Pokok Hiasan |
Pokok Bunga, Pokok Hiasan dan Pohon yang mengeluarkan hasil buah - buahan banyak di tanam di halaman rumah masing - masing.. Bila sekali pandang mungkin kita sangka tanam pokok & tumbuh - tumbuhan ni apa faedahnya kan? Padahal bila di renung lama - lama pokok ciptaan Allah S.W.T ini rupa - rupanya banyak faedah & pahala serta ganjaran yang bakal kita dapat..
Halaman Rumah |
Petang ni Firdaus Heaven merenung sejenak di halaman rumah menikmati pemandangan ciptaan Allah S.W.T.. Dalam tak sedar Firdaus dapat Idea nak buat Entry Blog AreUFamous kali ini berkaitan Faedah dan Pahala Tanam Tumbuh - Tumbuhan Berterusan sampai akhir hayat.. InSyaAllah (Jika Di izin Allah)..
Apa Faedah Tanam Tumbuh - Tumbuhan?
Bila tanam pokok kita akan dapat pahala secara tak sedar..
How? |
Macam Mana Boleh Dapat Pahala?
Cherry |
1.Hasil Manisan & Buah - Buahan Kepada Binatang
Pokok Cherry yang di tanam di depan rumah ni akan mengeluarkan buah - buahan.. Jadi banyak binatang seperti Burung, Tupai, Sugar Glider & Kelawar yang akan makan Buah Cherry tersebut.. Manisan yang ada di dalam bunga pula akan di sedut oleh Lebah dan Rama - Rama.. Secara tak langsung kita mendapat pahala sebab memberi makanan kepada binatang - binatang lain..
Sarang Burung |
2.Sarang & Tempat Berteduh
Pokok Paya Kelat dan Pokok Mangga yang ditanam akan dijadikan tempat untuk Burung membuat sarang dan berteduh ketika cuaca panas.. Banyak spesis Burung seperti Burung Merbah Kapur dan Burung Terkukur membuat sarang untuk membiak.. Secara tak langsung kita akan mendapat pahala sebab beri peluang untuk makhluk ciptaan Allah yang lain membiak & berteduh.. Selagi anak - anak burung tu hidup selagi itu lah kita dapat pahala..
Mangga |
3.Hasil Buah - Buahan Kepada Manusia
Kita akan mendapat pahala sebab Buah - Buahan Pokok Mangga tersebut akan di sedekah kan kepada jiran - jiran dan juga ahli keluarga yang lain.. Agar mereka juga turut gembira menikmati hasil tanaman kita..
Latar Belakang Bougainvellea |
Jangan tengok yang depan tu.. Hehe.. Tengok yang belakang dia.. Haha.. Cantikkan Pokok Bunga Kertas a.k.a Bougainvillea dekat Sunway Carnival Mall! Sampai buat Background Photoshoot lagi :p
Dandelion |
4.Bunga - Bungaan Yang Cantik
Pokok Hiasan seperti Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea) yang menghasilkan bunga yang cantik akan menyebabkan ramai manusia lain yang kagum dengan kecantikan ciptaan Allah S.W.T..
Daun ibarat Rama - Rama |
Pokok Red Butterfly Wing
5. Daun - Daun Yang Unik
Pokok Hiasan yang Unik daun - daunnya juga turut membuatkan ramai orang yang melihat kagum dengan keunikan tumbuh - tumbuhan ciptaan Allah S.W.T.. Oleh itu, mereka juga akan turut bersyukur dan mengakui kebesaran Maha Pencipta..
Siram |
6.Hasil Menyiram Air
Tumbuh - Tumbuhan yang kita siram akan turut subur kerana kita menyiram air untuk ia membuat proses fotosintesis.
Oleh itu, di harap semua rakan - rakan di luar sana turut menanam pokok dah tumbuh - tumbuhan hiasan di rumah masing - masing agar dapat cantikkan muka bumi ciptaan Allah S.W.T ini.. Selain itu, pokok - pokok yang di tanam turut akan menyejukkan persekitaran dengan jumlah oksigen yang seimbang dan elakkan berlakunya global warming di dunia..
Jom Kita Buat Kempen Go Green.. :-)
Thankz to All yang comel, cantik, kacak & hensom sebab baca Entry kali ini :p
Hobi saya mmg suka tanam pokok2 bunga tp tak tahu pulak tanam pokok bunga pun dapat pahala yg akak tahu tnm pokok buahan tu dpt pahala.
ReplyDeleteSyabas kpd kpd blog sahabat syurga kerana telah memberi info yg berguna.
Handsome pulak penulisnye,day berpunya ker#jangan marah huhuhhh,sekadar bergurau
ReplyDeleteCantik pokoknya.Tq dik kongsi pahala tanam pokok ni.
ReplyDelete