Monday, 6 July 2015

Lirik Yahanana Versi Melayu

Assalamualaikum W.B.T.. 

Heaven nak share lagu Qasidah Yahanana ni.. Bagi Heaven lagu ni mengingatkan jasa Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya untuk Islam.. Sayangilah Nabi Muhammad S.A.W.. Agar kita mendapat syafaat di akhirat kelak.. Tapi perlu ingat setakat kata dimulut saya beriman pd Nabi Muhammad sahaja tidak cukup.. Bahkan, kita perlu meniru dan tunjukkan keperibadian mulia seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Lirik Yahanana Versi Melayu

Telah terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita

Telah terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiran Nabi Ahmad
Anugerah daripada Allah...
Allah..

Beruntunglah... beruntunglah...

Diutus Nabi Muhammad

Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

Telah terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita

Telah terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiran Nabi Ahmad
Anugerah daripada Allah...
Allah..

Beruntunglah... beruntunglah...

Diutus Nabi Muhammad

Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu...
Dan dari-Nya wahyu untukmu...
Allah..
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

*ulang lirik bewarna sekali lagi

Terpisah bulan keranamu
Menggetar jiwa yang lesu
Umatmu jadi kebanggaan
Terkenal serata dunia..
Allah..
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

*ulang lirik bewarna sekali lagi

Sungguh manis senyum dibibirmu
Penawar hatinya yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu..
Allah..
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

*ulang lirik bewarna sekali lagi

Selawat salam keatas mu
Dan juga para ahli mu
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi
Allah..
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad
Beruntunglah... beruntunglah...
Diutus Nabi Muhammad

*ulang lirik bewarna sekali lagi


Masjid Terapung Kuala Perlis | Masjid Al - Hussain
Source: Dean Cybernatic Photography

Tazkirah | Penawar Hati Pengubat Minda

Assalamualaikum W.B.T..
Hari ni Heaven nak kongsikan sedikit Tazkirah yang bakal menjadi penawar hati dan pengubat minda.. Itu pun kalau korang hirup ilmu ni dengan ikhlas.. :-)
Tazkirah | Penawar Hati Pengubat Minda
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

🌿🌿 sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 🌿🌿
#CopyFromMyFrenz
Source : From Internet

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-8 UniMAP

Assalamualaikum W.B.T... Saya Heaven super duper senior UniMAP..
Disebabkan ramai yg mengadu confuse nak daftar for convo..So, aku nak suggest step2 yg senang dan mudah utk follow.

Source: www.unimap.edu.my


Then u have to follow another 4 step..which is

  1. Pengesahan Graduan
  2. Daftar Alumni
  3. Daftar & Bank in
  4. Register BEM
 So, I wish Viel Gluck.. Jumpa raptai ni 19th Sep 13|Khamis

Sesiapa  yg baik hati jngan lupa present kat aku..then 22nd Sep 13 kita snap bnyak2 gambar.

Love|Peace|Unity

Source: Festkon 8 UniMAP



Friday, 5 June 2015

Url AreUFamous.blogspot.com CHANGE to sahabatsyurgaheaven.blogspot.com

Assalamualaikum semua kawan2 ku yang Ohsemm lagi Coooolll..

Entry kali ni simple jer, just nak inform blog areufamous.blogspot.com dah tukar kepada sahabatsyurgaheaven.blogspot.com.. Sebab apa? sj jer la.. nak bg hot balik.. hehe.. nak tarik bg ramai lagi kawan2 kita kat luar sana yang masih leka.. Kita ajak diorang sama2 ngan kita masuk Syurga.. Ok?

areufamous.blogspot.com
AreUFamous.blogspot.com
Ok2! apa2 pun reader2 yg setia dengan heaven jangan lupa BOOKMARK and FAVOURITE blog heaven yg nama baru ni ekk!!! Nnt heaven nak tulis entry yg lg gempak and menusuk jiwa..

One More Things, please like my Sahabat Syurga Facebook Page.. OK ? Sahabat Syurga Page will post everything regarding Islam, Life, Creative Things and Insan..

CUNEXT TIME!!!

Sunday, 12 April 2015

Mewarna Kasut Takraw | Kasut Nanyang

Assalamualaikum Dunia...

Bangunlah semua lihatlah pada diri kita, semua serupa.. Tudia.. Tiba2 pulak Faizal Tahir duk menyanyi kat sini.. Hah! berhabuk bak hang keyboard laptop ni.. Dah berbulan Heaven tak tulis Entry terbaru.. Takpa lani Heaven nak cerita kat hampa2 yang ada kat luar sana yang lani tengah famous budak2 takraw duk warna & cat kasut Nanyang..

Warna Kasut Nanyang
Design Kasut Nanyang
Entry kali ni pasal kasut Nanyang.. Kasut Nanyang ni selalunya ramai orang beli sebab nak main takraw la.. Paling murah hampa p seniri nek bas beli kat Padang Besar.. Kalau ada duit lebih p beli kat Songkla nu.. Haha.. Boleh tera tu..

Kasut Nanyang ni sejenis dan seangkatan kasut kanvas la.. Ala jenis yang sama macam budak2 seni kena buat Projek Form 5: Pendidikan Seni Visual (PSV) tu.. Kalau p tengok kat Kelas Seni mesti ada banyak sample kasut "Reka Corak Kasut Kanvas".. Yang bestnya bila kita design & warna seniri ikut citarasa kita baru sempoi nak main.. Baru la sempoi nak gulung ngan rejam bola takraw tu.. Haha..

Tanpa buang masa, meh sini Heaven nak tunjuk apa yang hampa perlu ada nak warna kasut Nanyang hampa tu bagi sempoi..

Bahan - Bahan :
  1. Cat Fabric Dye @ Cat Akrilik
  2. Berus Lukisan
  3. Kasut Nanyang
Cat Akrilik
Cat Fabric Dye
Cat Fabric Dye dan Cat Akrilik boleh di dapati di kedai2 buku seperti Hasani Bookstore @ Popular Bookstore.. Ha! kat sana hampa boleh p cari macam2 warna yang lagi menarik dan sempoi.. Make sure masa nak beli tu tengok bahagian penggunaan belakang botol tu, dekat situ dia dah tulis dah cat ni untuk fabric, t-shirt, jeans, kanvas dll..
 
Harga warna ni pun murah ja around Rm 3.00 to Rm 6.00 bergantung pada kuantiti dan GST charge.. Haha..

Berus Lukisan
Pastikan berus yang digunakan adalah sesuai dengan corak, ruang, saiz dan design yang kita nak buat..

Kasut Takraw Nanyang
Bayangkan dari kasut Nanyang yang suci, putih berseri ni.. Kita cat dan warna bagi lagi awesome.. Ala! kalau malas nak beli kasut baru pun.. Make sure hampa p basuh balik kasut lama tu bagi bersih.. Lepas tu warna la bagi menarik balik..

Permanent Markers
Fabric Markers
Kalau nak buat corak yang awesome2 macam Adidas dan Puma hampa kena la beli Marker Fabric Permanent yang waterproof tu.. P cari seniri kat kedai buku.. Haha..

Tips2 & Proses Mewarna:
  • Boleh guna lilin nak elak cat melebihi kawasan yang kita nak warna..
  • Takpun boleh la lukis dulu corak guna marker fabric tu, lepas tu baru warna.. Kan senang..
Blue Ombre Nanyang Shoe
Kasut Nanyang Biru Ombre
Ni lah sample Kasut Takraw Nanyang yang dah siap kami warna tadi.. Kami buat design siang malam @ kontra @ ombre.. Ombre Design ? Ombre ni warna yang beransur dari gelap kepada cerah.. Ikut kreativiti kita seniri..

Ombre Converse Shoes
Smart kan Kasut design ombre.. Apa kata raya taun ni kita beli kasut sneaker converse putih pastu design & warna seniri.. Confirm awesome and cool.. Huhu..
  
Simple kan nak buat.. Apa tunggu lagi, esok jugak p beli dan warna kasut Nanyang hampa.. Kalau dah siap nanti boleh share kat blog Heaven.. Ok ?

C U Next Time..

Monday, 27 October 2014

Mudah! Doa Cara Islam Untuk Anak-Anak Nakal

Assalamualaikum W.B.T..

Okay sekian lama Firdaus Heaven tak tulis Entry.. Memang betul2 berhabuk dah keyboard laptop ni.. Nak buat macam mana, beginilah nasib seorang jejaka kacak bila dah jadi model sambilan kan.. Haha.. Ini semua Poyo.. Huhu.. Perasan kan!!! Sebenarnya Heaven sibuk cari rezeki demi sesuap nasi untuk family.. Haha.. Family la tak kan untuk awek2 pulak.. Utamakan family dulu.. Ingat yer Adik2 kat luar tu..


Okay la, mesti Abang2 Hensom & Kakak yang Comel lagi Cantik kat luar sana dah tak sabar nak baca Entry kali ni.. Bila sekali baca tajuk Entry ni, mesti korang tertanya2 betulka ada cara untuk mengubat anak-anak yg nakal & malas belajar ni.. Jawapannya ADA!!! Kita perlu yakin ja..

Mudah Ja sebenarnya.. Seperti yg kita semua sedia maklum Al-Quran ni penuh dengan ayat-ayat penawar..

Just follow step ni:-

1. Letak Tangan Didada Kiri Anak

Ingat letak tangan kanan yer!!! Bukan macam ni, ni just gambar jer.. Haha.. Letak betul2 dekat hati & jiwa dia..
2. Selawat 7x
 3. Al-Fatihah 1x

4. Al-Insyirah 1x

Zoom jer untuk save & besarkan.. Double Click..
5. Tiup Perlahan2 Diubun Anak 3x


*Note
Remember buat masa dia tidur senang.. Buat tu niat kerana Allah.. InSyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T kita cuma berikhtiar..

Cuba korang fahami ayat surah Al-Insyirah dengan mendalam.. Korang akan faham..

Sunday, 21 September 2014

Islamic Quiz | Uji Minda Bersama Firdaus Heaven



Islamic Quiz

Assalamualaikum W.B.T..

Ok kali ni Firdaus Heaven nak kongsikan bersama kawan2 semua kuiz ataupun soalan menarik berkaitan dengan Agama Islam.. Di mana soalan ini boleh dijadikan soalan yang menarik di media sosial mahupun kalangan masyarakat.. Nanti boleh tanya kawan2 kat sekolah @ tempat kerja.. Hehe.. Sapa dapat jawab dapat hadiah misteri.. Tak pun sapa tak dapat jawab kena belanja makan.. Haha.. Boleh macam tu ?

Surah apakah yang paling panjang dalam Al-Quran ?
Surah Al-Baqarah (Sapi Betina/The Cow)

Di antara banyak-banyak surah dalam Al-Quran, surah apakah yang paling pendek ?
Surah Al-Kautsar (Kelimpahan/Abundance)

Surah apakah yang bermula tanpa Bismillah ?
Surah At-Taubah (Taubat/Repentance)

Taubat Penyesalan
Dalam surah apakah yang dibaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 2 kali ?
Surah An-Naml (Semut/The Ant) ketika permulaan surah & ayat 30 dimana Ratu Balqis membaca kandungan surat perutusan dari Nabi Sulaiman

Berapakah jumlah surah dalam Al-Quran ?
114

Ada berapa banyak Surah Makkiyah di dalam Al-Quran ?
Makkiyah 86 dan Madaniyah 28 semuanya

Siapakah Keluarga Imran yang disebut-sebut di dalam Surah Al-Imran (The Family of Imran) ?
Ibu Bapa kepada Maryam

Siapakah Maryam ?
Ibu kepada Nabi Isa a.s (Isa Ibni Maryam)

Dalam surah apakah Allah menyeru perempuan supaya menutup aurat ?
Surah An-Nur (Cahaya/The Light) Ayat 31

Dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad berapakah kitab yang telah diturunkan ?
4 Kitab
Kitab Taurat                - Nabi Musa a.s
Kitab Zabur                 - Nabi Daud a.s
Kitab Injil                    - Nabi Isa a.s
Kitab Suci Al-Quran   – Nabi Muhammad S.A.W

Al-Quran
Apakah maksud surah Al-Ankaboot ?
Labah – Labah (The Spider)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini ?
Mati kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati

Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Masa lalu kerana masa lalu tidak dapat diulang kembali jadi buatlah perkara kebaikan hari ini, esok dan seterusnya

Apakah yang paling besar di dunia ini ?
Hawa nafsu jadi jangan sampai hawa nafsu berjaya membawa kita ke neraka

Apakah yang paling berat di dalam dunia ini ?
Memegang amanah dan banyak manusia yang masuk neraka sebab gagal memegang amanah

Apakah yang paling ringan di dunia ini ?
Tinggalkan solat kerana pekerjaan, pelajaran dan permainan ramai yang meninggalkan solat

Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Lidah manusia kerana lidah manusia berjaya menyakiti hati orang lain

Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini ?
Darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil

Dalam banyak -  banyak binatang di dunia, binatang apakah yang pertama menggali kubur ?
Burung Gagak peristiwa Habil dan Qabil 

Crow
Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?
Pokok Kurma, sebab daunya tak gugur yang gugur adalah pelepahnya

Jangan Lupa #UjiMindaFirdausHeaven
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...