Showing posts with label Dandelion. Show all posts
Showing posts with label Dandelion. Show all posts

Sunday, 16 March 2014

Sebab Pahala Tanam Tumbuh - Tumbuhan Berterusan

Assalamualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera...

Pokok Hiasan
Pokok Bunga, Pokok Hiasan dan Pohon yang mengeluarkan hasil buah - buahan banyak di tanam di halaman rumah masing - masing.. Bila sekali pandang mungkin kita sangka tanam pokok & tumbuh - tumbuhan ni apa faedahnya kan? Padahal bila di renung lama - lama pokok ciptaan Allah S.W.T ini rupa - rupanya banyak faedah & pahala serta ganjaran yang bakal kita dapat..

Halaman Rumah
Petang ni Firdaus Heaven merenung sejenak di halaman rumah menikmati pemandangan ciptaan Allah S.W.T.. Dalam tak sedar Firdaus dapat Idea nak buat Entry Blog AreUFamous kali ini berkaitan Faedah dan Pahala Tanam Tumbuh - Tumbuhan Berterusan sampai akhir hayat.. InSyaAllah (Jika Di izin Allah)..

Apa Faedah Tanam Tumbuh - Tumbuhan?
Bila tanam pokok kita akan dapat pahala secara tak sedar..

How?
Macam Mana Boleh Dapat Pahala?

Cherry
1.Hasil Manisan & Buah - Buahan Kepada Binatang
Pokok Cherry yang di tanam di depan rumah ni akan mengeluarkan buah - buahan.. Jadi banyak binatang seperti Burung, Tupai, Sugar Glider & Kelawar yang akan makan Buah Cherry tersebut.. Manisan yang ada di dalam bunga pula akan di sedut oleh Lebah dan Rama - Rama.. Secara tak langsung kita mendapat pahala sebab memberi makanan kepada binatang - binatang lain..

Sarang Burung
2.Sarang & Tempat Berteduh
Pokok Paya Kelat dan Pokok Mangga yang ditanam akan dijadikan tempat untuk Burung membuat sarang dan berteduh ketika cuaca panas.. Banyak spesis Burung seperti Burung Merbah Kapur dan Burung Terkukur membuat sarang untuk membiak.. Secara tak langsung kita akan mendapat pahala sebab beri peluang untuk makhluk ciptaan Allah yang lain membiak & berteduh.. Selagi anak - anak burung tu hidup selagi itu lah kita dapat pahala..

Mangga
3.Hasil Buah - Buahan Kepada Manusia
Kita akan mendapat pahala sebab Buah - Buahan Pokok Mangga tersebut akan di sedekah kan kepada jiran - jiran dan juga ahli keluarga yang lain.. Agar mereka juga turut gembira menikmati hasil tanaman kita..

Latar Belakang Bougainvellea
Jangan tengok yang depan tu.. Hehe.. Tengok yang belakang dia.. Haha.. Cantikkan Pokok Bunga Kertas a.k.a Bougainvillea dekat Sunway Carnival Mall! Sampai buat Background Photoshoot lagi :p

Dandelion
4.Bunga - Bungaan Yang Cantik
Pokok Hiasan seperti Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea) yang menghasilkan bunga yang cantik akan menyebabkan ramai manusia lain yang kagum dengan kecantikan ciptaan Allah S.W.T..

Daun ibarat Rama - Rama
 Pokok Red Butterfly Wing
5. Daun - Daun Yang Unik
Pokok Hiasan yang Unik daun - daunnya juga turut membuatkan ramai orang yang melihat kagum dengan keunikan tumbuh - tumbuhan ciptaan Allah S.W.T.. Oleh itu, mereka juga akan turut bersyukur dan mengakui kebesaran Maha Pencipta..

Siram
6.Hasil Menyiram Air
Tumbuh - Tumbuhan yang kita siram akan turut subur kerana kita menyiram air untuk ia membuat proses fotosintesis.

Oleh itu, di harap semua rakan - rakan di luar sana turut menanam pokok dah tumbuh - tumbuhan hiasan di rumah masing - masing agar dapat cantikkan muka bumi ciptaan Allah S.W.T ini.. Selain itu, pokok - pokok yang di tanam turut akan menyejukkan persekitaran dengan jumlah oksigen yang seimbang dan elakkan berlakunya global warming di dunia..

Jom Kita Buat Kempen Go Green.. :-)

Thankz to All yang comel, cantik, kacak & hensom sebab baca Entry kali ini :p

Tuesday, 7 January 2014

Pesan Arwah Abah kepada Anak Bongsunya


Pesan Arwah Abah kepada Anak Bongsunya

 Assalamualaikum W.B.T…

Apasal tiba2 ja Firdaus wat Entry pasal Arwah Abah ni.. ??? Bukan apa! 19 hari yang lepas Besday Arwah Abah.. Jatuh pada 20.12.14.. Kalau Arwah Abah masih ada dah berumur 63 tahun.. Keep Calm & Always Smile :-) Macam mana boleh teringat kat Arwah Abah ??? Ni semua gara gara naik moto tadi petang nak p area Butterworth.. Dimana tempat Arwah Abahku di semadikan.. :-) “Subhanallah.. Apa jua pahala yang aku berzikir ini aku hadiahkan kepada Arwah Abahku.. Aminn..” Masa duk menunggang Motor Kriss tu.. Suddenly… Flashback “Dialog antara Mak dengan Aku masa aku kecik2 dulu”


Mak    : Adik tau tak SEBELUM Arwah Abah meninggal dulu..??? sambil tersenyum :-)
Adik   : Tau apa Mak..??? curious(perasaan ingin tahu)

Mak    : Dia pernah pesan kat Mak! Nanti kalau Adik dah besar, nak Adik jadi USTAZ..
Adik   : Hah! Betul ka Mak..??? terkejut
Mak    : Betul la! Tak kan Mak nak TIPU kot.. Arwah Abah yang cakap macam tu.. Dia SUKA
              kalau Adik besar nanti jadi USTAZ.. :-)
Adik   : Oh! Maknanya memang BESAQ la tanggungjawab Adik nanti bila dah dewasa... Haha.. :-)
               sambil ketawa..
  *Dalam hatiku perkataan USTAZ! Berulang2 di sebut “USTAZ! USTAZ! USTAZ!”


Dad and Son


Dialog nil ah yang mendorong aku tulis Entry kali ni..

Jadi USTAZ ! Apa maksud perkataan USTAZ ??? Bagi aku maksud USTAZ tu seniri membawa seribu makna.. Bukan setakat jadi Guru Agama @ seorang yang pandai dan berilmu tentang Agama Islam @ seperti perkataan USTAZ itu sebenarnya datang daripada bahasa Parsi yang membawa maksud Professor di Universiti-universiti di Negara Arab.. Tetapi maksud perkataan tu mendalam sebenaqnya.. Arwah Abah aku pesan suh jadi Ustaz bila besaq nanti.. Makna sebenar USTAZ bagi aku ialah setiap perwatakanku, tingkahlaku ku, sikapku, perangaiku, jiwaku dan hidupku semuanya berciri2 kan ISLAM seperti seorang USTAZ.. Perlulah kena dengan maksud & nama yang diberi padaku.. “Muhamad Firdaus”

Muhamad = Yang Terpuji
Firdaus = Syurga Tertinggi @ Syurga Ketujuh



Secara ringkasnya maksud namaku ialah Syurga Tertinggi/Ketujuh Yang Terpuji @ Heaven @ Paradise.. So, Arwah Abahku mahukan setiap sudut dari LUARAN & DALAMAN aku mengikut perwatakan seorang USTAZ, NABI MUHAMMAD S.A.W & SYURGA ..
 
Pesan Abah
Tahun 2015 nanti umur aku dah 25 Tahun.. Ke mana kah akan aku bawa hala tuju diri aku ni??? Xkan lah nak “Bawa Aku Pergi, Pacu Laju Laju, Kita Lari Dari Realiti” bak kata Zizan & Kaka.. Haha.. Mestilah “Sama ada bawa ke arah Islam ataupun TIDAK???” Walaupun aku dah dewasa sekarang ni.. Belum menjadi seorang USTAZ! Aku tak sedih @ kecewa sebab aku tau ini adalah permulaan hidup aku.. Masih panjang lagi hidup aku.. Aku masih ada peluang kedua.. Jika aku tak ditakdirkan jadi seorang USTAZ pun! Aku xakan sedih sebab aku masih ada banyak MEDIUM yang aku boleh berdakwah.. Tak semestinya jadi seorang USTAZ yang terkenal kan.. Lagipun Ustaz Abdullah Khairi pun mula mengenal diri beliau dan Islam lebih mendalam bermula sejak umur 26 Tahun.. Masih ada kesempatan kan.. :-)
 
icon


Buat masa sekarang aku nampak, takdir yang Allah bagi dekat aku ialah “Aku Seorang Fresh Graduate of Mechatronic Engineering”.. “Adakah ini takdir aku?” Ataupun aku perlu mula mengejar & mencari takdir jalan yang lurus! Buat masa sekarang aku perlu berdakwah melalui medium Youtube – Islamic Video, Facebook, Twitter, WeChat & Whatsapp – Nasihat2 Islamik, serta Blog – Sebagai Perkongsian Islamik.. Jika takdir aku suatu hari nanti jadi USTAZ yang betul pun apa salahnya kan.. Aminnn… Tolong doakan yang terbaik untuk aku jugak ya! Mudah Mudahan Firdaus akan menjadi seorang Ustaz suatu hari nanti.. Aminnn... Ya Rabbal A’lamin..
 
Bunga Dandelion
Pengajaran daripada kisah ini, kita dihidupkan ke dunia ni bersebab iaitu dengan tujuan Allah nak tengok.. Siapa antara kita paling baik amalannya ??? Setiap amalan yang baik akan jadi bekalan di akhirat kelak.. Tak kira lah kita ni dihidupkan dengan nama apa sekalipun.. Tunjukkan lah diri kita seorang yang baik seperti nama2 baik yang ibu bapa kita beri.. Asalkan nama kita maksud yang baik serta tak membawa makna yang buruk.. Suruhla kawan2 kita memanggil kita dengan panggilan yang baik.. Sebab menurut ilmuan agama nama tu yang akan di panggil di akhirat kelak..

Contohnya Nama aku Muhamad Firdaus.. My muslim friends can call me Muhamad @ Firdaus.. asalkan maksud tu masih sama.. Kalau my non-muslim friends boleh panggil nama aku dengan panggilan Heaven.. Sebab seperti yang kita sedia maklum nama Firdaus kadang kala non-muslim susah nak sebut.. Mungkin jugak maknanya akan jadi lain kalau diorang sebut.. So, aku mengambil keputusan suruh diorang panggil aku Heaven.. Maknanya tetap sama & baik iaitu Syurga.. Mereka lebih senang panggil aku dengan nama tersebut.. Pesan dekat kawan2 jangan panggil nama panggilan Mad @ Mat jika nama dia Muhammad.. Sebab Mad @ Mat tu maknanya Mati dalam Bahasa Arab.. Faham kan???


10’s 4 watching this read this Entry.. C U NEXT TIME..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...