Friday, 10 July 2015

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Taman Syurga!

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Taman Syurga!

Assalamualaikum W.B.T...
Wahai Anak - Anak Muda Akhir Zaman jom pakat mai ramai-ramai ke Taman-Taman Syurga  Tak rugi kalau mai, sebab kita dituntut jika melewati Taman-Taman Syurga.. Hehe.. Nanti kalau Allah tanya dimana dihabiskan masa-masa muda ??? Boleh la kita simpan seteguk pahala pi dengar ceramah.. Hehe.. Kalau Taman Syurga pun kita malas nak singgah atau malas nak masuk, macam mana nak masuk Syurga kan ? Deep tak ? Kalau tak terasa maksudnya something wrong with hati kita.. Muhasabah balik diri kita.. Kemana aku buang masa selama ni.. ?

Ceramah = Tazkirah = Taman Syurga
 Taman Syurga = Di Dunia
Syurga = Di Akhirat

Kalau kat Dunia pun malas nak ke Taman Syurga, macam mana Allah nak tengok kita ni ada tak berusaha nak improve diri nak masuk Syurga sebenar kelak..  Mendengar ceramah = tazkirah = mendapat pahala =  ibadah = niat kerana Allah dan mencari keredhaan Allah.. Aku Happy sangat sebab boleh dengaq ceramah agama.. Tambahan lagi bila pi Taman - Taman Syurga ni.. Boleh la hirup ilmu serba sedikit lepas tu boleh la nak dakwah dekat orang lain..

Jawapan UAI | Soalan Aku


Haritu aku ada tanya lah kat UAI beberapa soalan berkaitan dengan Jiran | Nasihat | Pandangan Beliau.. So, Jom kita pakat2 baca jawapan beliau.. Bukan apa aku masukkan dalam Entry kali ni.. Kalau kita proved orang ramai dengan bukti serta gambar baru lah orang akhir zaman ni senang nak faham.. Terus ja masuk dalam hati.. Tersemat elok ja nasihat2 yang nak disampaikan tu.. Tapi kalau kita lah yang bagi nasihat nanti depa akan balas balik kat kita.. Kita pulak yang kena.. Haha.. Tapi jangan putus asa..

Soalan Pertama :-)
Walaupun UAI tak menjawab soalan ini.. Kita boleh faham sebab ramai kawan2 yang tolong jawab bagi pihak UAI.. Jawapan2 mereka jugak bernas2 belaka.. Keep Calm & Always Smile :-)
 
Soalan Kedua
Alhamdulillah!!! Soalan kedua aku terjawab akhirnya.. So, disini kita jangan risau kalau nak nasihat orang walaupun diri kita tak sempurna.. Biaq ja orang nak kata dekat kita apa2 pun.. Asalkan kita dah menasihati apa yang patut.. Tak kan lah kita pun nak menumpang semangkuk dosa kalau tak teguq kan!!! Kalau depa rasa kita ni tak sempurna nasihat lah kita balik kan!!! Bukannya kutuk & mengata kita balik.. Lagi satu aku nak pesan, "Kalau orang Xnak kawan dengan kita sebab kita buat benda baik.. Biaq ja, lebih baik kawan dengan Allah S.W.T" Asalkan kita dah menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya iaitu Amar Makruf  Nahi Mungkar.. Setakat kena kutuk & hina tu kecik ja, BERBANDING pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang dahulunya berdakwah sehingga berdarah dilempar batu..

Sayangilah Nabi Muhammad S.A.W.. Oleh itu, tunjukkanlah sikap Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian kita... In Sya Allah dakwah berlangsung secara tak sengaja..

Soalan Ketiga
Kita mesti confuse kan??? Sebab ada orang cakap nasihat orang 2 @ 3 kali ja.. Kalau dia Xmau dengaq biaq la kat dia.. Asalkan tanggungjawab kita dah lepas.. Kita confuse betulkah nak nasihat orang 2 @ 3 kali ja ??? Jawapannya boleh lihat sendiri kan! Teruskan nasihat sekalipun dah banyak kali..

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Ramai orang mempersoalkan tentang poster filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! Mereka rasa seolah2 tertipu dengan gambaran tersebut.. Walhal, UAI hanya berlakon sikit ja di dalam filem tersebut.. Bagi aku benda ni tak menjadi masalah besar sangat sebab bila kita flashback balik jalan cerita ni.. Kita dapat tengok filem ni ingin menyampaikan mesej kepada penonton tentang kebaikan berdakwah daripada segi Tabligh ni.. Kita tak sepatutnya memandang serong terhadap orang Tabligh ni.. Dalam filem ni jugak ingin menyampaikan mesej iaitu dakwah ni tak semestinya orang2 alim dan ahli2 ulamak ja yang patut berdakwah.. Tapi sebaliknya kita sendiri perlu berdakwah kepada orang sekeliling kita.. Kita wajib untuk berdakwah, jangan tunggu sampai kawan kita dah rosak teruk baru nak dakwah & tarbiah dia.. Kalau macam tu susah la Islam nak membangun.. Keep it up! Dakwah lah, Nasihat lah & Tarbiah lah.. Jangan masuk Syurga sorang - sorang, bahkan tariklah dan bawalah rakan - rakan kita sama..

Tak kira lah nak berdakwah dekat siapa.. adik beradik ka, ibu bapa ka, sahabat handai ataupun orang awam.. Lagipun, setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ni adalah khalifah.. So, jangan anggap tugas berdakwah ni untuk orang2 alim @ ahli ulamak @ ustaz/ustazah.. :-) Sedangkan setiap kata2 @ nasihat2 yang baik juga boleh dianggap sebagai dakwah..
 
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
Apa2 pun jangan lupa nah! Ramadhan 2015 akan meninggalkan kita tak lama lagi.. 1 Syawal ni lagi 1 Marhalah ja nak sampai.. Haha.. Flashback balik kemanakah kita membawa haluan serta diri kita dalam Ramadhan bulan ni ???  
  1. Adakah kita mencorakkan Ramadhan ni dengar warna warni @ lumpur dan debu ??? 
  2. Adakah kita mencorakkan Ramadhan ni dengan haruman2 Islam @ haruman2 hiburan ??? 
  3. Adakah kita yakin Ramadhan ni boleh membawa kita ke Syurga Jannatul Firdaus ??? 
Astaghfirullah Al 'Adzim Alladzi La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaih!!! Ya Allah, sesungguh aku tidak layak ke SyurgaMu dan tidak pulak aku Sanggup ke NerakaMu.. Jadi Engkau Ampunilah dosa2 kami serta dosa ibu bapa kami.. Sesungguhnya Engkau Pencinta Kemaafan, Maha Pengampun Lagi Penerima Taubat.. Aminnn...

Marilah! Kita sama2 mencorakkan 1 Syawal 1436H | 2015 ni dengan warna warni, haruman serta wangian Syurga iaitu di Taman Syurga.. Marilah kita sama2 mulakan 1 Syawal 1436H | 2015 ni dengan ceramah keagamaan.. :-) Bersama Menuju Syurga Sahabat ;-)

Thankzz Sebab baca Entry kali ni.. C U Next Time :-) Love | Peace | Unity

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...