yang sepatutnya.. Okay? Jom Layan...
FAQs
Frequently Asked Question (FAQ)

1.Kalau company @ supervisor ugut nak bagi gagal program Latihan Industri saya?
Jangan Risau! Don’t Panic! Waktu rehat ambil mobile phone dan call Lecturer/Coordinator yang incharge InTRA ni.. Dia akan bagitau jawapan yang munasabah dan kamu akan lega mendengar jawapan beliau.. Ini kerana Company tiada hak sewenang wenangnya nak buang kita or gagalkan kursus InTRA ni.. Melainkan kelakuan kita yang buruk.. Okay?

2.Kalau company paksa kita O.T (Overtime) ?
Tanya dulu! Kalau saya overtime di kira macam mana? Dibayar ataupun tidak..? Kalau berbayar ok lah.. It’s fair right if I said “Actually all people love to work if they get reward from what they do”.. Jangan sampai kesihatan & waktu rehat kita terjejas sudah.. Ni asyik2 Supervisor mintak O.T jer tiap2 hari.. Kalau macam tu parah la kan.. Kita sampai takdak masa nak buat ibadah, Log Book & Report InTRA yang 60 pages tu.. Huhu..

3.Macam mana nak buat Log Book ?
Senang bangat dong! Hihi.. Dalam Log Book tu setiap hari balik jer rumah korang perlu lah tulis apa korang buat hari ini di Kilang.. For Example, Hari ni korang Assemble Machine.. Korang boleh sketch machine and part yang korang assemble.. Di ulang sketch not draw.. Cara2 Assemble or buat dalam bentuk note point.. Even boleh lekat any gambar yang berkaitan.. Sebab tu perlu bawa buku nota masa di Company, supaya kita boleh noted apa yang kita buat.. Kalau bawa Log Book pi merata tempat dalam company takut tak sampai bulan ke tiga dah lunyai.. Haha..

Stamp Chop
4.Macam mana nak mintak cop kat Supervisor?
Senang jer.. First week tu jumpa Supervisor bagitau dekat dia.. Nanti dia kena cop Log Book Every day.. Ataupun slowtalk dengan dia, bagitau kat dia “Apa kata you cop logbook once a week” Maknanya seminggu sekali.. Kalau macam Firdaus.. Dulu hari Sabtu kerja Half Day.. So, Firdaus akan mintak dia cop masa pagi Sabtu tu untuk di cop daripada hari Isnin – Sabtu yang lepas.. Huhu..

5.Macam mana nak pilih Company nak buat Latihan Industri ni?
Senang jer.. Ikut course yang korang ambillah.. Lepas tu, tengok balik apa benefit yang kita dapat? Apa position yang dia bagi? Ada Elaun tak? Company tu based on what production?
Reasons?
Perlu pertimbangkan semua diatas, sebab bukan semua orang berduit dan kaya okay? Kalau dapat company yang jauh dari rumah macam mana? Perlu keluarkan macam2 duit:-
i.Duit deposit rumah sewa.
ii.Duit rumah sewa.
iii.Duit bil TnB dan Air lagi.
iv.Duit minyak for transport.
v.Duit makanan harian.
vi.Duit Topup.
vii.Duit keperluan peribadi.
vii.Duit waktu terdesak & kecemasan (motor rosak, sakit dan sbg)

*Ingat di dunia ni bukan semua orang hidup senang.. So, beringatlah dan bersyukur kalau kita tergolong dikalangan orang yang hidup senang dan mewah.. :-)

6.Saya ni bab duit tak kisah! So, macam mana nak pilih company?
Jawapan sama macam mula2 di soalan number 5 tu.. Just kena tanya pendapat orang berpengalaman la.. Tanya la Lecturer, Mentor, Ibu Bapa dan Kawan2 yang boleh di percayai.. Diorang lebih lama makan asam garam dalam kehidupan.. Hihi.. Bersastera pulak kan.. Hehe.. Bukan apa! Kadang2 pendapat diorang boleh diterima..

Katakan korang tak dapat jugak jawapan sebab ada 2 company yang korang suka! Buatlah Solat Istikharah.. Kalau dah dapat petunjuk tu.. Kenalah lakasanakan yer.. Jangan main2.. Korang mintak nasihat dan petunjuk tu daripada Allah S.W.T iaitu pencipta kita.. Kalau tak laksanakan petunjuk sebagaimana yang korang dapat.. Dikhuatiri selepas ini, jika bahagia yang dipinta mungkin dah sukar mendapat kebahagiaan.. Wallahualam..
           
Read More... 5 Tips Cari Tempat Latihan Industri / Industrial Training / Internship

7.Perlu ke cari rumah sewa?
Katakanlah ramai kawan2 yang dapat dekat dengan area tempat kita buat Latihan Industri.. So, discuss & decide ngan kawan2 nak cari rumah sewa.. Kalau cari awal2 senang dan mudah la kerja korang nanti.. So, takkan serabutkan your Study & Final Exam week.. Hihi..

8.Ada rakan sekerja suka ganggu saya la?
Haha! Korang mungkin gelak atau ketawa bila dengar benda ni kan.. Tapi benda ni jangan main2.. Sebab ada satu kes di institusi pengajian tinggi di mana seorang mahasiswi perempuan di raba oleh operator warga asing.. So, memandangkan masalah ni boleh membawa kepada isu maruah.. Perlulah report kepada Lecturer/Coordinator yang incharge..

Take Note*
Jangan pulak suka2 bagi alasan awak diganggu oleh operator la dan macam2 lagi.. Reasons? Ada kes pelajar perlu naik turun makhamah sebab cubaan menuduh company tersebut tidak menjaga kebajikan dia.. Haha.. So, pikir sebelum menuduh okay?

Solat
9.Patutkah kerja di company @ kilang yang melarang Solat Jumaat?
Jawapannya!!! Tak patut kerja.. Dia kah lagi besar? Company tu ka lagi hebat? Mereka ke lagi berkuasa? Allah S.W.T lah Maha Berkuasa.. Semua rezeki Allah yang tentukan.. Nak kerja yang berkat pi cari company & kilang yang benar kita beribadah.. Kalau nak solat pun tak bagi.. Ini tidak adil.. Tiba2 masuk lagu Yuna kan.. Haha..

Kalau kita kerja jugak?
Allah boleh tarik bila2 jer nikmat yang kita ada.. Rumah, kenderaan, keluarga, harta benda, waktu senang, waktu sihat dan macam2 lagi.. Kadang2 kita takkan sedar.. Benda2 tersebut hilang satu per satu.. So bersyukurlah okay? Tak kerja pun takpa.. Buat apa duit banyak2 tapi tak berkat pun..

10.Kalau company tak bagi lunch dekat luar?
Tengok balik.. Kalau company sediakan kantin @ kafe dalam kilang.. Okay lah! Apa yang menyebabkan jadi tak okay pulak? Tak okay jika makanan yang dimasak itu was2 dimakan.. Maknanya mungkin ada campuran ingredients yang haram kita makan.. Faham kan? Senang jer kan.. Kalau kantin & kafe tu di iktiraf Halalan Toyiban.. Okay lah! Keep Calm & Always Selawat.. :-)

Ini sajalah serba sedikit cebisan kenangan semasa menjalani latihan industri di Malaysia.. Haha.. Semua yang saya tulis ni 100% free.. Boleh share dekat kawan2.. Boleh dijadikan Tips2 dan Panduan bila menjalani latihan industri di negeri orang.. Haha.. Yang Baik tu jadikan Tauladan yer, Yang Buruk jadikan Sempadan.. Semua Statement yang saya tulis tidak ada kena mengena dengan mana2 yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Haha.. Jika ada yang berkaitan saya memohon maaf sebab ini semua datang dari hati & terlintas di fikiran.. Haha..

C U Next Time.. Ada masa terjah la.. :-) 

Read More... 25 Tips & Panduan Berguna Menjalani Latihan Industri 3 Bulan

Wednesday, 19 February 2014

5 Tips Cari Tempat Latihan Industri / Industrial Training / Internship



Assalamualaikum W.B.T..

Okay ini serba sedikit tips secara ringkas nak cari tempat latihan industri.. So, lepas ni tunggu Firdaus buat Entry "Tips Menjalani Latihan Industri 3 Bulan" Okay? Jom terjah.. Haha..

Tips Mencari Tempat Industrial Training (InTRA) @ Latihan Industri???
 
Last Minute
1.Jangan cari tempat Latihan Industri last2 minute.

Masuk jer tahun baru @ new year, korang semua patut dah cari tempat latihan industri.. Reasons?? Kalau cari last minute nanti confirm kita serabut dengan ada banyak Assignment & Mini Project.. Nanti takkan sempat nak cari Company, Syarikat or Kilang yang bersesuaian dengan kita.. Tambahan lagi, bila Test & Final Exam dah dekat.. Nak buat Revision la & Study Group bagai.. Haha.. Confirm ke korang sempat?

2.Hantar jer seberapa banyak pun Application Letter.

Letters
Cari Lecturer/Coordinator yang Incharge Industrial Training ni.. Kejan, Gesa & Ask Him/Her bila tarikh sebenar @ Expected Date kami start/ending InTRA tahun ni.. Reasons??? Tarikh tersebut perlu di isi dalam Application Letter.. Hantar jer banyak mana pun ke Company @ Kilang yang kita suka.. It Doesn’t Matter via E-mail or Postman or Direct Send to GuardHouse or Internal Link.. Firdaus dulu hantar sampai 20 Company area Penang.. We don’t know? Sama ada Company dan Kilang mana yang berminat dengan Application Letter kita ni! Kalau diorang interested dengan Resume kita.. Company akan call and bagitau kita dapat.. Nanti Diorang akan hantar balik Acknowledgement of Acceptance Form.. Dalam form tu dia akan bagitau la benefit2 yang akan kita dapat.. Tak semua Company Elaun dia tinggi Okay?

3.Jenis Interview???
 
Interview
Temuduga
Dah kalau apply tu, confirm la akan dipanggil temuduga kan.. Haha.. Jangan risau company just nak tengok kesungguhan kita ni betulke nak buat Industrial Training kat situ.. Huhu.. Perlu dah bahagi masa nak prepare for interview..

i.Call Interview
Tup! Tup! Suddenly ada jer call from Number 04-XXXXXXX @ 05-XXXXXXX @ 03-XXXXXXX.. Receptionist or Human Resources Officer bahagian Recruit & Training akan Call dan Interview dalam Telefon.. So, perlu prepare how to speak English Fluently Okay??? Question yang akan ditanya??? Belajar apa? Bidang apa? Pernah buat Mini Project apa? Boleh ke kerja jauh dari Kampung?? Kalau Berjaya! Dia akan set time for One-to-One Interview.. :-)

ii.One-to-One Interview
Di kilang dia kita akan di soal beberapa soalan yang selalu ditanya:-

a.So, tell me a little about yourself.
b.Tell me what you know about this company? How did you found this company?
c.Why do you want to Industrial Training at XYZ Sdn. Bhd.?
d.Where else have you applied?
e.How are you when you’re working under pressure?
f.What is your strength and weakness?
g.Are you good at working in Team?
h.So, explain why should we hire you?
i.What is your Short Term Goal, Long Term Goal, Personal Goal & Lifetime Goal?
j.What is your computer skills?
k.Do you have any working experience before this?
l.What else do you want to know?
m.Do you have any question?

Soalan Cepu Emas?

a.Explain what is sensor?
b.How to calibrate?
c.How to use multimeter?
d.What is Mechatronic?
e.How to sale a pen?
f.Please sale this Chocolate or Candy! Imagine that “You are Sales Engineer or Sales Officer”
g.Do you smoke?

Apa Patut Kita Tanya?

a.If you offer me this position, what benefits will your company provide?
b.Did your company provide any life insurance, socso, kwsp, safety shoes or Uniform?
c.Did your company provide a room for muslim to pray?
d.Would you allowed muslim people to go for Friday Prayer?

Kalau berjaya interview ni Ketuk2 Ramadhan.. Alhamdulillah!!! Haha.. Kalau tak berjaya akan ada Second Interview.. Hihi..

iii.Many-to-One Interview
Jarang berlaku interview macam ni.. Selalunya kalau jumlah candidate yang mintak tu ramai maybe ada.. Haha..

*For your information!!! My junior.. Bukan semua company ada Interview.. Ada jugak yang terus dia hantar surat bagitau korang dah dapat.. Haha.. Itu kira nasib la.. Tapi kalau dapat yang ada interview boleh dijadikan pengalaman..

4.Pastikan tahu lokasi sebenar tempat ingin InTRA!
 
Love In Paris
Paris
Sebelum mula InTRA tu.. Korang sepatutnya dah tahu di mana lokasi sebenar.. Ini tidak hari first nak daftar di kilang jugak la baru nak cari kat mana lokasi sebenar.. Tup! Tup! Sampai lewat.. Kan dah buruk rekod kehadiran kita.. So, Pastikan korang dah cari lokasi kilang awal2..

5.Cara Apply Industrial Training

One Direction
One Way Or Another
Mintak directly to Human Resources (HR) @ pi Career Day.. Okay?

1.Contact HR Kilang & Company yang kita berminat.
2.Mintak E-mail HR.
3.Tanya ada available position for Internship @ Industrial Training.
4.Send E-mail:-
   i.  Application Letter.
   ii. Resume.
   iii.Appandix (InTRA Details)
   iv.Result Acknowledgement Form.
5.Pergi Career Fair, Career Day & Pameran Kerjaya.

Okay? Kalau ada kemusykilan kat mana2.. You can ask or contact me VIA Fb, Twitter, Google +, E-mail, Youtube or Blog.. Good Nite Reader - Reader yang Cute & Hensom.. :-) Siapa? Awak yang tengah baca tu la yang comel & hensom :-)

Read More... 25 Tips Berguna Jalani Latihan Industri daripada Super Duper Senior...

Read More... 10 Soalan Famous Semasa Latihan Industri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...