Assalamualaikum W.B.T..
 |
| Tips Jalani Latihan Industri |
Hye to All Junior Junior 1st
Year – 3rd Year bagi program2 Ijazah di Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP).. You can call me Firdaus @ Heaven or Firdaus Heaven.. I am Fresh Graduate of Bachelor Degree of Mechatronic Engineering..
Freshy lagi ke?? Haha.. Ok lah!
Tak lama lagi junior 3rd
Year bakal menjalani Latihan Industri @ Industrial Training @ InTRA.. Di mana
ramai warga UniMAP menggelar InTRA.. InTRA bagi program pelajar Ijazah selalunya
akan bermula bulan June – September selepas tamat Semester 6.. This year korang
akan bermula 16/6/2014 – 7/9/2014 right?? Firdaus Heaven dah pernah pun melalui
semua ni.. Hehe.. So, Firdaus a.k.a Super Duper Senior & Alumni UniMAP nak
bagi beberapa Tips & Panduan berguna agar dapat memudahkan urusan semua
pelajar yang bakal menjalani InTRA selama 3 bulan ni.. OK??
Tips bila menjalani Industrial Training @ InTRA???
 |
| Tepat Pada Masa |
1.Datang tepat pada masa.
Jangan pandang remeh.. Kita
akan dinilai bermula hari pertama sampai di tempat InTRA.. Kalau datang lewat
nampak sangat kita seorang yang malas.. Teruskan sikap datang awal sebab nak
punch card @ thumb scanning lagi..
 |
Keep Calm & Always Smile
|
2.Keep Calm & Always Smile.
Hari first tu senyum la sama
dekat orang sekeliling.. Jangan sombong yer.. Nak senyum pun biar bertempat dan
sesuai dengan keadaan.
 |
| Pakaian Sesuai |
3.Pakai pakaian yang sesuai.
Bila dah dapat tempat InTRA tu
korang patut tanya HR dia “What kind of attire should I wear during the first
day of Industrial Training?” Selalunya Engineer ni pakai pakaian casual
berkolar + seluar jeans la.. Kalau korang dapat department yang berkaitan
office macam Sales Engineer mungkin lah korang perlu pakai formal.. Faham kan?
Jika company korang sediakan
Uniform T-Shirt berkolar @ Bunny Suit @ Kemeja @ Baju Korporat Company..
Mestilah First Day baru diorang bagi.. Okay?
 |
| Beri Salam |
4.Greets orang sekeliling.
Menyapa dan beri lah salam
kepada orang sekeliling.. Kalau dia tak bagi response buuat tak tau jer..
 |
| Happily Ever After |
5.Tunjukkan kita seorang yang bersemangat, berani dan ceria.
Sometimes bila first day dan
setiap hari berikutnya kita selalu bersemangat dan muka kita nampak
berkeyakinan.. InSyaAllah kita mungkin berpeluang menjadi pelajar contoh
terbaik.. Alhamdulillah.. Dulu Firdaus nyaris2 berpeluang pergi ke luar negara ikut
supervisor buat service & mantenance di sana.. Tapi disebabkan lagi sebulan
jer nak habis InTRA.. So, tak dapat ikut.. Tak dak rezeki.. Hehe..
 |
| Contact |
6.Mintak Number Telefon Supervisor@HR Company/Department.
Jika ada emergency seperti
sakit, tak dapat hadir, motor @ kereta rosak ataupun accident.. Kita boleh
contact diorang dan bagitau kita ada masalah.. Ingat selalu kalau ada apa2
bagitau orang yang incharge kita di sana.. Bukannya kita mintak nak accident ke
apa ke? Tapi kita perlulah sedia jika berlaku sebarang masalah kan..
 |
| Berkenalan |
7.Berkenalan dengan rakan2 di Kilang.
Perlu bersikap Extrovert
sometimes.. Sebab apa? Kadang2 orang yang kita jumpa tu seorang yang sukar
untuk berinteraksi dengan orang baru dikenali.. So, jika kita yang mulakan
perbualan mungkin orang tu lah yang akan jadi rakan baik.. Kita tak tau kan..
Besides that, jangan sombong okay.. Dekat kilang ada macam2 department dan ada
macam2 position.. From lower level(operator,
technician, line leader, supevior, QA inspector, Office Boy) until higher level position(Architect,
Designer, Engineer, Accountant, Human Resources Officer, Manager, General
Manager(GM/Boss)).. So, kenalah berkawan dengan semua orang sebab diorang
lebih banyak pengalaman okay.. Jangan ingat kau ada degree dah bagus.. Haha..
Kalau department ni ada macam2.. Ada Office, Design, Fabrication, Assembly
& Production Department.
 |
| Curious |
8.Tunjukkan sikap ingin tahu.
Show your curiosity.. Haha..
Sifat ingin tahu tu penting.. Mana lah nak tahu, bila kamu bersikap macam tu
Supervisor dan orang atasan pun rasa senang dan suka.. Bila2 masa jer dia akan
recommend awak kerja kat situ.. Okay? Kalau korang pun teringin keje kat situ..
Haha..
 |
| Adaptable |
9.Cuba menyesuaikan diri dengan tempat baru.
Try to adapt with new
environment.. Korang perlu ingat alam pekerjaan dah tak sama macam alam
persekolahan.. So, kena cuba menyesuaikan diri.. Tambahan lagi time tu bulan
puasa.. Perlu kuat semangat.. Kalau korang dapat InTRA department yang dalam
AirCond tak pe lah.. Sebab ada jugak InTRA yang perlu keluar ke Site dan ada
jugak di tempatkan di bahagian production.. So, sabar je lah.. Haha.. Firdaus
dah pernah ditempatkan di Office, Production, Assembly & ke luar Kilang..
:-)
Perempuan:-
Tolong Act Professional Okay!
Sebab ada setengah perempuan tak boleh adapt sebab tempat kerja perlu
berinteraksi dengan ramai lelaki.. Sepatutnya as a future Engineer perlu lah
act professional.. Engineer memang perlu berinteraksi dengan pelbagai bangsa,
agama & budaya.. Tak kira lah dari level apa pun Operator – General
Manager.. Tu tak kira lagi nak berinteraksi dengan Operator Warga Asing la..
Macam2 lah kerenah dan ragam yang akan korang jumpa nanti..
Lelaki:-
Samalah macam perempuan.. Ada
jugak lelaki yang kurang senang bila berinteraksi dengan wanita yang bukan
mahram.. So far pengalaman Firdaus tak payah cakap.. Macam2 ragam.. Ada yang
pakai baju seksi depan kita la.. Ada jugak yang nak ngorat kita la.. But I have
to Act Professional.. Lagipun Firdaus dah terbiasa Sekolah & Hidup di
kawasan bandar.. So, tak boleh lari la.. Haha..
*Take Note
Tak semua warga asing ni jahat
dan tidak bermoral.. Samalah macam mana bangsa2 lain di Malaysia dan di Dunia
ni.. Setiap bangsa & agama tetap ada orang yang perangai baik & kurang
baik.. So, Don’t Judge A Book By It Cover.. Okay? Tak semestinya di sebabkan
sikap buruk seseorang individu, kita nak salahkan keseluruhan bangsa, kaum
& agama tersebut kan?
 |
| Learning |
10.Belajar sebanyak mungkin yang boleh.
Niat nak belajar.. So, belajar
seberapa banyak yang boleh pun.. Tanya semua orang kat situ.. Kenal dengan
diorang.. Okay?
 |
| Diary |
11.Sentiasa bawa Diari @ Notebook.
Ini benda yang paling penting..
Kalau ada duit lebih sikit tu pi beli diari kat Popular @ Hasani Book Store..
Diari yang tepi setiap muka surat dibahagikan kepada huruf A-Z.. So, pengalaman
Firdaus tengok Designer & Engineer kat Kilang & Company akan bawak
Diari yang macam tu setiap kali pi mana2.. So, nampak Elegan & ada Class..
Barulah ada tanjak nak kerja Professional Engineer.. Haha.. Senang nak tulis
apa2 pun.. Masa meeting pun bawak eh!
 |
| Pen |
12.Senantiasa ada Pen sendiri.
Orang yang selalu bawa pen pi
merata tempat tu maknanya dia seorang yang berhati2, cekap dan berwaspada..
Sebab bila2 masa ja kita nak guna pen tu nak tulis short note tentang apa2 yang
diajarkan..
 |
| Skip |
13.Jangan tangguh buat Log Book.
Log Book kena buat tiap2 hari
pada waktu malam lepas balik kerja.. Haha.. Kalau tak buat jadual &
disiplinkan diri.. Mesti akan tertangguh.. Tambahan lagi bila korang industrial
training dekat dengan rumah parent.. Confirm banyak cabaran.. Antaranya:-
1.TV (Drama Adaptasi Novel La,
Bola Sepak La)
2.Adik Beradik (Ajak Berbual
La, Ajak Hangout La)
3.Kawan2 Lama (Ajak Hangout La,
Ajak Lepak La)
Kalau boleh urus diri
InSyaAllah boleh buat Log Book.. Tak pun buat la setiap 3 hari sekali ke.. Tapi
takut korang la lupa apa yang korang belajar 3 hari yang lepas.. Haha.. So,
pandai2 la bawak diri.. :-)
 |
| Scrapbook @ Report @ Book |
14.Mula buat Report Industrial Training.
Report LI yang 60 pages tu la!
Jangan tangguh.. Barang Siapa yang TANGGUH.. Nescaya akan pening kepala dan
lagi serabut bila nak hantar.. Haha.. Mula ja minggu pertama start la buat
Chapter 1 – Introduction.. For Example:- Company Background, History, Logo,
Vision, Mision, Policy, Organizational Chart, Product, Objective Industrial
Training & Scope of Work.. Okay? Teruskan buat sehingga Chapter 5 dan
Appendices.. Kalau nak lihat contoh report latihan industri.. Contact Firdaus..
Haha..
 |
| Fasting |
15.Cuba sesuaikan diri berpuasa di situ.
Di sebabkan korang akan
menjalani latihan industri di dalam bulan puasa.. So, chaiyok.. Keep It Up..
Kuat Semangat.. Rileks la ramai lagi orang dalam dunia ni bekerja yang lebih
mencabar.. Okay? Firdaus pernah berbuka puasa bersama pekerja Islam Bangla.. Sebab
Diorang ni pekerja foreigner.. Diorang ni baik sangat.. Huhu.. Secara tak
langsung boleh berbual & mengenali budaya mereka berpuasa di negara sana..
Okay?
 |
| Nawaitu |
16.Niat perlu betul!
Bukan saja kita nak lulus
Latihan Industri tapi nak belajar ilmu pengetahuan yang fardhu kifayah ni..
Niat nak buat sebaik mungkin, jadi pelajar contoh di situ dan mengharumkan nama
institusi kita. Ingat kita ni membawa nama Universiti kita.. Okay?
 |
| Respect Each Other |
17.Hormat kawan2 kerja yang level bawah pada kita.
Local Operator, Foreign Operator,
Junior Technician, Technician & Office Boy.. Semua ni memang di kategorikan
under Engineer.. So, korang tak payah nak berlagak depan diorang buat macam
hebat sangat.. Ilmu Agama pun terkontang kanting nak buat bagus.. Hehe..
Padahal knowledge diorang lebih banyak.. Belajar tanya diorang.. Mintak diorang
ajarkan.. Okay?
 |
| Drink Plenty of Water |
18.Minum air secukupnya.
Biasalah! Kerja dalam AirCond @
luar tetap perlu minum air masak yang banyak.. Haha.. Tips Firdaus! Minum air 2
botol mineral 1.5L tu setiap hari bagi berat 50-60 kg.. Baru lah stabil
bendalir dalam badan and at the same time baik untuk kesihatan kulit.. Haha..
 |
| Be Sincere |
19.Cakap jika tak faham @ tak tahu! Jujur.
Jangan malu kalau tak tahu..
Kebanyakan Boss & Management marah sebab pelajar suka buat tahu.. “Jujur
Lah Sayang Aku Tak Mengapa..” Haha.. Jujur je kalau tak faham.. Double confirm
kalau diberikan task.. Kalau was – was dengan tugasan yang diberikan perlulah
double check & tanya pendapat pekerja permanent dalam tu.. Okay?
 |
| Dignity |
20.Jaga diri, maruah & kelakuan kita.
Please! Please! Kamu Jangan
Nakal.. Haha.. Bak kata Alif Satar – Jangan Nakal.. :-) Ingat korang dah besar
please respect people around you.. Jangan menjatuhkan maruah korang and Uni
korang.. Jangan ponteng tak datang LI.. Kecuali bersebab yang munasabah.. Okay?
 |
| Support |
21.Mintak HR buatkan surat Employer Support Letter.
Bila dah tamat Latihan Industri
mintak HR Officer buatkan satu surat Employer Support Letter.. So, senang lah
lepas ni kalau nak mintak kerja sebab kita ada surat sokongan company yang
support kelakuan & kebolehan kita.
 |
| Record |
22.Catat setiap hari waktu kita datang kerja.
Buat jadual kerja harian kita..
Dalam column table tu buat Date, Check-In, Check-Out, Hours & Reasons..
Tulis la tarikh dari mula kerja hingga tamat InTRA.. Pastu catit pukul berapa
kita datang & balik kerja.. Berapa jam kita kerja dan ada buat O.T ke?..
Last but not least, column reasons tu boleh catit sebab jika kita terlewat hari
sekian2 ke atau kita OFFDAY hari sekian2 ke..
 |
| Scanning |
23.Scan @ Capture Punch Card.
Kalau tak silap Firdaus, kita
dilarang Scan @ Snap gambar punch card kita.. Tapi mengikut pendapat Firdaus la
kenapa pulak nak salah kan? Itu hak kita lah, nak tengok dan simpan waktu
setiap hari kita datang kerja dan berapa jam ada buat O.T.. Kalau takut nak
capture gambar punch card.. Korang pergi jer office.. Bagitau dekat HR atau
Kerani cakap nak photostate punch card nak buat simpanan.. If anything happen
in future.. Senang kan?
 |
| Speak English |
24.You need to speak English.
Selalunya bila kita speak
English.. Rating kita akan meningkat.. Cuba untuk jadi lain daripada yang
lain.. Falsafah Hidup Firdaus senang jer.. “Do Your Best, Beat The Rest.. If They Can
Do It, Why Can’t I?” Firdaus 1st Batch yang perlu belajar Maths &
Science in English.. So Far starting Form 1 Secondary School Firdaus dah mula
jawab Test & Exam Question in English.. Walaupun tak tahu term yang betul
kita cuba jugak.. “We need to learn from our mistakes”
How to improve our English Skill?
1.Sing English Songs
2.Watch English Movie w/o
Subtitle @ with Subtitle
3.Listening to Fly Fm & Red
Fm
4.Speak English with Friends
5.Print English Lyrics and Sing
 |
| Be Yourself |
25. Good Luck @ Viel Gluck & Please Be Yourself
So, diharap semua tips ni dapat
memberi serba sedikit gambaran & penjelasan.. Hope nervous pun hilang..
Haha.. Jangan la lupa baca Doa Nabi Yunus dalam perut Ikan Nun tu Surah
Al-Anbiya Ayat 87.. La Ilaha illa anta
subhanaka inni kuntu minadzolimin.. :-) Viel Gluck & Please Let
Yourself Be Yourself Okay!
 |
| Viel Gluck |
Terima kasih sebab sudi baca
Entry kali ini.. Awak memang awesome, comel, cantik, cute, hensome &
kacak.. Haha.. Ada masa datang lagi yer.. Kalau korang ada pandangan atau idea
sila lah comment or contact Firdaus melalui media social Fb, Twitter, E-mail,
Google + or Youtube..
C U NEXT TIME.. Lagu Mana Pun
Untuk Hampa.. Haha..