Showing posts with label Anak Soleh. Show all posts
Showing posts with label Anak Soleh. Show all posts

Sunday, 16 February 2014

Tips: Ibu Mengandung Lahirkan Anak Soleh & Solehah

Assalamualaikum W.B.T..

Anak tu Nikmat tapi kalau Anak Soleh/Solehah tu Rahmat

Ibu Mengandung
Hari ni Firdaus nak bagi tips2 supaya ibu2 yang mengandung kat luar sana dapat lahirkan anak2 yang soleh dan solehah.. Sapa yang taknak anak? Boleh dikatakan 99.99% penduduk di muka bumi inginkan anak.. Sebab baby ni comel sangat macam kat bawah tu.. Huhu.. Termasuklah yg menulis ni.. Awesome..
Islam Boy Read Al-Quran
Tips:

1. Makan Kurma Basah @ Rutab
Kurma baik untuk lahirkan anak fikiran yang cerdas. 

Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar(kurma kering) dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Kurma Basah @ Rutab
*Kalau Xdapat Cari Rutab?

2. Makan Kurma Kering @ Tamar
Makan la Kurma Nabi @ Ajwa.. Read More/Baca Selanjutnya...
Kurma Kering @ Tamar
*Kalau Xdapat Cari?

3. Makan Madu
Madu baik untuk kesihatan ibu dan anak. Jangan bermadu sudah la yer Ayah2 dan Bapa2 di luar sana.. Kesian kat Ibu yang baru je lahirkan anak di hospital tu.. Huhu..

Madu Kasih 66
4. Makan Makanan Yang Asal2 Manis Asli
Bukannya makan makanan yang manis disebabkan gula. Contohnya: Buah Tin, Kismis, Delima, dan Apricot. Semua makanan buah buahan yang disenaraikan dekat sini baik untuk kecerdasan otak dan kecantikkan kulit si ibu dan juga si anak yang dikandung.

Apricot, Pomegranate, Raisins & Tin Fruits
5. Jangan Selalu Cakap Kosong
Setakat cakap kosong "Nanti lahir jadi lah anak yang hensom dan cantik" xdak makna. Sepatutnya doa la juga supaya nak anak jadi ulamak, berilmu agama, membantu & menolong orang serta memimpin orang lain ke jalan benar. Bukannya tak boleh kalau nak anak comel.. Haha.. Baca dan amalkan selalu doa Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Supaya tegang urat perut & anak dalam perut senang dilahirkan.

Doa Nabi Yunus
 6. Jauhkan Diri Daripada Syaitan Ummu Sibyan
Amalkan membaca Al-Fatihah, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas) dan Ayat Kursi.. Sebab ini ialah Surah2 Asas yang dapat menghindari ganguan syaitan, jin dan makhluk halus. Senang saja kan.. Serta selalulah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. Supaya Ibu dan anak yang bakal dilahirkan dapat di jauhkan dari syaitan Ummu Sibyan.

Syaitan Ummu Sibyan???
Syaitan Ummu Sibyan ni akan menganggu Bayi dan Budak2 kecil menangis ketika waktu maghrib.. Untuk keterangan lebih lanjut jom tonton video ni..

Dah faham kan!

7. Pakai Pakaian Longgar
Supaya aurat tidak terdedah dan tidak nampak rupa bentuk badan. Baru lah cantik dan comel.. :-)

8. Dengarkan Ayat-Ayat Ruqyah
Beli lah CD ataupun download mp3 Ayat-Ayat Ruqyah macam Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy.. Kat youtube pun ada.. Try cari yer.. Selalu lah pasang dalam rumah.. Lepas tu OK jugak kalau beli earphone ataupun speaker kecil.. Lepas tu letak la dekat perut Isteri bagi Baby dengar sekali.. Biar Baby dah terbiasa dengar kalam-kalam Allah ni.. :-) Wallahualam..

Bayi Mendengar Ayat Al-Quran
 10's 4 Read This Entry.. C U Next Time Reader.. :-)

Friday, 17 January 2014

Salah ke? Letak wallpaper Artis K-Pop dan Pemain Bola Sepak dalam Gadget



Assalamualaikum W.B.T..

Justin Bieber
Sebab apa Firdaus kata SALAH?? Sekarang ni cuba bukak handphone, Ipad, smartphone, tablet, laptop & desktops hampa.. Tengok WALLPAPER kita.. Gambar sapa yang kita sanjung sangat2 sebagai IDOLA.. Tak lain dan tak bukan.. Kebanyakan anak2 muda dan adik2 zaman sekarang letak wallpaper artis K-POP, Justin Bieber, Neymar, Messi dan ramai lagi la.. Cuba bayangkan & bagitau pasai apa kita sanjung orang2 ni? :-

1.Sebab Artis K-POP ni tarian dia seronok ngan sempoi?
2.Sebab Justin Bieber ni Cute? Lagu dia sedap di dengar?
3.Sebab Pemain Bola Sepak kat bawah ni bagi score gol yang banyak?
Neymar & Messi
Lebih membimbangkan pemuda serta pemudi boleh lagi tampal poster artis dan pemain bola sepak dalam almari, dinding rumah dan merata tempat lagi..

Super Junior M
Super Junior
Jangan marah Firdaus pulak! Cuba tenangkan diri dan fikir balik.. Adakah orang2 yang disebutkan tadi yang akan bagi SYAFAAT kat akhirat nanti?? Dekat hari kiamat nanti panas sebab matahari terlalu dekat dengan manusia..!! Tak kan nak panggil depa ni mai tolong kita kat sana.. Nak mintak orang2 ni bagi Syafaat! Sapa yang kita patut mintak Syafaat..? Tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad S.A.W..
Panas Dunia

Baginda yang akan tolong kita nanti.. So, macam mana nak bagi Nabi Muhammad KENAL kita nanti kat sana?? Sapa tau?? Senang jer, kita selalu la berselawat kat Nabi Muhammad S.A.W.. Antara GOLONGAN yang berhak menerima syafaat ialah yang suka berselawat.. Jangan jadi bakhil @ kedekut nak berselawat.. InSyaAllah kita berdoa la supaya Nabi Muhammad kenal kita nanti kat sana SEBAB kita selalu ingat nak berselawat dekat dia.



Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berswelawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang – orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya (Surah Al-Ahzab : [33:56])
Selawat
Sedangkan Allah dan Malaikat pun berselawat kepada Nabi.. Siapalah kita?? Padahal, kalau ikutkan Malaikat bukan perlukan Syafaat daripada Nabi pun nanti.. Kita yang perlukan Syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W nanti..
Kita sepatutnya letak Nabi Muhammad sebagai IDOLA nombor 1 yang patut di contohi.. Sebab apa?? Nabi Muhammad dah tunjuk dah jalan, kita ja tak nampak.. Contohnya:-

1.Nak jadi orang yang baik?
2.Nak jadi lelaki yang baik?
3.Nak jadi perempuan yang baik?
4.Nak jadi ibu bapa yang baik?
5.Nak jadi datuk & nenek yang baik?
6.Nak jadi sahabat yang baik?
7.Nak jadi kerajaan yang baik?
8.Nak jadi pemerintah kota yang baik?
9.Nak jadi hamba Allah yang baik?
10.Nak jadi anak yang baik?

Nak jadi baik macam ke-sepuluh sepuluh ni.. Nabi Muhammad S.A.W ada contohnya.. Dari sini kita nampak, Baginda lah antara contoh tersebut.. Selain tu, sahabat2 dan isteri Baginda.. Dan juga sunnah2 Baginda.. Kan senang kalau jadikan contoh2 yang Nabi Muhammad ada ni sebagai IDOLA..
Love Prophet Muhammad Pbuh
Love Nabi Muhammad S.A.W
Suka @ Gemar sesuatu benda tu jangan sampai KETAGIH & pastikan jangan sampai LALAI tinggalkan solat.. Ini tak! Kita masih hanyut dibuat ombak.. Islam tak menghalang berhibur.. tetapi perlu ikut syariat “Less Entertainment, More Religion” “Kurang Hiburan, Lebihkan Agama” Tak kan lah kita tak kesian dekat generasi akan datang ni.. Nak biar ja hayut dengan IDOLA2 yang tak sepatutnya ni?? So, kalau kita kahwin nanti mestilah nak ANAK yang dengar cakap, soleh, baik, solehah..


Anak Soleh
Kenalah jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai IDOLA mulai saat ini.. Ajar diri kita dulu, baru la kita boleh nak ajar waris2 kita nanti.. Jangan risau, Allah selalu bagi peluang untuk kita kembali ke jalan yang benar.. Cuma kita telah di brain wash oleh entertainment supaya suka benda2 hiburan sampai lupa Agama Islam..

Kan Nabi Muhammad ada cakap “Nanti akan sampai suatu saat di akhir zaman nanti, Islam ni hanya pada nama ja serta tak nampak pun nilai2 Islam” Macam sekarang ni, Islam hanya pada kad IC.. Fahamkan? La Tahzan = Jangan Bersedih.. Jom kita berubah.. Okay?? Semua nasihat ni adalah peringatan untuk penulis & juga pembaca blog ni.. Yang Baik Itu Datangnya Daripada Allah.. :-)

C U NEXT TIME.. Jumaat penghulu segala hari..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...