Tuesday, 21 January 2014

Jom Pekena “Roti Canai Mamu” Taman Bertam Perdana



Assalamualaikum W.B.T..
Roti Canai Mamu
Selalunya kita makan Roti Canai Kosong, Roti Telur, Roti Planta, & Roti Plaster. Kali ni pulak Mamu Nasir Drive-Thru memperkenalkan “Roti Canai Mamu”.. Ha! Pernah makan tak?? Memang sedap beb, tadi pagi Firdaus dengan cousins pi la try @ pekena roti canai mamu ni kat Bertam Perdana.. Fuhh!!! Layan.. Lagu Mana Pun Untuk Hampa..Tau tak Taman Bertam Perdana??? Yang kat Masjid besaq warna Biru tu la Masjid Abdullah Fahim.. Kan ada selekoh masuk ke Bertam Perdana.. Pi la cari SK Bertam Perdana, Memang betul2 tepi jalan SK Bertam Perdana.. Kalau tak tau jugak.. Hampa pernah tak pi MRSM Kepala Batas, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.. Ha! Dekat2 area tu la.. Cari tau Bertam Perdana > Taman Bertam Perdana > Lorong Syahbandar 1 > Mamu Nasir Drive-Thru ..

Tempat:          Lorong Syahbandar 1, Taman Bertam Perdana, Di tepi jalan Sekolah
Kebangsaan Bertam Perdana..
Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana
Operation Hour:-

Hari Biasa ~ Isnin – Jumaat
6.00 petang – 8.00 malam
*Selalunya ramai orang beli, kadang2 pukul 7.00 petang pun dah habis :-)

Sabtu & Ahad
6.30 pagi – 12.00 tengah hari

Harga @ Price:-

Roti Kosong                 – Rm 0.80
Roti Telur                     – Rm 1.30
Roti Planta                    – Rm 1.50
Roti Plaster                   – Rm 1.++ Haha
Roti Canai Mamu         – Rm 1.++ Harga Rahsia.. Pi beli sendiri kat gerai ada tulis harga..
     Haha..
Roti Canai Mamu
Ni ha Roti Canai Mamu.. Memang sedap la, secukup rasa.. Kalau hampa nak tau apa tu Roti Canai Mamu.. Sila lah beli kat Mamu Nasir Drive-Thru :-) Roti Kosong dan Roti yang lain2 pun sedap.. Kuah Parpu dia pun sempoi kot.. Bukan semua orang pandai buat Kuah Parpu :p.. Tapi yang ni ialah resepi turun temurun dari resepi keluarga Mami Niza KaderMydin sendiri..
Kuah Roti Canai Sempoi Punya

Tudia Mamu Nasir ngan Mamu Yamin duk tengah uli tepung roti canai.. Seronok bukan main lagi.. Haha..

Tempahan:-


Untuk tempahan ada 2 jenis tempahan:-
  • 1.      Tempahan harian > Order pastu mai ambik sendiri na! haha :p
  • 2.      Tempahan untuk hari kenduri perkahwinan @ Sebarang Majlis..
Mamu Nasir akan tebaq roti canai sebagai "Side Dish" masa majlis perkahwinan.. Untuk perbincangan harga boleh hubungi.. Jangan rasa segan silu nak bertanya.. Bak kata orang putih Please “Don’t Hesitate to Contact Us”..

Side Dishes: Roti Canai - Suasana Di Majlis Perkahwinan di
Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gemilang

Dewan Sek. Men. Keb. Gemilang
 
Roti Kosong
Contact untuk tempahan
Contact Directly:-

Mamu Nasir Roti Canai
013-425 3197
013-470 5931

Buat masa sekarang Mamu Nasir Roti Canai hanya menyediakan Drive-Thru Service.. Kalau nak makan jugak kat Gerai Mamu Nasir Roti Canai ni.. Hampa kena jadi adik beradik kami dulu la.. Haha..
Jemput makan.. Kami kan adik beradik.. Haha..
Yeah! Kaum kerabat bersantap seketika.. Pinggan Comot Sebab Kami Tambah Dua Kali.. Hehe
Peta:-
Peta Mamu Nasir Drive-Thru @ Peta Mamu Nasir Roti Canai

“Lagu Mana Pun Untuk Hampa” ka “Roti Apa Pun Untuk Hampa”.. Haha.. Ka trademark “Hanya Drive-Thru Untuk Hampa” .. Haha..
Suasana Di Tempat Kejadian "Roti Canai Mamu" :p

Perniagaan Berlandaskan Islam


  • 1. Perniagaan ini merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Dengan itu barang siapa yang membuka perniagaan dan sama waktu dengannya dianggap Ibadah.. Jadi kita akan mendapat pahala jika kita berniat kerana Allah Taala dan ikut Sunnah Nabi.
  • 2. Berniaga ni kita memberi kepada orang ramai.. Kita pula akan mendapat keuntungan daripada jualan harian.. Oleh itu, kita perlu menjalankan perniagaan yang berlandaskan Islam.. Sebagai contoh Penjual perlu menyebut “Saya Jual” dan Pembeli perlu menyebut “Saya Beli” secara suka sama suka..
  • 3.  Terbukti dalam Al-Quran iaitu Kalam @ Kata Kata Allah ada menyebut tentang perniagaan..

    Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."

    An Nisa : [4:29]
  • 4. Sabda Rasulullah S.A.W ~ 9/10 punca rezeki datangnya daripada Perniagaan (Riwayat Tirmizi)

    Terima Kasih Baca Entry Kali Ini yer.. :p http://areufamous.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...