Assalamualaikum W.B.T..
 |
| Justin Bieber |
Sebab apa Firdaus kata SALAH?? Sekarang ni cuba bukak
handphone, Ipad, smartphone, tablet, laptop & desktops hampa.. Tengok WALLPAPER kita.. Gambar sapa yang kita
sanjung sangat2 sebagai IDOLA.. Tak
lain dan tak bukan.. Kebanyakan anak2 muda dan adik2 zaman sekarang letak wallpaper
artis K-POP, Justin Bieber, Neymar, Messi dan ramai lagi la.. Cuba bayangkan
& bagitau pasai apa kita sanjung orang2 ni? :-
1.Sebab Artis
K-POP ni tarian dia seronok ngan sempoi?
2.Sebab Justin
Bieber ni Cute? Lagu dia sedap di dengar?
3.Sebab Pemain
Bola Sepak kat bawah ni bagi score gol yang banyak?
 |
| Neymar & Messi |
Lebih membimbangkan
pemuda serta pemudi boleh lagi tampal poster artis dan pemain bola sepak dalam
almari, dinding rumah dan merata tempat lagi..
 |
| Super Junior |
Jangan marah Firdaus
pulak! Cuba tenangkan diri dan fikir balik.. Adakah orang2 yang disebutkan tadi
yang akan bagi SYAFAAT kat akhirat
nanti?? Dekat hari kiamat nanti panas sebab matahari terlalu dekat dengan
manusia..!! Tak kan nak panggil depa ni mai tolong kita kat sana.. Nak mintak
orang2 ni bagi Syafaat! Sapa yang kita patut mintak Syafaat..? Tak lain dan tak
bukan Nabi Muhammad S.A.W..
 |
| Panas Dunia |
Baginda yang akan
tolong kita nanti.. So, macam mana nak bagi Nabi Muhammad KENAL kita nanti kat sana?? Sapa tau?? Senang jer, kita selalu la
berselawat kat Nabi Muhammad S.A.W.. Antara GOLONGAN yang berhak menerima syafaat ialah yang suka berselawat.. Jangan
jadi bakhil @ kedekut nak berselawat.. InSyaAllah kita berdoa la supaya Nabi
Muhammad kenal kita nanti kat sana SEBAB
kita selalu ingat nak berselawat dekat dia.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berswelawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang –
orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya (Surah Al-Ahzab : [33:56])
 |
| Selawat |
Sedangkan Allah dan Malaikat pun berselawat kepada Nabi.. Siapalah kita?? Padahal,
kalau ikutkan Malaikat bukan perlukan Syafaat daripada Nabi pun nanti.. Kita
yang perlukan Syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W nanti..
Kita
sepatutnya letak Nabi Muhammad sebagai IDOLA
nombor 1 yang patut di contohi.. Sebab apa?? Nabi Muhammad dah tunjuk dah
jalan, kita ja tak nampak.. Contohnya:-
1.Nak jadi orang yang baik?
2.Nak
jadi lelaki yang baik?
3.Nak
jadi perempuan yang baik?
4.Nak
jadi ibu bapa yang baik?
5.Nak
jadi datuk & nenek yang baik?
6.Nak
jadi sahabat yang baik?
7.Nak
jadi kerajaan yang baik?
8.Nak
jadi pemerintah kota yang baik?
9.Nak
jadi hamba Allah yang baik?
10.Nak
jadi anak yang baik?
Nak jadi baik macam ke-sepuluh sepuluh ni.. Nabi Muhammad S.A.W ada contohnya..
Dari sini kita nampak, Baginda lah antara contoh tersebut.. Selain tu, sahabat2
dan isteri Baginda.. Dan juga sunnah2 Baginda.. Kan senang kalau jadikan
contoh2 yang Nabi Muhammad ada ni sebagai IDOLA..
 |
| Love Nabi Muhammad S.A.W |
Suka @ Gemar sesuatu
benda tu jangan sampai KETAGIH &
pastikan jangan sampai LALAI
tinggalkan solat.. Ini tak! Kita masih hanyut dibuat ombak.. Islam tak
menghalang berhibur.. tetapi perlu ikut syariat “Less Entertainment, More Religion” “Kurang Hiburan, Lebihkan Agama”
Tak kan lah kita tak kesian dekat generasi akan datang ni.. Nak biar ja hayut
dengan IDOLA2 yang tak sepatutnya
ni?? So, kalau kita kahwin nanti mestilah nak ANAK yang dengar cakap, soleh, baik, solehah..
 |
| Anak Soleh |
Kenalah jadikan Nabi
Muhammad S.A.W sebagai IDOLA mulai saat ini.. Ajar diri kita dulu, baru la kita
boleh nak ajar waris2 kita nanti.. Jangan risau, Allah selalu bagi peluang
untuk kita kembali ke jalan yang benar.. Cuma kita telah di brain wash oleh
entertainment supaya suka benda2 hiburan sampai lupa Agama Islam..
Kan Nabi Muhammad ada
cakap “Nanti akan sampai suatu saat di akhir zaman nanti, Islam ni hanya pada
nama ja serta tak nampak pun nilai2 Islam” Macam
sekarang ni, Islam hanya pada kad IC.. Fahamkan? La Tahzan = Jangan
Bersedih.. Jom kita berubah.. Okay??
Semua nasihat ni adalah peringatan untuk penulis & juga pembaca blog ni..
Yang Baik Itu Datangnya Daripada Allah.. :-)
C U NEXT TIME..
Jumaat penghulu segala hari..