Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Thursday, 27 March 2014

Nukilan Seorang Adam: Firdaus HEAVEN

Niat menangis kerana Allah SWT
Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki niatnya kerana Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana kecewanya dengan sikap manusia yang tiada sifat - sifat Rasulullah SAW..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana dosa yang dilakukannya..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana ujian Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana rindunya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala:
menangisnya seorang lelaki kerana sayangnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana kasihnya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kadang kala menangisnya seorang lelaki kerana cintanya pada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Walaupun Kau belum pernah kutemu..
Walaupun Kau belum pernah ratap wajahku..
Walaupun Kau belum pernah mengimamkanku..

Walaupun diriMu ku kenal dari Guru Agamaku..
Walaupun diriMu ku kenal dari Hadis SahihMu..
Walaupun diriMu ku kenal dari Kalam Penciptaku..

AKan ku Sanjung diriMu..
Akan ku Cinta diriMu.. Hingga ke Akhir Hayatku.. Kaulah kekasihku Muhammad Ya.. Rasulullah.. <3

Maksud Ayat Al-Quran
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang beriman."
(Surah At Taubah, : ayat 128)

Keras Hati | Internet Source
Thank You kepada Hati - Hati yang suci kerana sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ni.. Harap kita sama - sama mendapat keredhaan Allah SWT.. :-)

Tuesday, 14 January 2014

Kisah Nabi Muhammad & Lelaki Buta Yahudi


Kisah Nabi Muhammad & Lelaki Buta Yahudi



Alang – Alang kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Jadi marilah kita sama2 mencontohi setiap perwatakan, tingkah laku, sikap dan cara hidup Nabi.. Sesungguhnya itu semua ialah Sunnah Rasulullah..

Blind Boy


Pernah tak dengar kisah Nabi Muhammad dengan pengemis Yahudi buta.. Kisahnya macam ni.. Nabi selalu mendatangi lelaki tersebut dan memberi orang tua tersebut makan tanpa sepatah kata.. Dalam masa sama lelaki Yahudi yang buta tersebut tak tahu bahawa orang yang selalu bagi makan tu ialah Muhammad.. Setiap hari Nabi Muhammad mendatanginya, tapi dia tetap mencela Nabi dan selalu berpesan kepada orang ramai:

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya, maka kalian akan di pengaruhinya.”

Lelaki Buta    : Engkau ni seorang yang baik hati.. Bukan macam Muhammad tu! Tak pernah 
                           datang menolong ku..
Nabi           : Mendiamkan diri.. (padahal orang yang dia hina & caci tersebut ada di
  depannya)
*Tibalah suatu hari setelah kewafatan baginda.. Tiada lagi orang yang datang memberi makan pada waktu pagi kepada si pengemis buta itu..

Suatu hari Abu Bakar R.A berkunjung ke rumah anaknya.. Lalu bertanyakan anaknya Aisyah.. Samaada masih ada Sunnah Nabi yang belum dia sempurnakan.. Anaknya Aisyah pun memberitahu satu ja lagi sunnah yang belum di laksanakan: Apakah itu?” Tanya Abu Bakar. Setiap pagi, Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana“, jawab Aisyah. Keesokan harinya Abu Bakar yang mengambil alih tugas Nabi tersebut..

Abu Bakar     : Assalamualaikum.. (memberi salam)
Lelaki Buta    : Aku bukan orang Islam.. (tidak menyahut salam)
Abu Bakar     : Ini makanan Engkau.. Makanlah..
Lelaki Buta    : Siapa.. Kamu??? (marah sambil berteriak dengan sifat ingin tahu)
Abu Bakar     : Aku orang yang biasa memberi makan..
Lelaki Buta    : Bukan..!!! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku! (sahut dengan nada
                          suara yang tinggi)
Abu Bakar     : Huh! Bagaimana Engkau tahu aku bukan lelaki tersebut??? Sedangkan mata
                           Engkau buta! curious(sifat ingin tahu)
Lelaki Buta    : “Apabila ia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini 
                          mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu 
                  dihaluskannya makanan itu, baru setelah itu ia berikan makanan itu kepadaku.”
Abu Bakar     : Terkejut!!!
Lelaki Buta    : Siapa.. Kamu??? (nada suara tinggi)
Abu Bakar     : Aku adalah salah seorang sahabatnya.. (sambil menangis berkata) Aku memang bukan
                           yang biasa datang kepadamu. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad,
                           Rasulullah SAW..
Lelaki Buta    : Benarkah..Demikian??? (menangis sambil menunduk) “Selama ini aku selalu
                          menghinanya dan memfitnahnya”, lanjutnya. Tetapi ia tidak pernah marah
                          kepadaku, sedikitpun!”.. “Ia selalu mendatangiku, sambil menyuapiku dengan cara
                          yang sangat lemah lembut…”
Lelaki Buta    : Ia begitu mulia… Ia begitu mulia…!!!!!!!! (menangis sambil berteriak
                          mendongakkan kepala ke langit biru)
*Akhirnya pengemis Yahudi buta tersebut meminta Abu Bakar menuntunnya mengucapkan 2 Kalimah Syahadah sambil menangis bersama Abu Bakar R.A..“Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah” Pengemis itupun bersyahadah… bersyahadah dihadapan Abu Bakar. Jadilah pengemis itu seorang muslim yang berserah diri kepada Allah SWT. Subhanallah…

Betapa sedihnya bila ku mengenangkan kisah ni.. Akan sifat & tingkah laku Nabi Muhammad yang baik hati.. Sanggup mendiamkan diri walau dicela di hadapan sendiri.. Kalau lah kita mungkin dah hilang sabar.. Inilah salah satu sikap Nabi iaitu bersabar & terus bersabar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...