Kisah Nabi Muhammad & Lelaki Buta Yahudi
Alang – Alang kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Jadi marilah kita
sama2 mencontohi setiap perwatakan, tingkah laku, sikap dan cara hidup Nabi..
Sesungguhnya itu semua ialah Sunnah Rasulullah..
Pernah tak dengar kisah Nabi
Muhammad dengan pengemis Yahudi buta.. Kisahnya macam ni.. Nabi selalu mendatangi
lelaki tersebut dan memberi orang tua tersebut makan tanpa sepatah kata.. Dalam
masa sama lelaki Yahudi yang buta tersebut tak tahu bahawa orang yang selalu
bagi makan tu ialah Muhammad.. Setiap hari Nabi Muhammad mendatanginya, tapi dia
tetap mencela Nabi dan selalu berpesan kepada orang ramai:
“Wahai saudaraku,
jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang
sihir. Apabila kalian mendekatinya, maka kalian akan di pengaruhinya.”
Lelaki Buta : Engkau
ni seorang yang baik hati.. Bukan macam Muhammad tu! Tak pernah
datang menolong ku..
Nabi : Mendiamkan diri.. (padahal orang yang dia hina & caci tersebut ada di
depannya)
*Tibalah suatu hari setelah kewafatan
baginda.. Tiada lagi orang yang datang memberi makan pada waktu pagi kepada si
pengemis buta itu..
Suatu hari Abu Bakar R.A
berkunjung ke rumah anaknya.. Lalu bertanyakan anaknya Aisyah.. Samaada masih
ada Sunnah Nabi yang belum dia sempurnakan.. Anaknya Aisyah pun memberitahu
satu ja lagi sunnah yang belum di laksanakan: “Apakah
itu?”
Tanya Abu Bakar. “Setiap pagi,
Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana“, jawab Aisyah. Keesokan harinya Abu Bakar yang mengambil alih tugas Nabi
tersebut..
Abu Bakar :
Assalamualaikum.. (memberi salam)
Lelaki Buta :
Aku bukan orang Islam.. (tidak menyahut
salam)
Abu Bakar :
Ini makanan Engkau.. Makanlah..
Lelaki Buta : Siapa..
Kamu??? (marah sambil berteriak dengan sifat
ingin tahu)
Abu Bakar :
Aku orang yang biasa memberi makan..
Lelaki Buta :
Bukan..!!! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku! (sahut dengan nada
suara yang tinggi)
Abu Bakar :
Huh! Bagaimana Engkau tahu aku bukan lelaki tersebut??? Sedangkan mata
Engkau buta! curious(sifat ingin tahu)
Lelaki Buta : “Apabila
ia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu
dihaluskannya makanan itu, baru setelah itu ia berikan makanan itu kepadaku.”
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu
dihaluskannya makanan itu, baru setelah itu ia berikan makanan itu kepadaku.”
Abu Bakar :
Terkejut!!!
Lelaki Buta :
Siapa.. Kamu??? (nada suara tinggi)
Abu Bakar :
Aku adalah salah seorang sahabatnya.. (sambil
menangis berkata) Aku memang bukan
yang biasa datang kepadamu. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad,
Rasulullah SAW..
yang biasa datang kepadamu. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad,
Rasulullah SAW..
Lelaki Buta : Benarkah..Demikian???
(menangis sambil menunduk) “Selama
ini aku selalu
menghinanya dan
memfitnahnya”, lanjutnya. Tetapi ia tidak pernah marah
kepadaku,
sedikitpun!”.. “Ia selalu mendatangiku, sambil menyuapiku dengan cara
yang sangat lemah
lembut…”
Lelaki Buta : Ia
begitu mulia… Ia begitu mulia…!!!!!!!! (menangis sambil berteriak
mendongakkan kepala
ke langit biru)
*Akhirnya
pengemis Yahudi buta tersebut meminta Abu Bakar menuntunnya mengucapkan 2
Kalimah Syahadah sambil menangis bersama Abu Bakar R.A..“Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah” Pengemis
itupun bersyahadah… bersyahadah dihadapan Abu Bakar. Jadilah pengemis itu
seorang muslim yang berserah diri kepada Allah SWT. Subhanallah…
Betapa sedihnya bila ku mengenangkan
kisah ni.. Akan sifat & tingkah laku Nabi Muhammad yang baik hati.. Sanggup
mendiamkan diri walau dicela di hadapan sendiri.. Kalau lah kita mungkin dah
hilang sabar.. Inilah salah satu sikap Nabi iaitu bersabar & terus bersabar..
Kisah Sayidina Ali bin Abi Thalib & Puteri Rasulullah Siti Fatimah Az Zahra
Ini pula kisah Sayidina Ali
yang merupakan menantu Rasulullah.. Beliau berkahwin dengan puteri Nabi iaitu
Fatimah Az Zahra.. Kisahnya bermula begini.. Suatu hari Fatimah sakit mengandung
& mengidamkan Buah Delima.. Maka Sayidina Ali pun keluarlah mencari Buah
Delima untuk Isteri yang tercinta.. Setelah membeli Buah Delima.. Sayidina Ali
pun segeralah pulang ke rumahnya.. Sambil berjalan menuju ke rumahnya.. Sayidina
Ali melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina
Ali pun berhenti dan menghampirinya.
Sayidina Ali : Wahai!
orang tua.. Apa yang di ingini oleh hatimu..
Lelaki Tua : Wahai
Ali! Sudah 5 hari aku terbaring.. Tapi tiada siapa pun yang lalu bertanyakan
diriku..
diriku..
Lelaki Tua : Wahai!
Ali.. Aku ingin sekali makan Buah Delima... Jika aku makan mungkin sakit
ku akan berkurangan..
Sayidina Ali :
Terdiam dan berkata di dalam hati:
“Buah delima yang hanya satu buah ini,
sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini,
pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak
menepati firman Allah,
“Adapun orang yang meminta(bantuan pimpinan)
maka janganlah engkau
tengking herdik. ” (Ad-Dhuha : [93:10])
Sayidina Ali : Nah!
Aku ada sebiji Buah Delima.. Ambil lah untuk mengisi perut mu..
(walaupun Sayidina Ali risau Fatimah mengidamkannya tapi dia tetap
hulurkan
kepada lelaki miskin
itu)
Lelaki Tua : Kepunyaan
siapakah Buah Delima ini wahai Sayidina Ali??? curious(sifat ingin
tahu)
Sayidina Ali : Isteriku
Fatimah.. Dia mengidamkan Buah Delima..
Lelaki Tua : Bolehka
aku makan??? Nanti apa pulak katanya.. (ragu
- ragu)
Sayidina Ali : Tak
apa.. Kau ambillah.. Rezeki ada dimana2..
*Sayidina
Ali pun pulanglah dengan tangan kosong.. Setelah sampai, Fatimah pun tanyalah Sayidina
Ali..
Fatimah :
Ali, mana Buah
Delima yang Engkau belikan??? (sambil
melihat tangan Ali yang kosong)
Sayidina Ali : Aku
beli sebenarnya.. Tetapi dalam perjalanan pulang aku bertemu seorang lelaki Tua
yang sakit kelaparan lalu ku berikan kepadanya Buah Delima itu.. kasihan kan lelaki itu..
yang sakit kelaparan lalu ku berikan kepadanya Buah Delima itu.. kasihan kan lelaki itu..
Fatimah :
(Lalu berguguran lah air mata Fatimah) menangis
Sayidina Ali : Kenapa
Engkau menangis Fatimah??? Maafkan lah aku Fatimah.. (risau) kerana
memberikan Buah Delima tersebut kepada lelaki itu..
memberikan Buah Delima tersebut kepada lelaki itu..
Fatimah : Aku bukan menangis kerana Buah Delima
itu Ali.. Aku menangis kerana terharu dengan
sifat mu yang mulia & prihatin kepada lelaki itu.. Ketika engkau memberikan buah delima
kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima
itu..
sifat mu yang mulia & prihatin kepada lelaki itu.. Ketika engkau memberikan buah delima
kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima
itu..
*Sayidina Ali tersenyum dengan rasa
gembira.. tidak lama kemudian Salman Al-Farisi datang dan membawa satu wadah
tertutup daripada Rasulullah S.A.W.. Setelah penutup wadah tersebut dibuka,
terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima.. Berkatalah Sayidina Ali kepada
Salman Al-Farisi:
Sayidina Ali : “Wahai Salman, jika ini memang
untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan
firman Allah SWT, “Barangsiapa membuat satu
amal kebaikan,
maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya
(balasannya)”. (
Al-An’am : [6:160] )
Salman Al-Farisi : Wahai
Ali!, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU
terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi... (tertawa sambil
memulangkan sebiji buah delima yang ada ditangannya)
terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi... (tertawa sambil
memulangkan sebiji buah delima yang ada ditangannya)
Daripada kisah ni, kita boleh
nampak betapa mulianya Sayidina Ali kerana mengikut sifat2 mulia Nabi Muhammad
S.A.W.. Setiap yang kita derma pasti di balas 10 kali ganda.. Tapi kena ingat
tak semestinya kita dibalas sama seperti yang kita derma amalannya.. Mungkin
juga Allah memberikan dalam bentuk lain seperti sihat tubuh badan, waktu yang
senang, anak yang soleh & solehah serta hidup yang barakah.. :-)
Bila lagi kita mahu mengikut
Sunnah Sunnah Nabi.. Marilah kita sama sama memartabatkan rasa cinta kepada
Rasulullah S.A.W.. Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad
S.A.W hari ini pada 14.01.14 yang bersamaan 12 Rabiul Awwal..
10’s 4 read this Entry.. C U NEXT TIME..
No comments:
Post a Comment