Showing posts with label heaven. Show all posts
Showing posts with label heaven. Show all posts

Saturday, 11 July 2015

Bahasa Rahsia | Best Friends

Bahasa Rahsia | Best Friends

Assalamualaikum W.B.T..

Okay! Jom belajar bahasa rahsia untuk best friends.. Hehe.. Haritu ada orang tanya macam mana nak faham bahasa ni.. "KamaMimi Takmak FamaHammam BamaHamaSama M ni ??? :-) Sebab tu boleh timbulnya idea untuk tulis Entry kali ni.. Mengenai Bahasa huruf M kat belakang setiap suku kata tu.. Kalau seseorang tu dah Expert.. Mesti orang sekeliling tak faham apa yang dia cakap.. Haha.. Pastu baru senang nak cakap perkara rahsia & private.. Hehe.. Sebenaqnya senang ja nak belajar & fahamkan bahasa M ni.. Hihi..

Abstract
Senang ja.. Maih sini tenung tajam-tajam & focus.. Kita just tambah bunyi huruf M di setiap belakang suku kata..

Lesson 1: Satu Suku Kata


A = Ma
I   = Mi
O = Mo
U = Mu

Lesson 2: Dua Suku Kata


Aku    = Ama Kumu
Kami  = Kama Mimi
Kita    = Kimi Tama
Motor = Momo Tormor
Music = Mumu Sicmic

Lesson 3: Tiga Suku Kata


Seluar   = Seme Lumu Armar
Kereta   = Keme Reme Tama
Almari  = Almal Mama Rimi

Lesson 4: Empat Suku Kata


Televisyen = Teme Leme Vimi Syenmen

Lesson 5: Freedom


Peti Ais     = Peme Timi Aismais
Butterfly   = Butmut Termer Flymai
Engkau     = Engmeng Kaumau
Cacing      = Cama Cingming
Keyboard = Keymi Boardmot
Anjing      = Anman Jingming
Heaven     = Heame Venmen

So, try la practice sendiri tiap-tiap hari dengan kawan-kawan.. Haha.. Mesti tergelak la.. Korang try la pulak cakap guna nama betul korang.. Mesti sempoi kan.. Haha.. Pastu try faham ayat di bawah:-

Kamalaumau komorangmang famahammam amapama yangmang amakumu tumulismis iminimi cumubama komorangmang komomenmen namamama komorangmang dimi bamawahmah iminimi.. Hihi.. Faham Tak? Tulis jangan tak tulis.. Haha.. :-D Kalau faham tu kira berkesan lah lesson-lesson tersebut & korang semua AWESOME bak hang.. Hehe..

Thankman Youmu Semebabmab Bamacama Enmentrymi Kamalimi Iminimi.. C U NEXT TIME :-)

Friday, 10 July 2015

Kulaan Niring, Napa Takurihing ???

Kulaan Niring Napa Takurihing

Assalamualaikum W.B.T...

Penah tak dengar perkataan ni ??? Ni first time haritu Heaven ronda-ronda naik keta ngan Brother pastu nampak la STICKER dekat cermin belakang keta.. Berbunyi "Kulaan Niring Napa Takurihing"..

My brother ingatkan bahasa orang asli @ bahasa apa ka ??? Tapi Heaven macam familiar ja perkataan yang pertama tu " Kulaan ".. Sebab seingat Heaven yang Kulaan tu bahasa orang Banjar.. Hehe.. Macam penah dengaq tapi tak ingat kat mana ??? Lagipun salah seorang Uncle saya orang Banjar kat Parit Buntar tu.. Tu la familiar tu..

Pastu balik ja umah tanya family.. Depa cakap Kulaan tu Adik Beradik @ Saudara Mara.. Tu bahasa orang Banjar.. Hehe.. Apa lagi terus google la jawapannya.. Lastly, jumpa jugak maksud dia..

Kulaan       = Adik Beradik @ Saudara Mara
Niring        = Tengok @ Melihat @ Perhati                     ;-)
Napa          = Kenapa                                                       ???
Takurihing = Tersenyum Senyum @ Tersengih Sengih  :-)

So, bila digabungkan maksudnya dan dialih kepada dialek orang UTARA jadi lah macam ni "Adik Beradik Duk Tengok, Awatnya Duk Tersengih Sengih ??? Haha..

Kalau dialek SELATAN camner pulak.. Maybe bunyi camni la asanyer.. "Saudara Mara Tengah Tengok Tu, Asal Kau Tersenyum Senyum Pulak ??? Haha.. Kalau salah betulkan Eh! Hihi..

Daripada ayat ayat ni, rasa macam ada SEMANGAT SETIAKAWAN @ SEMANGAT MEMBARA dalam sesuatu kumpulan.. Hehe.. Tu pendapat aku la.. :-) Kalau korang rasa nak belajar Bahasa Banjar lebih banyak.. Apa kata cari kawan area-area Parit Buntar @ Bagan Serai.. Haha..

Siapa orang banjar yang baca Entry ni.. Cuba Komen " I'm Banjarese " :-)

10's 4 baca Entry kali Ni.. C U NEXT TIME.. Chiao...

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Taman Syurga!

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Taman Syurga!

Assalamualaikum W.B.T...
Wahai Anak - Anak Muda Akhir Zaman jom pakat mai ramai-ramai ke Taman-Taman Syurga  Tak rugi kalau mai, sebab kita dituntut jika melewati Taman-Taman Syurga.. Hehe.. Nanti kalau Allah tanya dimana dihabiskan masa-masa muda ??? Boleh la kita simpan seteguk pahala pi dengar ceramah.. Hehe.. Kalau Taman Syurga pun kita malas nak singgah atau malas nak masuk, macam mana nak masuk Syurga kan ? Deep tak ? Kalau tak terasa maksudnya something wrong with hati kita.. Muhasabah balik diri kita.. Kemana aku buang masa selama ni.. ?

Ceramah = Tazkirah = Taman Syurga
 Taman Syurga = Di Dunia
Syurga = Di Akhirat

Kalau kat Dunia pun malas nak ke Taman Syurga, macam mana Allah nak tengok kita ni ada tak berusaha nak improve diri nak masuk Syurga sebenar kelak..  Mendengar ceramah = tazkirah = mendapat pahala =  ibadah = niat kerana Allah dan mencari keredhaan Allah.. Aku Happy sangat sebab boleh dengaq ceramah agama.. Tambahan lagi bila pi Taman - Taman Syurga ni.. Boleh la hirup ilmu serba sedikit lepas tu boleh la nak dakwah dekat orang lain..

Jawapan UAI | Soalan Aku


Haritu aku ada tanya lah kat UAI beberapa soalan berkaitan dengan Jiran | Nasihat | Pandangan Beliau.. So, Jom kita pakat2 baca jawapan beliau.. Bukan apa aku masukkan dalam Entry kali ni.. Kalau kita proved orang ramai dengan bukti serta gambar baru lah orang akhir zaman ni senang nak faham.. Terus ja masuk dalam hati.. Tersemat elok ja nasihat2 yang nak disampaikan tu.. Tapi kalau kita lah yang bagi nasihat nanti depa akan balas balik kat kita.. Kita pulak yang kena.. Haha.. Tapi jangan putus asa..

Soalan Pertama :-)
Walaupun UAI tak menjawab soalan ini.. Kita boleh faham sebab ramai kawan2 yang tolong jawab bagi pihak UAI.. Jawapan2 mereka jugak bernas2 belaka.. Keep Calm & Always Smile :-)
 
Soalan Kedua
Alhamdulillah!!! Soalan kedua aku terjawab akhirnya.. So, disini kita jangan risau kalau nak nasihat orang walaupun diri kita tak sempurna.. Biaq ja orang nak kata dekat kita apa2 pun.. Asalkan kita dah menasihati apa yang patut.. Tak kan lah kita pun nak menumpang semangkuk dosa kalau tak teguq kan!!! Kalau depa rasa kita ni tak sempurna nasihat lah kita balik kan!!! Bukannya kutuk & mengata kita balik.. Lagi satu aku nak pesan, "Kalau orang Xnak kawan dengan kita sebab kita buat benda baik.. Biaq ja, lebih baik kawan dengan Allah S.W.T" Asalkan kita dah menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya iaitu Amar Makruf  Nahi Mungkar.. Setakat kena kutuk & hina tu kecik ja, BERBANDING pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang dahulunya berdakwah sehingga berdarah dilempar batu..

Sayangilah Nabi Muhammad S.A.W.. Oleh itu, tunjukkanlah sikap Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian kita... In Sya Allah dakwah berlangsung secara tak sengaja..

Soalan Ketiga
Kita mesti confuse kan??? Sebab ada orang cakap nasihat orang 2 @ 3 kali ja.. Kalau dia Xmau dengaq biaq la kat dia.. Asalkan tanggungjawab kita dah lepas.. Kita confuse betulkah nak nasihat orang 2 @ 3 kali ja ??? Jawapannya boleh lihat sendiri kan! Teruskan nasihat sekalipun dah banyak kali..

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Ramai orang mempersoalkan tentang poster filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! Mereka rasa seolah2 tertipu dengan gambaran tersebut.. Walhal, UAI hanya berlakon sikit ja di dalam filem tersebut.. Bagi aku benda ni tak menjadi masalah besar sangat sebab bila kita flashback balik jalan cerita ni.. Kita dapat tengok filem ni ingin menyampaikan mesej kepada penonton tentang kebaikan berdakwah daripada segi Tabligh ni.. Kita tak sepatutnya memandang serong terhadap orang Tabligh ni.. Dalam filem ni jugak ingin menyampaikan mesej iaitu dakwah ni tak semestinya orang2 alim dan ahli2 ulamak ja yang patut berdakwah.. Tapi sebaliknya kita sendiri perlu berdakwah kepada orang sekeliling kita.. Kita wajib untuk berdakwah, jangan tunggu sampai kawan kita dah rosak teruk baru nak dakwah & tarbiah dia.. Kalau macam tu susah la Islam nak membangun.. Keep it up! Dakwah lah, Nasihat lah & Tarbiah lah.. Jangan masuk Syurga sorang - sorang, bahkan tariklah dan bawalah rakan - rakan kita sama..

Tak kira lah nak berdakwah dekat siapa.. adik beradik ka, ibu bapa ka, sahabat handai ataupun orang awam.. Lagipun, setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ni adalah khalifah.. So, jangan anggap tugas berdakwah ni untuk orang2 alim @ ahli ulamak @ ustaz/ustazah.. :-) Sedangkan setiap kata2 @ nasihat2 yang baik juga boleh dianggap sebagai dakwah..
 
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
Apa2 pun jangan lupa nah! Ramadhan 2015 akan meninggalkan kita tak lama lagi.. 1 Syawal ni lagi 1 Marhalah ja nak sampai.. Haha.. Flashback balik kemanakah kita membawa haluan serta diri kita dalam Ramadhan bulan ni ???  
  1. Adakah kita mencorakkan Ramadhan ni dengar warna warni @ lumpur dan debu ??? 
  2. Adakah kita mencorakkan Ramadhan ni dengan haruman2 Islam @ haruman2 hiburan ??? 
  3. Adakah kita yakin Ramadhan ni boleh membawa kita ke Syurga Jannatul Firdaus ??? 
Astaghfirullah Al 'Adzim Alladzi La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaih!!! Ya Allah, sesungguh aku tidak layak ke SyurgaMu dan tidak pulak aku Sanggup ke NerakaMu.. Jadi Engkau Ampunilah dosa2 kami serta dosa ibu bapa kami.. Sesungguhnya Engkau Pencinta Kemaafan, Maha Pengampun Lagi Penerima Taubat.. Aminnn...

Marilah! Kita sama2 mencorakkan 1 Syawal 1436H | 2015 ni dengan warna warni, haruman serta wangian Syurga iaitu di Taman Syurga.. Marilah kita sama2 mulakan 1 Syawal 1436H | 2015 ni dengan ceramah keagamaan.. :-) Bersama Menuju Syurga Sahabat ;-)

Thankzz Sebab baca Entry kali ni.. C U Next Time :-) Love | Peace | Unity

Teh O' Panas Dapur Orang Bujang

Teh O' Panas Dapur Orang Bujang

Assalamualaikum W.B.T & Holla

Entry kali ni berkaitan dengan Teh O' Panas | Orang Bujang.. Disitu, kita boleh nampak 2 benda yang berbeza.. Macam mana boleh timbulnya IDEA nak buat tentang minuman ni ??? Semuanya gara2 satu MALAM haritu Firdaus lapaq sangat2 pastu p dapuq tengok2 makanan apa pun XDAK kecuali biskut tiger susu & roti empat segi.. Nak bancuh Teh O' Panas Xreti !!! Hehe.. Hampa mesti pelik kan dah besaq pun Xpandai bancuh aiq.. Hehe.. Nak kejut family suh bangun & tolong bancuh, depa pulak dah tidoq.. Dah la time tu tepat pukul 2 a.m ! Oleh kerana kelaparan yang teramat sangat2.. Heaven pun google lah kot2 ada orang tulis dalam blog cara2 bancuh Teh O' Panas.. But jelas ternyata HAMPA :-/ sebab XDAK pun orang ajaq.. Nak suh Wife tolong bancuhkan !! Kite pun belum kawen lagi.. Haha.. Kesitu pulak kan !
So, topic sebenarnya Heaven nak AJAR  " Cara Cara Bancuh Air Teh O' Panas Secawan untuk Orang Bujang" terutamanya.. Hehe.. Setelah tanya my Mom cara2nya.. Huhu.. Ok! Let's Go!

  •  1. Firstly, You need a Cup @ Mug :-)
White Cup
  •  2. Masukkan serbuk Teh sikit ja.. Okay ? Ni untuk secawan ja.. Nama pun untuk Orang Bujang.. Hehe.. Sapa yang rasa dah kawen @ berfamily.. Kena belajaq cara bancuh utk ramai orang pulak.. Haha..

Serbuk Teh
  • 3. Letakkan gula sejibik macam ni la! Haha.. My mom ajar ni macam rasa manis2 buah.. Bagi sesiapa yang suka kemanisan yang terlampau.. Silalah tambah lagi kuantiti gula ni kay! werk :-p Jangan minum manis sangat tak baik untuk kesihatan..
Gula Prai
  • 4. Campurkan & Tuanglah air panas noh! Pastu kacau... Tunggu seketika sampai air bertukar warna kuning keemasan..
Keemasan ke Ni ??? *curious
  • 5. Tapiskan serbuk teh tersebut! Tadaaaaa!!! Air Teh O' Panas Orang Bujang Secawan pun dah siap.. Haha.. Excited dah ni!!! Lapo lah Den!
Teh O' Panas
Haha.. Dengan 5 langkah mudah, maka siaplah air orang bujang.. Haha.. Tunggu Apa Lagi.. ??? Ni lah masa untuk :-) Putarkan... Jilat... & Celup!!! Haha.. Sorry! salah iklan pulak.. Ni bukan iklan Oreo okay! Ni lah masa nak "Cicah Roti a.k.a Biskut Ngan Aiq Teh" bak kata Orang Penang..

Tiger Susu
Haha.. Sedap giler Heaven minum aiq teh celup Tiger Susu.. Memey delecious lah bak Hang.. Sapa Tak Pernah Try Rugi Gila Bak Hang.. mmmmm....... Makanlah Tiger Susu untuk ketahanan badan anda.. Haha..

Cream Cracker
Xpun cicah ja ngan Cream Cracker @ Hup Seng.. Dua2 jenama nih sedap... Musim2 hujan kalau cicah air teh ngan biskut empat segi memang sedap lah.. Kena ngan environment.. Hummm... Delicioso.. Tambahan pula, tak lama lagi dah nak mai musim tengkujuh ni..

Kalau Nak Ikut Sunnah Nabi minumlah air Kopi :-) Kopi pun sedap kalau dicicah ngan biskut..

Sunnah Nabi = Air Kopi
Pastu korang tau X adab Nabi bila minum minuman panas ??? Senang jer cara Nabi ! Tips dia baca Bismillah, Jangan minum minuman yang masih panas2.. Nabi tak HEMBUS minuman dan makanan panas.. Tunggulah sampai makanan @ minuman tu suam2 kuku @ sejukkan seketika baru makan kay! Lagi pun, kita tak pasti apa yang kita hembus tu samaada kuman beterbangan disekeliling kita kan! Take Note Dear! Love You Guys..

Thankz sebab sudi baca Entry kali ni.. Korang semua memang Ohseemmm!!! C U NEXT TIME untuk Entry yang lebih menarik.. Chiao :-)

Cake Pops Friday Penang

Cake Pops Friday : Penang

Assalamualaikum W.B.T @ Peace Be Upon U :-)

Salam Jumaat.. Pernah dengar tak pasal Cake Pops ? Bukan K-POP Ok ! hehe.. Dekat sini tak nak cita K-POP semua.. Tapi sekarang ni Heaven nak cita pasal gelombang Cake Pops @ Cake Ball @ Cake Ball Stick.. hehe.. Di Malaysia ni, susah nak jumpa cake pop ni.. sebab tak popular lagi di kalangan rakyat Malaysia.. Tapi kat luar negara memang famous gila bak hang.. Tambahan lagi bila celebration, Wedding day & Baby Function.. Oleh sebab itu, Heaven & my Auntie Rose nak perkenalkan kepada orang Malaysia terutamanya yang tinggal kat Area2 Penang ni.. Ni Ha! Cake Pops Penang Style.. huhu :-)

Cake Pops @ Cake Ball
Cake Pops Penang
Inilah hasil Cake Pops Penang Style ni ! haha.. Setelah berhempas pulas menolong my Autie Rose daripada lepas Jumaat.. Maka siaplah pada pukul 5pm.. hehe.. So beautiful & nice! Depends la dekat kita nak decorate macam mana Cake Pops ni.. hihi :-) Memang senang lah nak buat.. Budak2 Tadika, pra sekolah pun boleh buat.. Cuma yang leceh nya time nak celup & decorate.. Tapi berjaya jugak.. Bak kata pepatah Arab "Man Jadda Wa Jadda" iaitu "Sesiapa Yang Berusaha Pasti Akan Berjaya.."

So! Apa tunggu lagi ? Maih sini Heaven nak ajaq hampa Resepi @ Cara2 my Auntie Rose Buat Cake Pops Friday: Penang nih! So easy ma.. !

My Auntie Rose Recepi: Resepi Cake Pops Penang

15 batang Cake Pops
1. Cake Span Blueberry Apple
2. Candy Melts @ Beryls Button Milk @ Chocolate Melts
3. Lolipop Stick @ Lidi Buluh
4. Chocolate Rice @ Sugar Sanding

Barang2 yang digunakan
Cara2nya:
  • 1. Bake la cake seniri @ beli ja kat kedai kek lagi senang.. Kalau nak buat makesure buat kurang manis.. Okay! My Auntie beli Kek Span Blueberry Apple yang kurang manis.. :-) Cake Chocolate Moist pun boleh guna tapi takut manis la! haha
Cake Span Blueberry Apple
  • 2. Potong cake ni separuh lepastu hancurkan @ destroy it.. haha.. My Auntie Rose gunakan ke semua cake tersebut.. huhu.. Macam ni lah rupanya bila dah di destroykan! hehe..
Cake Span Blueberry Apple yang telah dihancurkan
  • 3. Cairkan Candy Melts @ Beryls Button Milk @ Chocolate Melts.. Kalau guna coklat cair yang cepat keras@beku lagi Ok rasanya..
Chocolate Melts
Candy Melts @ Beryls Button Milk
  • 4. Campurkan coklat cair 12 sudu teh.. Gaulkan bersama cake yang telah di hancurkan tadi.. Depends la nak masukkan berapa sudu ke dalam tu.. Just nak makesure nanti senang nak kepal buat bulat2.. hehe.. :-) *Sejukkan sikit baru gaul..
Gaulkan Bersama
  • 5. Buatlah macam ni.. Nak guna scoop ice cream pun boleh.. Tapi guna tangan lagi senang.. pandai2 la bajet seniri.. :-) Kalau nak buat jual kena timbang la nak bagi sama berat dan size..

Cake Pops yang belum dicelup
  • 6. Celupkan Stick Lolipop tu dulu.. Lepastu baru lah cucuk separuh.. *Jangan cucuk lebih separuh nanti hancur pulak bola ni.. hehe..
Celupkan Stick Lolipop
Ni lah hasilnya
  • 7. Celupkan bola2 tersebut dan putarkan ia dan ketuk perlahan2 untuk lebihan coklat cair tu supaya turun..
Biarkan lebihan tu masuk balik dalam bekas
  • 8. Siaplah.. Pandai2 lah nak decorate macam mana.. Nak buat untuk besday @ hari kahwin pun okay! :-)
Cake Pops Friday
Lastly, Ni lah yang paling best.. time to snap @ capture gambaq yang menarik.. huhu..

Cake Pops Penang
Tunggu apa lagi hanya memerlukan 4-5jam ja nak buat.. Hurry up! pi beli kek.. haha.. Cuti2 sekolah ni! Ajaklah anak2 @ anak buah @ sepupu @ adik beradik buat Cake Pops ni.. Daripada buang masa duk lepak sana sini.. Ajaklah keluarga kita untuk luangkan masa bersama.. Cake Pops pun boleh eratkan silaturrahim sesama adik beradik.. Tambahan lagi lagi beberapa hari ja nak raya dah ni.. Mesti best kan tetamu menjamu selera Cake Pops..

Cake Pops = Eratkan Silaturrahim

10'z So Much coz baca Entry kali ni.. C U NEXT TIME.. :-)

Friday, 5 June 2015

Url AreUFamous.blogspot.com CHANGE to sahabatsyurgaheaven.blogspot.com

Assalamualaikum semua kawan2 ku yang Ohsemm lagi Coooolll..

Entry kali ni simple jer, just nak inform blog areufamous.blogspot.com dah tukar kepada sahabatsyurgaheaven.blogspot.com.. Sebab apa? sj jer la.. nak bg hot balik.. hehe.. nak tarik bg ramai lagi kawan2 kita kat luar sana yang masih leka.. Kita ajak diorang sama2 ngan kita masuk Syurga.. Ok?

areufamous.blogspot.com
AreUFamous.blogspot.com
Ok2! apa2 pun reader2 yg setia dengan heaven jangan lupa BOOKMARK and FAVOURITE blog heaven yg nama baru ni ekk!!! Nnt heaven nak tulis entry yg lg gempak and menusuk jiwa..

One More Things, please like my Sahabat Syurga Facebook Page.. OK ? Sahabat Syurga Page will post everything regarding Islam, Life, Creative Things and Insan..

CUNEXT TIME!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...