Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Sunnah Ni Makan Kurma Ajwa @ Kurma Nabi

Assalamualaikum W.B.T..

Kurma Ajwa? Kurma Nabi?

Kurma Ajwa ataupun dikenali sebagai Kurma Nabi.. Iaitu kurma yang hanya boleh didapati di Madinah Al-Munawwarah.. Kurma Ajwa ni dikatakan kurma yang Nabi Muhammad S.A.W makan sebelum buka puasa.. Jika kurma ni takde barulah Rasulullah akan cari kurma kering.. Jika kedua2 kurma takde.. Baginda hanya akan minum air sahaja untuk berbuka.. Sebenarnya kurma ni bagus sebab dia bukan manis gula tapi manis asli..

"Barang siapa yang makan pada waktu pagi dengan 7 biji kurma Ajwa, maka terpeliharalah dia pada hari itu, dari racun atau sihir".
(Hadith Riwayat Sahih Al-Bukhari)

Kurma Ajwa Yusuf Taiyoob
Ciri2 Kurma Ajwa/Nabi:

1.Warna Hitam
2.Ditanam di Madinah Al-Munawwarah
3.Dikatakan mempunyai seperti garisan putih seakan2 rekahan.. Wallahualam..

Kurma Ajwa atau Kurma Nabi ni boleh didapati di Malaysia sebenarnya.. Sebab dua syarikat terulung dan ternama di Malaysia mengimport dan menjual ke seluruh Malaysia iaitu syarikat Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. dan Rasa Resources Sdn. Bhd. Rasa Resources Sdn. Bhd. ni ada kerjasama dengan Ustaz Zawawi Yusoh iaitu Pendakwah dan Perunding Motivasi yang dikenali ramai.

Kurma Ajwa Rasa Resources Sdn. Bhd.
Sebenarnya Firdaus pun tak pernah makan lagi Kurma Ajwa ni.. Hehe.. Sebab tu teringin gila2 beb.. Nak makan Kurma Ajwa @ Nabi ni.. Inikan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang Sunat.. Selalunya Firdaus makan Kurma Madu Yuta keluaran Yusuf Taiyoob tu la.. Ataupun beli di gerai2 Pasar Tani atau Pasar Malam.. Hehe.. Tapi jangan risau lagi sebulan dua ni.. InSyaAllah Firdaus Heaven akan berusaha sebaik mungkin pi cari dan beli di outlet2 yang terdapat di Pulau Pinang ataupun Kedah..

Macam mana nak beli Kurma Ajwa @ Nabi ni???

1.Layarilah laman web Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
2.Like Facebook Rasa Resources Sdn. Bhd.

Kurma Ajwa
Bagi mereka yang tinggal di area dan kawasan Selangor, Penang dan Kedah.. Boleh dapatkan Kurma Ajwa @ Nabi keluaran Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. di outlet terdekat iaitu:-

Kota Damansara Branch
18, Jalan Teknologi 3/3A Surian Industrial Park,
Tmn. Sains Selangor 1, PJU 5 Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
Tel:03-6141 4786

Penang Outlet
Souq Al-Arabia,
58, Lebuh Pantai,
10300 Penang, Malaysia.
Tel: 04-262 8778

Seberang Prai Outlet
Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
97 LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 16
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK
14100 BUKIT MINYAK
SEBERANG PERAI TENGAH
PENANG
Tel: 04-502 5227

Bagi Kurma Ajwa @ Nabi keluaran Rasa Resources Sdn. Bhd. boleh didapati di outlet terdekat iaitu:-

Rasa Resources Sdn Bhd (902036T)
No. 3 Jalan 222, 46100 Petaling Jaya,
Selangor,Malaysia
Tel:03-7958 8171
Email:sales@rasaquest.com
Websites: www.rasaquest.com

Black Flag Fruit Supplier
Stadium MPS, Lot Perniagaan 1,
Jalan 2/2, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel:03-6136 5458/0704
Fax:03-6136 6718
Email:blackflag_supplier@yahoo.com.my

Wakil Pengedar Utara
Sajad Enterprise
53, Taman Tuanku Haminah,
Jalan Kelab Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
Tel:04-448 0704
      016-227 0704

Bagi yang teringin tu cubalah sedaya upaya untuk membeli yer.. Haha.. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Hehe.. Nasib rumah Firdaus dekat dengan kilang Yusuf Taiyoob & Rasa Resources Sdn. Bhd. Huhu.. Amalkanlah makan Kurma setiap hari yer.. Bukan saja di bulan puasa.. Bagus sebenarnya khasiat2 buah kurma ni..Baik untuk memberi tenaga dengan segera dan baik untuk ibu yang mengandung.

10's Boys & Girls yang hensom, kacak, comel dan cantik sebab sudi baca Entry kali ni.. Awak semua awesome bak hang.. Haha.. C U NEXT TIME..

Friday, 17 January 2014

10 Nasihat Abah kepada Bakal Pengantin Perempuan



Assalamualaikum W.B.T…

Nak tau tak nasihat @ tips yang abah aku bagi kepada bakal2 pengantin perempuan yang nak jadi isteri ni..?? Tips yang mudah & padat supaya wanita2 di luar sana dapat menjadi wanita solehah.. Serta hidup happy dan keluarga jadi bahagia serta menjamin isteri tersebut masuk syurga..
 
Bakal Pengantin Perempuan
Tips kepada Bakal2 Isteri:
  1. Jangan meninggikan suara kat suami.
  2. Jangan arah suami.
  3. Jangan bertandang ke rumah orang & jiran.
  4. Jangan panggil suami dengan panggilan “Hoi!”
  5. Jangan sesekali marah suami depan orang ramai.
  6. Jangan memandai2 hutang tanpa pengetahuan suami.
  7. Jangan pandai2 control duit suami.
  8. Jangan melawan cakap suami.
  9. Jangan jadi isteri pemalas.
  10. Jangan membangkang nasihat suami.
 Contoh2:
  • 1.      Jangan meninggikan suara kat suami.
    Macam mana maksud jangan tinggikan suara pada suami..

    Isteri Kurang Baik
    “Abang!!! Tu pi tengok sat anak duk menangis kat luaq tu.. Boleh duk tengok TV lagi.. Orang dah la banyak reja.. Dia boleh duk buat ghalet tak dengaq!”
    Isteri Baik
    “Abang!!! Tolong tengok sat anak duk menangis kat luaq.. Ayang ada reja sikit.. Bolehkan??? :-)
  • 2.      Jangan arah suami.
    Suami ni ketua keluarga, jadi hormat suami.. Tak boleh jadi isteri yang kurang ajar dan suka mengarah suami.

    Isteri Kurang Baik
    “Abang buat ni sat!” “Abang p buat tu sat!” Semuanya suruh suami, kira dia duk saja ja..
    Isteri Baik
    “Abang! Ayang nak minta tolong boleh?? Tolong jap Ayang buat ni..” Bukannya suruh suami ja yang buat tapi Si Isteri turut membantu.. :-)
  • 3.      Jangan bertandang ke rumah orang & jiran.
    Suami ni sebenarnya pantang sangat2! Kalau Si Isteri ni suka bertandang pi rumah orang.. Kalau la Si Suami ni balik reja tengok2 ja Si Isteri tak dak kat rumah nak sambut kepulangan Si Suami ni.. Itu kan dah jadi Isteri yang kurang baik.. Silap2 haribulan Si Suami suruh Si Isteri ambik kain baju pi duk kat rumah orang.. Bukannya tak boleh beramah mesra dengan jiran.. Perlu tengok keadaan dan waktu..
                 Orang perempuan ni kalau pi berbual kat rumah jiran sudah tentu la akan mengumpat sana sini.. Berbual kosong kearah keburukan tu akan lebih banyak daripada berbual kosong kearah kebaikan.. Confirm2 lah kalau pi bertandang rumah orang akan terfitnah, termengumpat, tercakap aib suami, terbagitahu aib keluarga, tersalah kata, terkasar bahasa dan akan tersalah faham..

    Isteri Kurang Baik
    Pi rumah orang duk mengumpat, memfitnah, mengata, menceritakan aib2 Si Suami dan keluarga.. “Hang nak tau tak! Si Suami aku tu pemalas nak bangun Subuh.. Aku jenuh gerak dia.. Susah sungguh nak bangun.. Penat kot duk gerak dia tiap2 hari..

    Isteri Baik
    Pi rumah jiran bila dah habis & siap reja2 kat rumah.. Contohnya, bila dah balik kerja.. Pi basuh dulu baju2 hari ni, pi masak dulu kat suami, sama2 bertolak ansur buat kerja rumah dengan suami.. contohnya lipat baju & sapu rumah.. “Abang! Chek nak keluaq rumah sat nak jumpa jiran sebelah boleh?? Semua reja rumah chek dah buat.. Kalau Abang bagi keluaq chek pi sat na!”
  • 4.      Jangan panggil suami dengan panggilan “Hoi!”
    Lelaki! Sangat pantang kalau perempuan cakap kasaq ngan lelaki.. Contohnya, panggil lelaki dengan panggilan Aku - Hang, Hoi! Kadang2 perhubungan seseorang perempuan tu tak kan ke jinjang pelamin sebab suka bercakap kasar dengan pasangan lelaki..

    Isteri Kurang Baik
    “Hoii!!! Tak dengar ka orang duk panggil daripada tadi.. Haishhh!”
    Isteri Baik
    “Abang..! Abang…!! Abang tak dengar ka Sayang panggil daripada tadi.. Kawan Abang mai tu..”
  • 5.      Jangan sesekali marah suami depan orang ramai.
    Lelaki tak suka la kalau Si Isteri marah dia depan orang ramai.. Macam depan adik beradik ka.. Bukan apa! Nanti orang akan ingat Si Suami ni dayus, takut Si Isteri.. So, tak baik ya kepada bakal Isteri marah2 suami depan orang ramai.. Nak jadi Isteri derhaka ke??

    Isteri Kurang Baik
    “Abang ni bodoh la!! Tak Nampak ka anak jatuh tu.. Tolong la pi angkat sat tak nampak ka orang ramai ni kat ruang tamu nak jalan pun tak boleh”
    Isteri Baik
    “Abang… anak jatuh tu! Tolong sat pi angkat dia.. Sayang nak pi angkat pun jauh ni.. ramai orang kat ruang tamu ni..
  • 6.      Jangan memandai2 hutang tanpa pengetahuan suami.
    Kenapa kena tanya suami kalau nak berhutang??? Sebab dalam Islam ni tak di galakkan berhutang.. Kalau nak jugak berhutang kena la tanya pendapat Si Suami.. Sebab kita kena tengok kewangan keluarga kita.. Stabil ka tak kewangan kita?? Nama pun hidup bersama.. Kalau berhutang lagi menyusahkan kita buat apa nak berhutang.. Lebih baik hidup bersederhana.. Itu yang Islam suruh praktikkan.. Ok alakadar ja?

    Isteri Kurang Baik
    “Abang ni! Semua tak boleh.. Nak hutang beli karpet kat mamat Pakistan tu pun tak boleh”
    Isteri Baik
    “Abang.. boleh tak sayang nak ambik karpet tu..Cantik sangat! So, ingat nak kena bayaq ansur2 la kat mamat Pakistan tu tiap2 bulan.. Boleh tak?? Kalau Abang tak bagi sayang tak ambik..”
  • 7.      Jangan pandai2 control duit suami.
    Isteri dan Puan2 di luar sana jangan memandai2 nak jadi Queen Control na! Semua duit gaji Si Suami, Si Isteri yang nak pegang dan simpan.. Tak malu ke, dekat Si Emak Mertua?? Dia pun tak pernah nak pegang dan mintak duit anak dia.. Padahal Si Emak Mertua tu yang membesarkan Si Suami tu.. Tak dak Si Emak ni tak rasa la Si Isteri nak kawen dengan lelaki tu.. Sebagai isteri yang baik sepatutnya dia berbincang dengan suaminya cara nak urus kewangan setiap bulan.. Manage duit bulanan supaya tidak membazir dan terurus duit bulanan.. :-)

    Isteri Kurang Baik
    “Abang!!! Duit gaji bulan ni mana?? Mai bagi kat chek! Biaq chek yang pegang! Abang!!! Ambik Rm 500 sudah nak makan bulan ni, yang lain biaq chek yang simpan”
    Isteri Baik
    “Abang… Dah dapat ka duit gaji bulan ni?? Chek bukan apa.. Duit belanja bulan lepas nak beli barang dapur bulan ni dah habis.. So, Chek ingat nak mintak siap2 la sebab hujung minggu ni Chek nak keluaq pi beli kat hypermarket Jusco ngan anak2”
  • 8.      Jangan melawan cakap suami.
    Si Isteri kena ingat yang Syurga itu di bawah tapak kaki Si Suami.. Bukannya suruh duk sujud kat kaki suami ya! Maksud ayat tu.. Sujud = Patuh = Dengar Cakap & Arahan.. Faham kan?? Kalau tak patuh macam mana nak masuk Jannatul Firdaus.. Kalau suami nasihat jangan pulak melawan cakap suami jika nasihat itu masih lagi tidak bertentangan dengan syariat Islam..
    Isteri Kurang Baik
    Suami nasihat jangan berboros.. Isteri : “U!!! Boleh tak jangan duk kisah la I nak beli karpet ka, baju baru ka.. Ni duit I! So, ikut suka I la nak buat apa pun dengan duit gaji I”
    Isteri Baik
    “Hubby… Boleh tak I nak beli tudung kat butik Fareeda tu.. Lagipun, dah lama I teringin nak beli.. Siap dah cukup dah duit yang I simpan.. Tak kacau pun duit dalam simpanan yang lain.. Boleh kan?? Pleasee!!!”
  • 9.      Jangan jadi isteri pemalas.
    Orang Penang panggil Isteri Penyegan! Isteri macam ni lah kena elak.. Jangan ada langsung dalam diri sifat dan sikap malas yer..

    Isteri Kurang Baik
    “Nanti lah Sayang lipat baju2 ni.. Nak pi beli barang sat” Lama2 bertimbun baju tak terlipat.. Sebab suka tangguh.. isteri yang tak boleh bertolak ansur dan tidak saling membantu antara satu sama lain..
    Isteri Baik
    “Nanti Sayang belikan barang dapur na! Sayang nak lipat baju dulu.. Alang2 baju pun dah kering ni Sayang nak tolong lipat siap2 takut sibuk malam nanti” Kan bagus dapat Isteri macam ni.. Sejuk perut ibu mengandung 9 bulan 10 hari.. :-)
  • 10.  Jangan membangkang nasihat suami.
    Dalam Islam Si Isteri tak boleh melawan & membangkang nasihat serta cakap Si Suami selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.. Kalau Si Suami suruh buat benda jahat jangan la ikut.. Kalau tak jatuhlah maruah anda sebagai seorang wanita..

    Isteri Kurang Baik
    Si Suami          :“Boleh tak anak Ayah ni, pakai tudung tu labuh la sikit.. Tutup dada tu.. Kalau 
                             orang tengok tu tak malu ka.. Start hari ni tak payah dah pakai tudung2 singkat 
                             ni!”
    Si Isteri            :“Ish! Si Ayah ni kalut ja aih! Biaq la kat dia nak pakai tudung apa pun.. Nak                                           pakai seluar jeans ketat ka.. La ni kan fashion! Semuanya tak boleh..”

    Isteri Baik
    Si Suami          :“Abang! Rasa kita kena nasihat anak jiran ni.. Sebab selalu bawak moto laju2 
                             kat depan rumah.. Kalau langgar budak2 kan susah nanti..”
    Si Isteri            :“Alah!Abang ni tak payah la nak kalut2 teguk anak jiran semua aih.. Biaq pi 
                             la kat depa ada mak bapak depa seniri.. Tau la depa didik anak depa macam 
                             mana”.. Kalau ya pun nak teguk pi la cakap elok2 kat mak bapak dia..
Tips Nak Jadi Isteri Yang Baik daripada UAI.. Nak tau jom tengok sat..


Selain tu, bukan saja 10 nasihat ni ja Si Isteri patut ikut.. Kena lah jadi wanita yang bijak.. Bijak! Maksudnya sendiri pikiaq nak buat sesuatu benda tu pikiaq dulu.. Kalau aku buat macam ni akan jadi buruk ka @ jadi baik..??? Pikiaq!
Lepas tu, pikiaq siap2 apa akan jadi masa depan nanti.. Kalau aku buat sesuatu benda ni, akan mendatangkan kebaikan @ keburukan.. Kalau aku buat benda tu.. Aku akan jadi isteri solehah tak?? Pikiaq elok2 na..

Bakal Isteri
Pastu, Si Isteri pun kenalah pentingkan ajaran Agama Islam.. Sebab kalau keluarga yang berpandukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah.. InSyaAllah akan jadi Keluarga Bahagia.. Macam lagu kumpulan Nasyid Saujana.. :-) InSyaAllah kalau Niat tu dah betul dan ikut tips2 ni semua InSyaAllah.. Allah akan permudahkan urusan kita.. 

Itu saja utk ENTRY kali ini.. C U NEXT TIME.. Kalau nak baca Entry2 yang best lagi.. Tunggu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...